Showing posts with label insinerator. Show all posts
Showing posts with label insinerator. Show all posts

Friday, March 2, 2012

Pembinaan insinerator di KL melalui tender terbuka

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan supaya tawaran pembinaan insinerator di Kuala Lumpur dengan jangkaan kapasiti antara 800 tan dan 1,000 tan sampah dibuka secara tender terbuka kepada kontraktor tempatan dan luar negara, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung.
  
Beliau berkata pembinaan insinerator itu bagi menampung keperluan pelupusan sisa pepejal yang semakin mendesak di ibu negara dan kontraktor yang mempunyai keupayaan dalam teknologi berkenaan boleh menghantar tender serta kertas cadangan mereka kepada kerajaan.
  
mca new cabinet member 180308 chor chee heung"Perdana Menteri telah menetapkan supaya tawaran (pembinaan insinerator) diberi secara tender terbuka. Kita beritahu sedunia, kita mahu kriteria yang kita mahukan, jadi sila hantar tender. Kita akan kaji," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Medan Selera Dataran Lenggong, Perak hari ini.
  
Beliau berkata apabila semua tender diterima dan ditutup, pakar yang berkenaan akan mengkaji semula tawaran kontraktor bagi mengenal pasti teknologi yang terbaik dan meneliti kos pembiayaan.
  
Katanya berdasarkan lawatannya ke dua buah negara, pembinaan insinerator bagi pelupusan sampah yang berada tidak jauh dari bandar dengan kapasiti 800 tan hingga 1,000 tan sampah sehari memerlukan kos pembiayaan tidak kurang RM500 juta.

Beliau berkata penggunaan insinerator berteknologi tinggi seperti yang diguna pakai di Korea Selatan, Jepun dan Singapura didapati tidak akan memberi kesan tidak sihat kepada rakyat.

Chor berkata setakat ini negara mempunyai empat insinerator iaitu di Langkawi, Tioman, Pulau Pangkor dan Cameron Highlands manakala insinerator di Labuan akan dibina tidak lama lagi.

Beliau turut berharap kerajaan negeri Perak akan menyertai pengurusan sisa pepejal yang diuruskan oleh kerajaan Persekutuan supaya mempunyai satu sistem mampan.
  
Pada 20 September tahun lepas, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri akan berunding dengan kementerian itu bagi  mencari jalan penyelesaian berhubung isu pengurusan sisa pepejal kerana ada beberapa terma mengenai perkara teknikal yang ditetapkan kerajaan negeri tidak secocok dengan terma-terma penswastaan.
  
Dalam perkembangan lain, Chor berkata kementeriannya memperuntukkan RM26.25 juta kepada pihak berkuasa tempatan negeri Perak bagi tahun ini termasuk melalui Geran Tahunan dan Sumbangan Membantu Kadar bagi tujuan pelaksanaan 124 projek.

- Bernama

Thursday, May 26, 2011

Lebih banyak insinerator akan dibina

ebih banyak insinerator perlu dibina kerana tempat pelupusan sampah dan sisa pepejal tidak lagi boleh diterima sebagai pilihan terbaik pada masa akan datang, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Wira Chor Chee Heong.

mca new cabinet member 180308 chor chee heungBeliau berkata, untuk jangka masa panjang insinerator menjadi pilihan bagi melupuskan sampah dan sisa pepejal atas pertimbangan dan faktor kesihatan serta alam sekitar.

Katanya, lima loji insinerator di Langkawi, Pulau Tioman, Cameron Highlands, Pulau Pangkor dan Labuan yang telah siap dan ada yang masih dalam pembinaan, mampu menampung keperluan antara 30 dan 40 tahun.

"Sampah yang dibakar di insinerator juga menjana elektrik yang digunakan untuk operasi loji.

"Sampah yang dibakar berbaki 10 peratus dalam bentuk abu atau debu dan dilupuskan di tapak pelupusan yang menjimatkan penggunaan tanah serta lebih selamat berbanding cara konvensional," katanya kepada pemberita selepas meninjau loji insinerator Langkawi hari ini.

Chor berkata, kementerian sedang memantau prestasi semua syarikat yang diberi kontrak melupuskan sampah dan sisa pepejal.

Mengenai loji insinerator Pulau Langkawi berharga RM68 juta itu, beliau berkata ia mampu memproses 100 tan sisa pepejal sehari berbanding purata 80 tan sehari dihasilkan di pulau peranginan ini.

Katanya, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara yang menguruskan pembinaan loji di Langkawi turut mengambil langkah menaik taraf empat projek pelupusan sampah di Kedah. 

- Bernama

Wednesday, December 29, 2010

baca selanjutnya di sini