Showing posts with label terbengkalai. Show all posts
Showing posts with label terbengkalai. Show all posts

Monday, November 14, 2011

Kurang 50 peratus rumah terbelangkai berjaya dipulih


Hanya 83 daripada 167 projek perumahan yang diisytiharkan terbengkalai sejak 2009 berjaya dipulihkan sehingga akhir bulan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Chor Chee Heung.

"Sebanyak 62 projek atau 37 peratus lagi sedang dipulihkan dan berada dalam pelbagai peringkat kemajuan manakala baki 22 projek kini dalam perancangan untuk dipulihkan," katanya ketika merasmikan Seminar Perumahan Kebangsaan anjuran bersama KPKT dengan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) dan Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.
mca new cabinet member 180308 chor chee heungBeliau berkata, kejayaan itu dengan hasil kerjasama pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri yang memberi manfaat kepada 9,278 pembeli yang menunggu sekian lama untuk memiliki rumah.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Ahmad Kabit, Presiden Rehda, Datuk Seri Michael Yam dan Setiausaha Agung Kehormat HBA Chang Kim Loong.

Chor berkata, kebanyakan kes projek perumahan terbengkalai membabitkan pemaju tidak berlesen yang mengambil peluang mengaut keuntungan ekoran kurang kesedaran pembeli mengenai hak mereka sebagai pembeli seperti yang terkandung dalam surat perjanjian jual beli (S&P).

Beliau berkata, kebanyakan kes rumah terbengkalai yang dilaksanakan pemaju tanpa lesen pula menunjukkan pembeli rumah tidak memahami aspek asas sebelum membeli rumah, iaitu pemaju memerlukan lesen pemajuan perumahan daripada kementerian.

"Prihatin dengan keperluan rakyat khususnya dalam isu perumahan terbengkalai, kerajaan menubuhkan Pasukan Petugas Khas Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai untuk memantau dan memulihkan projek-projek perumahan yang terbengkalai di seluruh negara," katanya.

"Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM63 juta untuk memulihkan 1,270 unit rumah terbengkalai dengan keutamaan kepada kos rumah rendah melalui Belanjawan 2012 yang lalu, dan peruntukan itu adalah bukti keperihatinan dan komitmen kerajaan terhadap masalah ini," katanya.

Chor turut menyarankan supaya laman sesawang Jabatan Perumahan Negara (JPN) yang kini hanya memaparkan syarikat pemaju perumahan berlesen tanpa menyatakan butiran terperinci pemaju seperti tarikh tamat lesen, hendaklah juga memasukkan beberapa maklumat tambahan bagi memudahkan pembeli membuat rujukan sekiranya ingin membeli sesuatu hartanah.

Beliau turut menasihatkan bakal pembeli agar jangan terlalu ghairah dan terpengaruh apabila melihat sesuatu pelancaran perumahan dengan terus membuat bayaran pendahuluan dan menandatangani dokumen pembelian tanpa terlebih dahulu membuat semakan dengan jabatan perumahan.

Sementara itu, Ahmad berkata isu perumahan terbengkalai sepatutnya tidak lagi berlaku jika Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertanggungjawab dan mempunyai kuasa dalam meluluskan kebenaran merancang, kelulusan pelan bangunan serta tanah lebih efektif menangani perkara itu.

- Bernama

Wednesday, June 29, 2011

Pembeli rumah terbengkalai serah memo minta kerajaan bertindak


Harakah Daily
Afiq Hizami, Pelatih UKM   
KUALA LUMPUR, 29 Jun:Seramai 300 orang pembeli rumah terbengkalai dengan berpakaian jingga berhimpun secara amam di lobi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Bandar Damansara.

Perhimpunan itu bagi menyerahkan dua memorandum rayuan  terhadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu Datuk Wira Chor Chee Heung  untuk menggesa pihak kementerian membantu menyelesaikan masalah mereka.

Menurut Mohd Akram Mohd Akhbar yang mengetuai penyerahan dua memorandum tersebut, satu memorandum mewakili komuniti projek rumah terbengkalai daripada pemaju syarikat Talam Corporation di seluruh Selangor dan Kuala Lumpur manakala satu lagi mewakili Badan Bertindak Casa Gemilang daripada pemaju Capital Lane Sdn. Bhd.

