Showing posts with label utility. Show all posts
Showing posts with label utility. Show all posts

Wednesday, October 26, 2011

RM770,000 untuk bekalkan elektrik kepada satu rumah




Tenaga Nasional Berhad (TNB) membelanjakan RM770,000 untuk membekalkan tenaga elektrik kepada sebuah rumah di bawah Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), dedah Laporan Ketua Audit Negara.

NONE
Menurut laporan projek BELB, dana itu sepatutnya bagi membekalkan elektrik kepada 17 buah rumah di sebuah kampung di Indera Mahkota, Pahang.Bagaimanapun lawatan audit ke tapak berkenaan mendapati hanya terdapat sebuah unit rumah di kampung itu.Dalam penjelasannya, TNB mendakwa ketika projek itu diluluskan, 17 rumah sedang dalam proses dibina tetapi akhirnya hanya sebuah yang disiapkan.“Pada pendapat audit kelulusan projek BELB di kawasan ini tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu jenis rumah di kawasan berkenaan hendaklah merupakan rumah kekal dan didiami serta sesuai dibuat pendawaian elektrik.NONE“Ini mengakinbatkan kerajaan mengeluarkan perbelanjaan berjumlah RM0.77 juta bagi membekalkan elektrik untuk sebuah rumah sahaja di kampung ini,” kata laporan itu.Laporan Audit 2010 juga mendedahkan bahawa TNB meluluskan projek bernilai RM65,193 bagi membekalkan elektrik kepada lima buah rumah terbengkalai di sebuah kampung di Bera, Pahang.Sehubungan itu, laporan berkenaan menilaikan prestasi projek BELB sebagai tidak memuaskan dengan hanya 43.2 peratus atau 16 daripada 37 projek yang disiapkan pada tahun lalu.

Saturday, September 3, 2011

Selepas 50 tahun, Singapura serah kemudahan loji air



31/08/2011 4:30pm

JOHOR BAHRU 31 Ogos – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan menyaksikan majlis penyerahan kemudahan loji rawatan air dan rumah pam secara rasmi oleh Lembaga Perbekalan Awam Singapura (PUB) kepada kerajaan negeri Johor.
Majlis menandatangani penyerahan dua loji rawatan air dan dua rumah pam milik PUB disempurnakan secara bersama oleh Pengerusi PUB, Tan Gee Paw dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Obet Tawil di Loji Air Gunung Pulai di sini.
Turut hadir pada majlis bersejarah itu ialah Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Menteri Sekitaran dan Sumber Air Singapura, Dr Vivian Balakrishnan.
Selain Loji Air Gunung Pulai, PUB menyerahkan Loji Air Sungai Skudai, Rumah Pam Tebrau dan Rumah Pam Pontian berikutan kontrak bekalan air selama 50 tamat antara PUB dan kerajaan negeri Johor di bawah Perjanjian Air 1961 hari ini.
Dalam ucapan pada majlis itu, Abdul Ghani mengucapkan terima kasih kepada PUB kerana mengurus dan menjaga semua kemudahan loji rawatan air dan rumah pam berkenaan dalam keadaan baik sepanjang tempoh perjanjian tersebut.
"Loji rawatan air Gunung Pulai adalah berkualiti tinggi dan kerajaan Johor bercadang meneruskan usaha baik PUB itu,” katanya.
Beliau juga berkata, kerajaan negeri menimbang untuk menaiktaraf semua kemudahan berkenaan demi menampung permintaan bekalan air bagi penduduk Johor Bahru dan Pontian. – Bernama

Friday, August 12, 2011

All govt offices to keep air-cond temperature at 24ºC from now


All govt offices to keep air-cond temperature at 24ºC from now
PUTRAJAYA - All government offices have been ordered to set their air-conditioner temperature no lower than 24 degrees Celsius to give nature a helping hand and to cut electricity bills.
The new regulation is expected to be implemented immediately although the circular on the matter will only be issued by the office of the Chief Secretary to the Government later this month.
Energy, Green Technology and Water Minister Datuk Seri Peter Chinsaid the order would be extended to the private sector by 2013.
He said a new Bill on energy conservation was being drafted to compel the private sector to follow suit.
“It will be tabled in Parliament soon and we are looking at 2013 as the implementation date for the private sector.
“For now, the secretaries-general of all the ministries who are also the officers-in-charge of the buildings under their ministries must ensure that the air-conditioner temperature is set at 24 degrees Celsius and above unless under special circumstances,” he told a press conference after attending a Green Technology and Climate Change Council meeting chaired by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.
It was also attended by Natural Resources and Environment Minister Datuk Douglas Uggah Embas.
Chin said certain places like the ICUs and operation theatres in hospitals were, however, exempted from the ruling.
He said the meeting agreed that 24 degrees Celsius was a comfortable temperature for Malaysian climate.
“It is neither too cold nor too hot. In some countries, like China, they are required to set their (air-conditioner) temperatures at 26 degrees Celsius which is too hot (for Malaysia).
“So gone are the days when the ladies have to bring their shawls to the office,” he said, referring to the common scene in many government offices where women staff covered their upper bodies with shawls due to the cold temperature.
Chin explained that for every degree dropped in air-conditioning temperature, the power usage would increase by between 4% and 7%.
He was unable to provide exact estimates on how much the Government could save with the move.
However, he said the ministry's Malaysia Green Technology Corporation building in Bangi which had already imposed the condition saved an estimated RM600,000 to RM700,000 annually on its energy bills.
“Offices in Putrajaya spend between RM30,000 and RM80,000 a month on electricity and about 40% of it is for air-conditioning,” he said.
He added that the meeting also agreed that all bulbs in government buildings that need to be changed must be replaced with energy-efficient CFL bulbs or LEDs.
On Malaysia's commitment to reduce carbon emission intensity by 40% in 2020, Chin said the country has passed the halfway mark.
“To date, we have reduced intensity by 29.7 million metric tonnes and to meet the 40% target, we need to reduce it by 40 million metric tonnes,” he said.

