Showing posts with label pemaju. Show all posts
Showing posts with label pemaju. Show all posts

Saturday, August 6, 2011

K'jaan cadang wajibkan pemaju sedia surau

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bercadang mewajibkan pemaju perumahan, terutama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan agensi perumahan kerajaan serta kompleks beli-belah menyediakan masjid atau surau bagi memudahkan masyarakat Islam menunaikan solat.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Lajim Ukin berkata kajian terperinci akan dilakukan sebelum akta baru itu digubal. 

Cadangan itu selaras dengan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini, katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa dan penyerahan sumbangan kepada warga tua dan orang kelainan upaya di Masjid Kampung Klias Dua, dekat Beaufort malam tadi.

Lajim yang juga anggota Parlimen Beaufort berkata perkara itu penting berikutan terdapat rungutan daripada masyarakat Islam yang terpaksa pergi ke masjid di luar kawasan perumahan mereka untuk menunaikan solat khususnya sembahyang Jumaat.

--Bernama

Monday, June 27, 2011


KENYATAAN MEDIA
24 JUN 2011


LANGKAH-LANGKAH MENGGALAKKAN PEMBINAAN RUMAH DI BAWAH KONSEP “BINA DAN
JUAL” DI NEGERI-NEGERI PAKATAN

Ramai rakyat Malaysia yang kini tidak lagi berkemampuan membeli rumah
yang sesuai terutamanya bagi mereka yang tinggal di Lembah Klang,
Pulau Pinang dan Johor Bahru. Harga rumah terus meningkat secara
berterusan sedangkan purata kenaikan gaji rakyat Malaysia adalah lebih
rendah sehingga menyukarkan rakyat Malaysia memiliki sebuah kediaman
yang sesuai dengan keperluan mereka.

Bagi mereka yang berjaya membeli rumah pertama, mereka terpaksa
berdepan pula dengan risiko hutang yang berpanjangan apabila projek
rumah yang dibeli akhirnya terbengkalai. Keadaan ini memburukkan lagi
nasib pembeli dari golongan berpendapatan rendah kerana mereka
terpaksa membayar pinjaman rumah sementara masih menyewa. Ramai dari
mereka akhirnya tidak mampu meneruskan bayaran pinjaman rumah dan
disenaraihitamkan dari mendapat pinjaman di masa hadapan. Bagi mereka
ini, memiliki rumah yang sesuai menjadi satu kemustahilan.

Statistik terkini dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
menunjukkan bahawa sehingga 31 Disember 2009, terdapat 115,788 unit
rumah yang tidak siap melibatkan 492 projek di seluruh negara.
Walaupun ada beberapa langkah di peringkat persekutuan dan negeri
untuk memulihkan projek-projek ini, ia tidak dapat menyelesaikan
masalah projek perumahan terbengkalai kerana struktur industri
perumahan tidak banyak berubah.

Pakatan Rakyat percaya campur tangan yang berterusan diperlukan untuk
memulihkan projek-projek perumahan terbengkalai yang sedia ada. Namun,
beberapa langkah proaktif juga diperlukan untuk melindungi rakyat dari
risiko keberhutangan akibat rumah terbengkalai; apatah lagi dalam
suasana harga barang naik dan gaji rendah yang semakin menekan rakyat.

Beberapa langkah boleh dilaksanakan di peringkat negeri termasuklah
kemudahan untuk mendapatkan kelulusan perancangan dari pihak berkuasa
tempatan dengan cepat bagi projek-projek yang dibina di bawah konsep
ini. Anak-anak syarikat yang terlibat dalam industri perumahan juga
boleh diminta melaksanakan projek di bawah konsep ini mengikut sasaran
yang ditetapkan kerajaan negeri.

Isu ini akan dibawa ke dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat akan
datang untuk mencari konsensus bahawa negeri-negeri yang ditadbir
Pakatan Rakyat akan menggalakkan pembinaan rumah di bawah konsep “bina
dan jual” secara berperingkat, agar industri perumahan dapat
membiasakan diri untuk melaksanakan konsep ini sepenuhnya dalam masa
terdekat.