Bagaimana pun pihak pembeli sedikit kecewa apabila dikatakan Menteri dan Timbalan Menteri KPKT tidak datang  dan memorandum itu diserahkan kepada seorang pengarah KPKT.

"Ada di antara kami yang menunggu selama lapan tahun untuk  rumah mereka siap dan wang pula dibayar pada setiap bulan.

"Tapi sampai sekarang projek tersebut masih terbengkalai, kami tanya apa alasan  pihak pemaju mereka kata masalah kewangan.

"Kami telah banyak bersabar dan memutuskan untuk berbincang membuat satu perhimpunan yang amam bagi menyerahkan memorandum ini untuk merayu kepada kerajaan supaya menyelesaikan masalah ini," kata Mohd Akram yang juga pembeli rumah terbengkalai.

Selain daripada itu, menurut Jaafar Ismail Pengerusi Badan Bertindak Casa Gemilang (BBCG) mahu pihak kerajaan mengambil tindakan terhadap pihak-pihak pemaju yang tidak bertanggungjawab ini.

"Ada antara kami tertindas dalam hal ini, pemaju cuba menipu kami dengan menyediakan perjanjian yang langsung tidak memihak kepada kami dan dilihat menguntungkan syarikat pemaju.

"Justeru itu, kami berharap pihak kerajaan mengambil berat mengenai masalah kami dan menyelesaikan dengan secepat mungkin kerana kami telah mengambil masa yang terlalu lama untuk menduduki rumah idaman kami.

"Dan kami juga difahamkan beribu-ribu keluarga pembeli di Selangor dan Kuala Lumpur mengalami kesengsaraan dan beban ekonomi yang teruk  disebabkan kegagalan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Tan Sri  ini dalam menyiapkan rumah mereka yang kini tertunggak lebih daripada enam tahun," jelas beliau lagi.

Difahamkan syarikat Talam Corporation dikatakan milik seorang 'Tan Sri' yang menjadi Pengarah Bukan Eksekutif syarikat tersebut  mempunyai tujuh anak syarikat pemaju yang bertanggungjawab terhadap lapan projek rumah terbengkalai di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Malah, menurut pembeli ada antara anak syarikat Talam Corporatian ini yang sudah tidak beroperasi lagi malah tidak mempunyai lesen yang sah.

Thursday, June 23, 2011

Status tender hospital Shah Alam dalam masa terdekat

Status tender terbuka projek Hospital Shah Alam sudah diangkat kepada Kementerian Kewangan dan dijangka diputuskan dalam masa terdekat, kata Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor.

"Saya telah lakukan prosesnya dan sudah angkat pada Kementerian Kewangan. Kemudian Kementerian Kewangan minta (buat) value management (pengurusan nilai). 

"Kita bagi pandangan kitalah. Insya-Allah Kementerian Kewangan akan buat keputusan dalam masa terdekat," katanya ketika diminta menjelaskan status terkini tender tender semula projek Hospital Shah Alam.

Pada 11 Ogos tahun lalu, pembinaan hospital yang dibelenggui pelbagai masalah tertangguh berikutan khidmat subkontraktornya GM Healthcare Sdn Bhd (GMH) ditamatkan.

Setakat penamatan itu, kurang daripada 30 peratus daripada kerja-kerja pembinaan disiapkan. 

Mengikut rancangannya, projek bernilai RM482 itu sepatutnya siap pada bulan ini.

'Saya tak tengok terperinci'


Bercakap dalam sidang media selepas merasmikan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor dekat Rawang hari ini, Shaziman bagaimanapun tidak dapat menjelaskan dakwaan bahawa dua subkontraktor asal berada berada dalam senarai tender semula projek itu.

"Saya tak tengok secara terperinci siapa kontraktor itu. Saya tak ada. Terima kasih.

"Itu bukan (tentang) lebuh raya. Saya kata tadi (boleh tanya) tentang lebuh raya saja," katanya ketika diminta mengesahkan perkara itu.

Didesak lagi, Shaziman kali ini cuma menjawab: "Saya dah jawab tadi".

Thursday, June 16, 2011

Projek terbengkalai: K'jaan keluar surat pengesahan


Jun 16, 11 3:42pm
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mengeluarkan surat pengesahan projek perumahan terbengkalai bagi mengurangkan beban pembayaran ansuran pinjaman rumah oleh pengguna yang menghadapi masalah projek terbengkalai dan sakit.

mca new cabinet member 180308 chor chee heungMenterinya Datuk Chor Chee Heung berkata langkah itu bagi membolehkan pembeli dipertimbangkan untuk mendapat kemudahan-kemudahan lain dalam proses pembelian rumah.