Wednesday, June 15, 2011

Bil tertunggak RM60 ribu punca elektrik dipotong?

M Yarisman   
KOTA BHARU, 14 Jun: Selepas agak lama isu membabitkan Bazar Tok Guru reda, kini Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB kembali kelam kabut apabila menghantar memorandum kepada pelbagai pihak mendakwa kononnya mereka dianiaya.
Isunya bermula apabila bekalan elektrik di pasar tersebut dipotong pada 10 Jun lalu. Ekoran itu peniaga di situ gelabah semula.
Apa puncanya bekalan elektrik dipotong. Persatuan mungkin menyembunyikan fakta bil elektrik berjumlah hampir RM60,000 difahamkan gagal dibayar peniaga di situ sejak beberapa bulan lalu.
Persoalannya sekarang siapa yang tidak menjelaskan bil tersebut, peniaga atau persatuan.
Pemilik bangunan Pasar Lama MPKB, Sensa Timur Sdn Bhd difahamkan mengarah peniaga terbabit mengosongkan bangunan itu 31 Mac lalu, namun hasil campur tangan kerajaan negeri tempoh perpindahan dilewatkan sehingga akhir Jun ini.
Pengurus Pemasaran Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Khalili Abdul Kadir berkata, isu terbaru yang ditimbulkan Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB ada kaitan bekalan elektrik dipotong kerana bil tertunggak begitu banyak.
“Difahamkan peniaga terbabit sudah pun dimaklumkan mengenai tunggakan bil elektrik yang belum dijelaskan,” katanya.
Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB, Salim Ahmad semalam dilaporkan mendakwa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam menarik balik deposit di Tenaga Nasional Berhad menyebabkan bekalan elektrik dipotong.
Persatuan itu juga dilapor menyerah memorandum kepada Istana Kelantan dan kerajaan negeri supaya campur tangan bagi menyelesaikan kemelut tersebut.
Salim juga mendakwa peniaga berdepan dengan pemilih lot secara tidak adil di Bazar Tok Guru.
Sebelum ini persatuan terbabit juga mengharap pemimpin Umno termasuk Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed membela mereka.
Namun sehingga kini Umno mendiamkan diri, sebaliknya masalah mereka diselesaikan kerajaan negeri termasuk menawar lot di Bazar Tok Guru secara percuma selama setahun di tingkat bawah dan dua tahun di tingkat satu.
Selain itu juga mengurangkan harga setiap lot sebanyak RM25,000 menjadikan harga ditawarkan RM63,000 jauh lebih rendah berbanding harga asal RM88,000.
Tawaran memiliki lot di tingkat bawah dan tingkat satu dengan harga RM63,000 hanya sah sehingga 31 Mei lalu.
Dan selepas 31 Mei sehingga akhir Jun ini harga setiap lot ditawarkan sebanyak RM70,000 dan setiap peniaga perlu mengurus sendiri pinjaman bank.
Selepas 30 Jun tiada lagi sebarang diskaun diberi dan peniaga ditawar pada harga asal iaitu RM92,000 di tingkat satu dan RM88,000 di tingkat bawah.
PMBK juga memberi peluang mana-mana peniaga yang mendaftar awal boleh memilih lot dan pendaftaran lewat akan diberi lot secara pengundian.
Sebelum ini hampir setahun persatuan terbabit menjaja isu lot ruang niaga di Bazar Tok Guru sempit dan mahal. Mereka menggunakan Umno bagi menghentam kerajaan negeri.
Sedangkan mereka lupa saiz lot dikecilkan berdasar kepada kehendak persatuan kerana mahu kesemua peniaga ditempatkan di tingkat bawah.
Khalili berkata, peniaga yang mendaftar awal iaitu lebih 80 orang akan berpindah dahulu ke Bazar Tok Guru dalam masa terdekat ini.
“Kumpulan kedua iaitu  200 peniaga yang memohon selepas 2 Mei lalu perlu menjalani pengundian bagi menentukan lot masing-masing,” katanya.
Menurutnya minggu ini surat tawaran dikeluarkan kepada peniaga berkenaan iaitu berdasar kepada permohonan awal yang diterima PMBK.
Persatuan Peniaga Pasar Lama hanya berbaki hayat 16 hari lagi. Sebelum ini difahamkan mereka menemui beberapa pemimpin PAS memohon maaf di atas kritikan dilempar kepada kerajaan negeri berhubung isu Bazar Tok Guru.
Pada pagi Ahad lalu ada pihak tertentu menaikkan bendera PAS di sekeliling Pasar Lama MPKB sebagai memprotes bekalan elektrik dipotong.
Pemilik bangunan juga sudah memasang tiang besi bagi membina pagar di sekeliling pasar tersebut untuk membolehkan projek pembangunan semula pasar dijalankan selepas peniaga berpindah.