Pakatan Rakyat mengakui bahawa masih terdapat beberapa isu pokok yang
perlu diselesaikan sebelum konsep “bina dan jual” ini boleh
dilaksanakan sepenuhnya. Keperluan mendesak melindungi hak pembeli
mesti diseimbangkan dengan langkah-langkah memastikan harga rumah
tidak naik mendadak atas alasan kos pembiayaan projek yang lebih
tinggi di bawah konsep ini. Pelaksanaan konsep ini juga perlu
mengambil kira keperluan nasional untuk menjamin keterlibatan
pemaju-pemaju yang lebih kecil; dengan memastikan mereka juga diberi
ruang untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan projek pada kadar yang
berpatutan.

Semua ini memerlukan peralihan sikap dan struktur dalam industri
perbankan dan perumahan, yang hanya boleh dicapai jika kerajaan
persekutuan ada kemahuan politik.

Sementara itu, Pakatan Rakyat akan menumpukan kepada langkah-langkah
di dalam bidang kuasa dan pengaruhnya yang boleh dilaksanakan segera
untuk melindungi hak pembeli rumah.

ANWAR IBRAHIM
24 Jun 2011

Sunday, June 5, 2011

Rumah panjang dirobohkan, S'gor rampas tanah PJS1



Leven Woon
Jun 4, 11

MALAYSIAKINI


Kurang sehari selepas rundingan dengan kerajaan negeri Selangor, pemaju Peter's Brickworks Sdn Bhd semalam menyerbu kawasan PJS1 dan memusnahkan dua rumah panjang yang dihuni oleh tiga keluarga.

NONEPemaju yang dilengkapi dua jentolak dan diiringi sekumpulan polis tiba pada jam 2.30 petang semalam dan terus mengarahkan penduduk supaya mengosongkan rumah mereka dengan segera.

Di sebalik rintihan dan rayuan penduduk, pemaju dengan disaksikan pihak polis terus merobohkan rumah pertama yang dihuni oleh sebuah keluarga golongan kurang upaya pada kam 4 petang.

Hujan lebat juga gagal menghalang pihak pemaju bertindak meranapkan rumah kedua sejam kemudian.

hindraf probed by police 141008 latheefa koyaPenduduk hanya diberikan secukup masa untuk mengeluarkan barangan mereka sementara pekerja pemaju itu terus memusnahkan tingkap rumah mereka.

Kerja-kerja meroboh sebelum ini berjaya ditangguhkan selepas ahli majlis MBPJ Latheefa Koya campur tangan dengan mendapatkan perintah Mahkamah Tinggi.

Perintah penangguhan itu bagi membolehkan kerajaan negeri Selangor berunding dengan pemaju dan MBPJ merundingkan beberapa permintaan bagi pihak penduduk.

Permintaan itu termasuk melupuskan sewa PPR di mana penduduk akan bepindaah serta faedah bank ditangguhkan sehingga unit rumah mereka siap.
Namun, sehingga insiden merobohkan rumah itu semalam, penduduk berkata mereka tidak menerima sebarang surat berhubung rayuan mereka, mahupun unit PPR yang dijanjikan itu.

NONE“Kami tidak diberi apa-apa. Malah, kami tak tahu mahu ke mana selepas ini,” kata Mahalingam Veeriah, penduduk yang kurang upaya.

Seorang lagi penduk Pusparani Balakrishnan berkata mereka hanya meminta Peter's Brickworks untuk menangguhkan kerja-kerja meroboh hingga Isnin ini bagi membolehkan mereka memindahkan barangan mereka.

“Tetapi, mereka serbu rumah kami denjgan sekumpulan kongsi gelap dan secara paksa menghalau kami keluar,” katanya sambil menambah keluarganya turut diugut.

Sementara itu, dalam reaksi berhubung kejadian berkenaan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya telah mengeluarkan arahan untuk merampas tanah seluas 11 ekar di PJS1 bagi memastikan rumah mampu milik dan sekolah dapat dibina di tanah berkenaan.

NONEKhalid berkata setiausaha kerajaan negeri telah diminta untuk memaklumkan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Petaling bagi mengeluarkan notis 7A mengikut Seksyen 128 Kanun Tanah Negara kepada pemilik-pemilik tanah itu: Lee Man Construction Company Sdn Bhd dan Kembar Empat Sdn Bhd.

“Kerajaan Negeri kesal kerana pemilik tanah telah gagal menyokong kerajaan negeri dalam mencari penyelesaian menyeluruh untuk menyediakan rumah mampu milik walaupun mereka telah mendapat ganjaran yang tinggi melalui pemilikan tanah.