Beliau berkata dengan adanya surat pengesahan berkenaan, pembeli boleh dipertimbangkan untuk mendapat kemudahan membuat penstrukturan semula pinjaman perumahan ataupun mengurangkan kadar faedah pinjaman oleh institusi perbankan.

Selain itu, pembeli juga boleh membuat pinjaman perumahan kerajaan untuk sama ada membatalkan pinjaman baru (pinjaman penuh seperti pinjaman pada kali pertama) atau menangguhkan kenaan faedah pinjaman empat peratus sepanjang tempoh projek dipulihkan atau selama lima tahun (mana-mana yang terdahulu).

"Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sememangnya memandang serius isu projek perumahan terbengkalai yang menimpa rakyat," katanya ketika menjawab soalan P. Kamalanathan (BN-Hulu Selangor) di Dewan Rakyat hari ini. 

Kamalanathan meminta supaya kementerian menyatakan apakah tindakan yang diambil terhadap pemaju-pemaju rumah yang gagal menyiapkan projek perumahan seperti yang dijanjikan.

azlanDalam pada itu, Chor berkata kementerian kini dalam peringkat akhir proses menambahbaik perundangan sedia ada melalui pindaan kepada beberapa peruntukan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan Perlesenan) 1996 (Akta 118).

Katanya pindaan adalah untuk mewujudkan peruntukan khas bagi membolehkan tindakan pendakwaan diambil terhadap pemaju yang gagal menyiapkan projek dalam tempoh perjanjian yang ditetapkan atau menyebabkan suatu projek perumahan terbengkalai.

Menurut beliau kesalahan ini dicadangkan dikenakan denda sebanyak RM250,000 hingga RM500,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

"Di dalam cadangan pindaan akta ini juga, kementerian bercadang menaikkan kadar deposit daripada RM200,000 kepada tiga peratus daripada anggaran kos pembinaan yang diperakui oleh arkitek (tidak termasuk kos tanah tetapi termasuk yuran profesional)," katanya.

- Bernama

Monday, June 6, 2011

PETISYEN MEMBANTAH KELEWATAN PROJEK HOSPITAL SHAH ALAM

Petition To: "Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak",
01 Jun 2011
Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Pejabat Perdana Menteri,
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, MALAYSIA
Y.A.B. Datuk Seri,
PETISYEN MEMBANTAH KELEWATAN PROJEK HOSPITAL SHAH ALAM
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Kami yang bertandatangan di bawah, ingin merakamkan perasaan amat dukacita atas terbengkalainya projek pembinaan Hospital Shah Alam selama satu tahun tanpa adanya penyelesaian hingga ke hari ini.
3. Semenjak projek ini dihentikan pada Jun 2010, kami dimaklumkan bahawa ianya akan ditender kembali melalui proses tender terhad di mana kontraktor-kontraktor berwibawa sahaja akan dijemput dan projek ini akan dimulakan kembali paling lewat pada Mac 2011.
4. Sekarang, kami dimaklumkan bahawa tender telahpun dipanggil dan sebut harga dari 6 kontraktor yang dijemput telahpun diterima tetapi tender berkenaan dibatalkan dan tender baru akan dipanggil. Ini dengan sendirinya bermakna bahawa projek Hospital Shah Alam akan terbengkalai untuk tempoh paling kurang 10 bulan lagi sebelum ianya dimulakan kembali.
5. Pemanggilan tender baru akan menyaksikan Hospital ini paling awal disiapkan pada 2015 sedangkan ia sepatutnya siap pada 2011. Bagaimanakah projek yang sepatutnya mengambil masa 4 tahun boleh tergendala sehingga 8 tahun?.
6. Kelewatan ini bererti warga Shah Alam dinafikan perkhidmatan kesihatan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Pusat. Pada masa yang sama tapak projek dewasa ini dalam keadaan terbiar dan telah menjadi kawasan pembiakan nyamuk aedes.
7. Kami ingin menyatakan bahawa terbengkalainya projek ini adalah bukti ketidakmampuan Menteri Kerja Raya. Beliau telah membenarkan perebutan kontrak di antara kroni serta lebih mengutamakan politik dari perkhidmatan kesihatan untuk rakyat.
8. Berterusannya keadaan ini tanpa adanya apa-apa tindakan dari Kerajaan Pusat akan bererti ianya suatu keadaan yang dipandang remeh oleh kerajaan Pusat atau ianya disengajakan sebagai suatu penderaan terhadap warga Shah Alam.
9. Kami yang bertandatangan di bawah ingin menuntut supaya projek ini dimulakan kembali dengan kadar segera. Sekiranya gagal, Menteri Kerja Raya hendaklah meletak jawatan atau beliau dipecat sebagai Menteri Kerja Raya oleh Perdana Menteri.
Sincerely,
The Undersigned
(Sat, 04 June, 2011)

