Showing posts with label PENGURUSAN TAPAK. Show all posts
Showing posts with label PENGURUSAN TAPAK. Show all posts

Thursday, June 10, 2010

Pegawai JKR kena kerap turun padang pantau projek


Oleh Amin Ridzuan Ishak
aminridzuan@bharian.com.my
2010/06/10

Malas, tak prihatin punca pembangunan dirancang cetus masalah

KULIM: Kementerian Kerja Raya mengarahkan pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya lebih kerap turun padang bagi memantau setiap projek kerajaan dalam memastikan pelaksanaannya tidak memberi kesan negatif kepada rakyat. Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor, mengeluarkan arahan itu selepas melawat projek pembinaan Asrama Kolej Jururawat Masyarakat Kulim di Taman Seri Kulim di sini, semalam yang memberi kesan sampingan kepada 160 keluarga di kawasan itu. Projek membabitkan perbelanjaan RM6 juta itu menyebabkan penduduk di kawasan berkenaan terpaksa berdepan dengan masalah banjir sejak ia dibina tahun lalu berikutan lokasi loji rawatan kumbahan yang tidak sesuai.

Katanya, projek yang dilaksanakan Kerajaan Pusat seharusnya menjadi kebanggaan dan memberi manfaat kepada rakyat selaras dengan slogan ‘Rakyat Didahulukan’, bukannya menyusahkan mereka seperti yang berlaku di Taman Seri Kulim.

“Jadi, saya sudah arahkan Ketua Pengarah JKR, dalam melaksanakan projek kementerian atau agensi berkaitan, mereka perlu pergi ke tapak untuk melihat sendiri persekitaran, apakah ia bersesuaian dengan jiran (rakyat).

“Kenali sebaik mungkin jiran dan jika ini boleh dilakukan, banyak kebimbangan di hati masyarakat dapat diselesaikan. Bukannya dengan hanya melihat berapa keluasan tapak dan selepas itu rancang untuk bangunkannya.
“Tidak rugi kalau kita datang ke tapak, yang akan lebih menguntungkan dan tidak timbulkan masalah. Kita mahu projek menjadi kebanggaan, bukannya timbulkan kebimbangan kepada pihak menerima projek,” katanya pada sidang media.

Shaziman hadir bersama beberapa pegawai JKR termasuk Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim untuk melihat dan mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan berkenaan.

Dalam lawatannya itu, Shaziman turut menegur secara terbuka beberapa pegawai JKR dan perunding projek berkenaan kerana tidak melawat tapak projek bagi memastikan lokasi loji rawatan kumbahannya sesuai.

Berikutan lawatan berkenaan, beliau mengumumkan kementerian itu akan memindahkan lokasi pembinaan loji rawatan kumbahan asrama berkenaan ke tempat lain, iaitu 80 meter dari lokasi asal.

Sementara itu, Shaziman berkata, kementeriannya bersedia mengajak pelbagai pihak berbincang bersama dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berhubung kadar tol serta pulangan pelaburan oleh konsesi lebuh raya.

"Ketika ini pihak konsesi mendakwa kadar pulangan pelaburan tidak mencapai tahap memuaskan kerana kos penyelenggaraan lebuh raya terlalu tinggi menyebabkan mereka mahu menaikkan kadar tol,” katanya.

"Kita bersedia untuk berbincang menerusi satu jawatankuasa bagi mencari jalan bagaimana untuk membolehkan syarikat konsesi menikmati kadar pulangan pelaburan memuaskan seterusnya menetapkan kadar tol bersesuaian," katanya.

Tuesday, July 28, 2009

SIAPA SALAH?

Jom kita cari siapa salah dalam kes tangga di gambar berikut:


Akitek akan design tangga macam dalam plan kat bawah ni. (Dalam plan ni ada 2 tangga, ambil sebelah je utk rujukan)


Engineer akan buat plan struktur berdasarkan plan akitek ni. Kemudian plan2 ini diberi kepada kontraktor untuk membina tangga tersebut. Apabila hasilnya seperti gambar di atas, siapa salah?
Bagi sebuah projek besar, akitek dan engineer akan ada wakil di tapak, samada Resident Engineer/Architect dan/atau  Clerk of Work berdasarkan nilai projek dan keperluan kontrak. Mereka ini akan mempastikan kerja kontraktor adalah betul sebagaimana plan. Mereka akan membuat pemeriksaan untuk setiap peringkat pembinaan dari peringkat formwork, besi tetulang dan kerja konkrit.  Namun begitu, sekiranya berlaku juga sebagaimana gambar di atas, siapa salah?