“Mengikut rekod, tanah itu telah diberi kerajaan negeri pada tahun 80-an kepada dua syarikat berkenaan dengan harga RM100 seekar untuk tujuan pembangunan bagi menyelesaikan masalah setinggan di kawasan tersebut,” kata Khalid dalam satu kenyataan akhbar lewat petang semalam.

NONEMenurut beliau, kerajaan Selangor akan juga berbincang dengan Bank Negara bagi mendapatkan penjelasan berhubung pemilihan pemaju-pemaju yang gagal membina rumah mampu milik kepada rakyat setelah diberikan tanah.

Tanah di PJS1 itu telah diberikan kepada Syarikat Peter Brickworks Sdn Bhd telah dipilih oleh Bank Negara Malaysia untuk dimajukan.

“Kita risau pemaju sebegini yang kurang bekerjasama untuk kepentingan rakyat. Sebab itu kita mahu berbincang dengan Bank Negara tentang kualiti pemilihan pemaju,” kata Khalid.


----------------------------------------------------------------------------

KENYATAAN AKHBAR
3 JUN 2011
KERAJAAN NEGERI AKAN RAMPAS TANAH DI PJS1


Kerajaan Negeri telah mengeluarkan arahan untuk merampas tanah seluas 11 ekar di PJS1 bagi memastikan rumah mampu milik dan sekolah dapat dibina di tanah tersebut.

Setiausaha kerajaan Negeri telah keluarkan arahan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Petaling untuk keluarkan Notis 7A mengikut Seksyen 128 Kanun Tanah Negara kepada pemilik-pemilik tanah itu: Lee Man Construction Company Sdn Bhd dan Kembar Empat Sdn Bhd.

Mengikut rekod, tanah itu telah diberi kerajaan negeri pada tahun 80-an kepada dua syarikat berkenaan dengan harga RM100 seekar untuk tujuan pembangunan bagi menyelesaikan masalah setinggan di kawasan tersebut.

Kerajaan Negeri juga diberitahu bahawa Syarikat Peter Brickworks Sdn Bhd telah dipilih oleh Bank Negara Malaysia untuk memajukan tanah tersebut.

Kerajaan Negeri kesal kerana pemilik tanah telah gagal menyokong kerajaan negeri dalam mencari penyelesaian menyeluruh untuk menyediakan rumah mampu milik walaupun mereka telah mendapat ganjaran yang tinggi melalui pemilikan tanah.

Kerajaan negeri juga akan berbincang dengan Bank Negara bagi mendapatkan penjelasan berhubung pemilihan pemaju-pemaju seperti ini.

“Kita risau pemaju sebegini yang kurang bekerjasama untuk kepentingan rakyat. Sebab itu kita mahu berbincang dengan Bank Negara tentang kualiti pemilihan pemaju,” kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dikeluarkan oleh
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Friday, March 25, 2011

Gasing Meridian tuntut ganti rugi daripada penduduk


25/03/2011 2:49pm

KUALA LUMPUR 25 Mac - Gasing Meridian Sdn Bhd (GMSB), pemaju projek Sanctuary Ridge Kuala Lumpur City, membabitkan pembangunan 70 banglo di atas tapak 15.5 hektar di Bukit Gasing, mahu penduduk Bukit Gasing yang kalah dalam kes saman mereka terhadap GMSB, untuk membayar ganti rugi.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Aziah Ali menetapkan 24 Jun, untuk sebutan semula permohonan itu selepas bertemu peguam R. Sivarasa yang mewakili 108 penduduk dan peguam Joslyne Goonting bagi pihak GMSB, dalam kamar hari ini.
Beliau berkata, mahkamah menetapkan kes itu untuk sebutan semula sementara menunggu penyelesaian permohonan rayuan penduduk berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman.
Sivarasa berkata, GMSB memohon ganti rugi memandangkan syarikat itu mendakwa tidak dapat meneruskan projek berikutan tindakan undang-undang yang diambil oleh penduduk terbabit.
"Bagaimanapun, kami menyatakan tiada asas perundangan bagi ganti rugi seperti itu dalam semakan kehakiman. Ini bukan seperti satu injunksi, di mana mahkamah boleh memerintahkan bayaran ganti rugi,” katanya.
Pada 6 September tahun lepas, Aziah menolak permohonan semakan kehakiman oleh pemohon untuk mencabar perintah pembangunan yang dikeluarkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur bagi projek lereng bukit yang mencetuskan kontroversi di kawasan mereka, iaitu satu daripada beberapa kawasan hijau berhampiran Kuala Lumpur. - Bernama