Sunday, May 15, 2011

RM40 Juta Siapkan Rumah Terbengkalai Di Alam Perdana


Oleh TV Selangor

KUALA SELANGOR 14 MEI : Kerajaan negeri Selangor memperuntukkan sejumlah RM40 juta dari Tabung Projek Terbengkalai bagi menyiapkan pembinaan perumahan Alam Perdana yang terbengkalai sejak tahun 2002.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) menjangkakan projek tersebut akan siap menjelang Disember ini.

Katanya, projek tersebut mesti disiapkan mengikut masa ditetapkan kerana sekiranya ia gagal disiapkan maka wang daripada dana itu tidak boleh digunakan.


“Kerajaan negeri telah diberi jaminan bahawa projek itu akan dapat disiapkan mengikut jadual,” katanya.

Untuk tujuan ini kerajaan negeri akan berkerjasama dengan LBCN Development Sdn. Bhd.

Khalid menjelaskan keputusan mengambilalih projek perumahan itu akan memberi manafaat kepada hampir 3000 pembeli unit rumah berkenaan.

“Kerajaan negeri sudah mencapai penyelesaian dengan pihk pemaju serta kontraktor dan projek ini akan disiapkan sepenuhnya pada akhir Disember ini.

“Langkah ini pasti memberi kelegaan kepada lebih 3,000 pembeli rumah di kawasan ini,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Dialog Projek Alam Perdana Bersama Pembeli di sini hari ini.

Saturday, March 12, 2011

Rumah terbengkalai: Petugas khas ditubuh

Satu pasukan petugas khas pemulihan projek terbengkalai akan ditubuh bagi menangani masalah projek perumahan terbengkalai di seluruh negara, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lajim Ukin.

NONEBeliau berkata, keputusan itu dibuat oleh Pasukan Petugas Khas Pemudah Cara Perniagaan (Pemudah) yang ingin melihat penyelesaian terbaik terhadap masalah yang tidak berkesudahan itu.

Lajim berkata, pasukan petugas khas itu akan dianggotai pegawai kanan daripada pelbagai agensi kerajaan dan pihak swasta yang berkepentingan dalam industri perumahan.

"Kerajaan serius untuk mengatasi masalah ini dan sebab itu kita mahu tubuhkan satu pasukan petugas khas pemulihan projek terbengkalai,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat projek perumahan terbengkalai di Wisma Tun Fuad Stephens, di Kota Kinabalu hari ini.

Lajim berkata bagi tempoh 2009 hingga 2010, terdapat 161 projek perumahan terbengkalai di seluruh negara.

Sebanyak 58 projek perumahan sedang dipulihkan atau dalam proses melantik pemaju penyelamat manakala 52 projek lagi sedang dalam proses mencari pemaju penyelamat, katanya.