Kata Nabil Raja Lawak, Lu pikir la sendiri.

Wednesday, July 30, 2008

MEMESAN, MENERIMA DAN MENYIMPAN BAHAN BINA

(versi pdf klik di sini - ada gambar)
1.0
MEMESAN

Kaedah memesan bahan binaan bergantung kepada sesuatu organisasi. Bagi organisasi yang besar atau telah lama berada dalam industri, mereka punya mekanisma tersendiri dalam memesan bahan binaan dari pembekal. Namun begitu, apa yang ingin dibincangkan di sini ialah kaedah asas bagi petugas di tapak bina berko-ordinasi dengan ibu pejabat dalam hal memesan bahan binaan.

Secara umumnya, kebanyakan kerja memesan bahan binaan dilakukan oleh individu yang dipanggil ‘purchaser’ atau pembeli dalam sesuatu organisasi. Beliau adalah individu yang mempunyai kuasa untuk membeli sesuatu bahan binaan selain mendapatkan harga bekalan yang paling rendah serta tempoh kredit yang panjang.

Petugas tapak, biasanya dari level Pengurus Projek atau Site Agent atau sesiapa jua yang diberi mandat oleh syarikat untuk membuat pesanan bagi pihak tapak akan membuat taking off berdasarkan bahagian demi bahagian pembinaan. Namun begitu, sekiranya punya waktu yang mencukupi, adalah wajar untuk beliau membuat taking off bagi keseluruhan pembinaan tersebut dan mengemukakan kepada purchaser jumlah bahan bina yang diperlukan. Dalam situasi lain, bahagian kontrak yang diterajui oleh juru ukur bahan akan membuat tugas ini, manakala petugas tapak hanya memberikan jadual penghantaran berdasarkan program kerja.

Namun begitu, kerja membuat taking off ini amat penting untuk dilakukan oleh site staff bagi memantau keperluan bahan bina di tapak dan sebagai usaha semakan kepada kerja yang dibuat oleh pihak QS atau purchaser. Ini dapat mengurangkan pembaziran bahan bina di samping menentukan bekalan bahan bina sentiasa cukup untuk kegunaan ditapak.

Mekanisma pemesanan bahan bina ini bergantung kepada organisasi masing-masing di mana ada yang menggunakan boring-borang tertentu malah ada yang hanya secara lisan, Bagi kontraktor kecil yang menggunakan kuantiti bahan yang sedikit, biasanya akan memesan terus dari pembekal atau kedai-kedai hardware.

2.0 MENERIMA

Kaedah menerima sesuatu bahan perlu diambil berat oleh petugas tapak kerana kecuaian dalam proses menerima memungkinkan berlaku penipuan dari pihak pembekal atau pihak penghantar.

Setiap bahan yang dihantar akan disertai dengan delivery order yang memuatkan butir-butir terperinci bahan tersebut. Apa yang perlu dilakukan oleh petugas ialah memeriksa apa yang dicatit pada D.0 adalah sama dengan apa yang dihantar. Contohnya apabila besi dihantar ke tapak, ia akan juga disertai dengan sijil pengilang. Periksa butir-butir dalam sijil tersebut dan bandingkan dengan item yang dihantar. Jika terdapat perbezaan hendaklah segera rujuk kepada pembekal, sebelum bahan tersebut diturunkan dari kenderaan yang menghantar. Dalam kese-kes tertentu, pihak penghantar, biasanya pemandu lori, akan menekan petugas tapak dengan secara tidak langsung memaksa mereka menerima bahan tersebut dengan alas an ianya telah diturunkan dari kenderaan. Bagi petugas tapak yang lemah, mereka akan akur walaupun spesifikadsi bahan tidak sama dan ini akan menimbulkan masalah di kemudian hari.

