Showing posts with label runtuh. Show all posts
Showing posts with label runtuh. Show all posts

Friday, October 21, 2011

Tanah runtuh di Genting Highlands, lelaki cedera

Seorang lelaki cedera ringan selepas bahagian hadapan keretanya dihempap tanah runtuh dalam kejadian di KM 13.9 Genting Highlands, Bentong malam semalam.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong ketika dihubungi berkata dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam, mangsa yang berumur awal 40-an sedang memandu berseorangan menuju ke tanah tinggi tersebut.

Beliau berkata mangsa dihantar ke klinik berdekatan untuk menerima rawatan.

"Disebabkan kejadian itu, jalan selepas check point pertama itu terpaksa dilencongkan," katanya.

Tanah runtuh berlaku akibat hujan lebat sejak petang semalam membabitkan laluan menuju ke arah Genting Highlands dan ia tidak menjejaskan pergerakan trafik di sekitar kawasan terbabit.
- Bernama  

Wednesday, September 28, 2011

MB: 'Engineering fault' mungkin punca letupan


Jimadie Shah Othman malaysiakini
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau diberitahu, letupan di sebuah kompleks di Subang Jaya mungkin berpunca daripada 'engineering fault' dan tidak berkaitan dengan soal keselamatan.
NONE"Saya diberitahu, ia (akibat) engineering fault, dan bukan berkaitan keselamatan," katanya.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan Selangor akan memantau perkembangan insiden itu yang menyebabkan empat orang cedera.

Petang ini juga, katanya, beliau sendiri akan turun padang bertemua dengan pemilik dan penyewa di Empire Gallery, Subang Jaya.

"Kami memantaunya tapi tiada 'nilai tambah' yang kami boleh tawarkan. Perkara ini diuruskan oleh bomba, pihak polis dan juga pihak berkuasa tempatan Subang Jaya," katanya. dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Shah Alam sebentar tadi.
NONEKejadian jam 3.40 pagi itu turut menyebabkan kerosakan teruk beberapa premis termasuk rangkaian cafe terkenal dengan bumbung dan kaca beberapa premis lain runtuh dan pecah.
Mereka yang cedera itu terdiri daripada dua pengawal keselamatan rakyat Nepal dan dua pelanggan rakyat tempatan yang masing-masing cedera di tangan dan kaki.
Sementara itu, bercakap dalam sidang media sama, exco perumahan negeri Iskandar Samad menafikan dakwaan bahawa tiada rumah kos rendah dibina sejak Pakatan menawan Selangor pada 2008.

Sebaliknya, tambahnya, sebanyak 12,009 unit kini dalam pembinaan dan 9,645 lagi telah mendapat kebenaran merancang untuk dibina (mesti dibina dalam dua tahun).

azlanMenurut statistik yang diedarkannya kepada media, setakat ini seramai 13,436 rakyat Selangor di kesemua sembilan daerah di negeri itu masih menunggu tawaran setelah memohonnya sebelum ini.

Sebelum ini, MCA Selangor dilapor membidas kerajaan Selangor yang didakwa gagal membina rumah kos rendah di negeri itu sepanjang tiga tahun memerintah.

Pengerusinya, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, sedangkan di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan sahaja, kerajaan BN telah membina lebih 6,000 unit rumah kos rendah sepanjang 10 tahun lalu.

Monday, August 8, 2011

Cameron Highlands landslide: One dead, two critically injured


A woman has died and two other people critically injured in a landslide at 5.45pm on Sunday involving five houses at the Sungai Ruil orang asli village in Cameron Highlands
More are feared buried in the mud.
"The two injured and the body of the woman have been sent to the Sultanah Hajjah Kalsom Hospital in Tanah Rata,” said a spokesman at the Cameron Highlands Police Headquarters.
Hundreds of rescue personnel - police, firemen and Civil Defence Department personnel - are searching the hilly area for victims, Bernama reported.
Cameron Highlands MP Datuk S.K. Devamany said there might be eight to 10 people trapped in the rubble while an old lady has been confirmed dead.
“The Orang Asli leader has informed us that he believe that the residents in those houses are trapped in the underneath in the buried houses, he said at the scene.