- Bernama

Tuesday, December 28, 2010

KPKT: Rumah terbengkalai, rujuk pada HBA


Dis 28, 10 4:09pm

Persatuan Pemilik Hartanah Terbengkalai Malaysia (PPHTM) diminta merujuk kepada Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) berhubung isu perumahan terbengkalai yang diketengahkan mereka. NONEMenurut kenyataan daripada Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kepada Malaysiakini hari ini, ini kerana, HBA telah diiktiraf sebagai sebuah organisasi yang bertindak mewakili pembeli-pembeli rumah dalam industri hartanah. "Oleh yang demikian, ahli-ahli PPHTM boleh menyuarakan pandangan dan cadangan berkaitan isu projek perumahan terbengkalai melalui HBA," kata kenyataan itu lagi. Berikut kenyataan penuh kementerian berkenaan: Merujuk kepada artikel seperti tajuk dan tarikh diatas ('Tarik balik surat dan nasihatmu, KPKT') yang disiarkan di laman Malaysiakini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyemak dan meneliti isu yang diketengahkan. abandoned property owners malaysia victims housing project protestUntuk makluman, KPKT menyedari bahawa dari segi undang-undang, pihak pencadang berhak menubuhkan Persatuan Pemilik Hartanah Terbengkalai Malaysia (PPHTM) dan permohonan pendaftaran PPHTM adalah tidak melibatkan isu undang-undang dibawah bidang kuasa kementerian, sebaliknya ia melibatkan perkara-perkara dasar kementerian. Isu yang perlu dipertimbangkan adalah keperluan untuk menubuhkan satu lagi persatuan memandangkan setakat ini KPKT telah mengiktiraf Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) sebagai sebuah organisasi yang bertindak mewakili pembeli-pembeli rumah dalam industri hartanah. abandoned property owners malaysia victims housing project protestBagaimanapun, isu dan masalah berkaitan projek perumahan terbengkalai sedang diberikan perhatian yang serius dan merupakan sebahagian daripada KPI YB Menteri dan Yang Bhg Dato' KSU KPKT. Oleh yang demikian, ahli-ahli PPHTM boleh menyuarakan pandangan dan cadangan berkaitan isu projek perumahan terbengkalai melalui HBA. Hal ini adalah kerana, pada masa kini, HBA sebagai sebuah NGO telah bertindak secara aktif mewakili pembeli-pembeli rumah dalam industri perumahan termasuk mempertahankan kepentingan pembeli-pembeli rumah terbengkalai. HBA merupakan ahli Pasukan Petugas Khas Pemulihan Projek Perumahan Swasta Terbengkalai yang ditubuhkan bagi menangani masalah projek perumahan terbengkalai yang mana jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Yang Bhg Tan Sri Ketua Setiausaha Negara sendiri.
http://www.malaysiakini.com/news/151833

Thursday, December 23, 2010

'Tarik balik surat dan nasihatmu, KPKT'

Fadzly Esa
Dis 22, 10 -6:58pm

Persatuan Pemilik Hartanah Terbengkalai Malaysia (PPHTM) meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak menghalangnya didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan yang sah.

Pengerusinya Dr Mohamed Rafick Khan Abdul Rahman berkata, PPHTM - turut dikenali sebagai Victims - mendakwa permohonan mereka ditolak oleh Jabatan Pertubuhan Pendaftar Malaysia (JPPM) susulan 'bantahan' daripada kementerian berkenaan melalui surat dan "nasihat".

abandoned property owners malaysia victims housing project protest, dr rafikDakwanya, bantahan itu berlaku kerana KPKT bimbang pembeli, melalui NGO baru itu, akan menekan agensi yang bertanggungjawab atas projek perumahan dan pemulihan projek terbengkalai itu.

"Jika benar KPKT tidak mempunyai halangan dan menerima usaha persatuan itu dengan baik, saya mencadangkan agar KPKT menarik balik surat yang di keluarkan oleh mereka melalui rujukan dihantar kepada persatuan itu," katanya dalam satu kenyataan kepadaMalaysiakini, hari ini.

Merujuk isu daftar pertubuhannya, Rafick mengakui, dakwaaan bahawa keputusan terletak di tangan JPPM itu ada benarnya tetapi dalam sistem sekarang ramai yang tidak berani membelakangi nasihat kementerian.

abandoned property owners malaysia victims housing project protestMalah, dakwanya, surat yang di keluarkan oleh bahagian dasar KPKT kepada mereka menyatakan 'bantahan keras' yang menyebabkan kesukaran kepada pegawai JPPM bagi menerima permohonan PPHTM.

"Dalam kes ini, pegawai JPPM tidak boleh dipersalahkan kerana mereka 'terpaksa akur' kepada beberapa 'pandangan keras' yang di keluarkan oleh KPKT.

"Mengapa JPPM harus dipersalahkan apabila isu ini timbul akibat dari pandangan dengket dari KPKT," ujarnya.

Sementara itu, Rafick mengulangi gesaan supaya KPKT menerima dan bekerjasama dengan mereka bagi mencari penyelesaian untuk masalah rumah terbengkalai di Malaysia.

"Jika Polis Diraja Malaysia (PDRM) ada Rakan Cop, mengapa KPKT tidak boleh menerima kami sebagai Rakan JPN?" soalnya

mkini