Kuantiti bahan yang dihantar mestilah dikira satu persatu. Umpamanya besi, gunakan ‘paint marker’ untuk menanda setiap batang besi yang diterima. Dengan menggunakan penanda ini akan mengelakkan kejadian salah kira yang mungkin akan menimbulkan pertelagahan antara petugas tapak dengan pembekal/penghantar.

Bagi bahan yang dihantar dalam bentuk bundle, kaedah random check amat perlu dilakukan kepada isi bundle tersebut untuk memastikan kuantiti yang dihantar adalah cukup.

Rekodkan setiap bahan yang diterima mengikut hari. Penggunaan buku untuk merekodkan penerimaa bahan ini lebih praktikal berbanding fail-fail yang memuatkan salinan2 D.O

3.0 MENYIMPAN

Kaedah menyimpan bahan binaan mestilah sesuai mengikut bahan tersebut. Misalnya simen, penyimpanannya memerlukan bilik tertutup yang lantainya tinggi dari tanah. Ini perlu untuk menjaga bahan tersebut dari rosak.. Begitu juga dengan batang-batang besi. Penggunaan kanvas untuk menutup besi tersebut adalah perlu untuk memperlahankan proses pengaratannya. Bagi bahan-bahan yang kecil seperti paku, dawai, bahan-bahan kemasan dll, penggunaan stor yang sesuai adalah perlu bagi menjaga keselamatan bahan tersebut dari rosak dan kecurian.

Contoh kaedah menyimpan yang salah di mana kabin rosak digunakan sebagai stor

Contoh kaedah penggunaan bahan yang salah di mana sepatutnya bahan tersebut di bawa keluar dari stor.

Bangunan stor mestilah sesuai dan praktikal. Kebanyakan bahan sesuai menggunakan system FIFO iaitu First In First Out bagi mengekalkan mutu bahan tersebut.

Penggunaan kabin sebagai stor adalah kaedah yang mudah dan mungkin murah dalam sesuatu keadaan namun begitu menggunakan kabin yang rosak dan bocor merupakan pembaziran yang bodoh untuk menyimpan bahan bina.

Lantai kabin yang bocor

Siling kabin yang bocor

Kabin lama bukannya tidak sesuai untuk digunakan sebagai stor tetapi mestilah dibaiki terlebih dahulu. Apa maknanya menyimpan dalam kabin sekiranya lantai dan bumbungnya bocor?

Dalam hal ini, petugas tapak perlulah memastikan kabin tersebut boleh digunakan sebelum menerima bahan binaan.

MASALAH YANG BIASANYA TIMBUL

Dalam proses memesan, menerima dan menyimpan bahan binaan ini biasanya akan kedapatan beberapa masalah yang memerlukan ko-ordinasi antara semua pihak yang terlibat. Antara masalah bodoh yang biasa ditempuh oleh petugas tapak ialah:-

  1. Purchaser tidak kenal barang yang dipesan oleh petugas tapak

Biasanya berlaku kepada purchaser yang kurang berpengalaman atau apabila arang yang dipesan itu jarang digunakan.

  1. Penghantaran tidak mengikut keperluan di tapak

Apabila pesanan untuk keseluruhan projek diberikan kepada purchaser, epatutnya purchaser memberikan jadual penghantaran kepada pembekal ebagaimana kehendak tapak. Apa yang mungkin berlaku ialah pembekal mahu enghantar keseluruhan pesanan pada satu masa sedangkan pada masa tersebut ukan kesemua bahan tersebut diperlukan. Ini akan mengakibatkan kerosakan pada ahan tersebut disamping kemungkinan berlaku kecurian.

  1. Tidak ada sebarang jentera di tapak untuk menurunkan barang-barang
  2. Tidak ada stor yang sempurna
  3. Tidak ada buruh yang dapat membantu dalam menyimpan barang
  4. Tidak dibekalkan kanvas dan tiada peruntukan untuk membeli kanvas
  5. Kaedah memesan barang yang terlalu banyak birokrasi dengan pihak ibu pejabat
  6. Tidak ada pengawal keslamatan untuk menjaga keselamatan barang-barang, terutama di waktu malam.
  7. Pembekal sering tidak mengetahui lokasi tapak. – seharusnya mereka dibekalkan dengan plan tapak