Sunday, May 22, 2011

Tanah runtuh: 16 terbunuh, 9 selamat




Mei 22, 11 6:48am
Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan semua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat. 24 buried alive in landslide at orphanageOperasi yang bermula pukul 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi. Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Azman Ayob ketika memberikan perkembangan terkini mengenai insiden itu kepada pemberita di lokasi kejadian pagi ini berkata mangsa yang terkorban dalam tragedi itu ialah 16 orang manakala sembilan mangsa yang terperangkap selamat. Mangsa yang meninggal dunia di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat, katanya. Azman berkata lokasi mangsa yang berada berdekatan antara satu sama lain membantu memudahkan usaha mencari dan menyelamat. 24 buried alive in landslide at orphanagePasukan mencari dan menyelamat membabitkan seramai 754 anggota daripada pelbagai agensi bantuan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM), pasukan Smart, tentera 4 Divisyen, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan St John. "Operasi mencari dan menyelamat dihentikan setakat ini dan akan disambung pada 8 pagi ini bagi membuat gerakan terakhir untuk pastikan tidak ada lagi mangsa yang terperangkap," katanya.

Gambar yang sempat dirakamkan sebelum kejadian tanah runtuh berlaku



Suasana di HKL
(Dari facebook seorang sahabat: Mohd Zailani Daud )







(Gambar2 seitar kejadian di petik dari Picture Galery)

Saturday, March 12, 2011

Jepun sahkan bangunan konkrit nuklear tumbang

Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yukio Edano, mengesahkan berlaku letupan di loji jana kuasa nuklear Tokyo Electric Power Co's (TEPCO) Fukushima Daiichi.

Menurut Edano, Tokyo Electric Power Co bercadang mengiisi kebocoron reaktor di pusat tenaga Fukushima Daiichi dengan air laut bagi menyejukkannya dan mengurangkan tekanan unit berkenaan.

"Reaktor nuklear itu dikelilingi oleh bekas reaktor keluli, yang kemudiannya dikelilingi oleh bangunan konkrit,” katanya.

Fukushima nuclear plant meltdown"Bangunan konkrit itu tumbang. Tetapi kami dapati reaktor di dalamnya tidak meletup.”

"Kami juga sahkan bahawa reaktor nuklear tidak musnah. Letupan tidak berlaku di dalam bekas reaktor itu. Oleh demikian, jumlah radiasi yang tersebar luar tidak besar,” katanya di Tokyo.
"Ketika ini, tiada perubahaan ketara berhubung tahap radiasi yang tersebar di luar (daripada sebelum letupan), jadi kami minta orang ramai supaya bertenang,” kata Edano.

Katanya, proses mengisi air laut ke dalam simpanan reaktor akan mengambil masa lima hingga 10 jam dan sekitar 10 hari bagi melengkapkan proses berkenaan termasuk mengunakan asid boric bagi menghalang kritikaliti.
Menurut Edano, pihaknya sedang mengkaji punca letupan itu dan situasinya dan serta akan membuat pengumuman kepada orang ramai apabila mendapat maklumat lanjut.
Sebelum itu pada kira-kira jam 3.30 waktu tempatan, satu letupan kedengaran di sebuah loji nuklear di Sendai, Jepun yang menimbulkan kebimbangan reaktor itu akan musnah dan menyebabkan bahan radioaktif tersebar.

japan tsunami and earthquake 2011 nuclear power plant fukushima no 1Menurut Tokyo Power Electric Co yang menguruskan Loji Fukushima Dai-ichi di Sendai menyatakan tidak pasti letupan di loji berkenaan yang menyebabkan satu dindingnya runtuh, mengandungi reaktor nuklear.

Bagaimanapun mereka mengesahkan empat pekerja tercedera akibat kejadian itu.

Paparan TV Jepun menunjukkan salah satu dinding bangunan terbakar hangus dengan hanya meninggalkan rangka besinya.

Jurucakap kerajaan, Yukio Edano menyatakan semua penduduk dalam lingkungan 10 kilometer dari loji berkenaan patut dipindahkan.

NONEWalaupun berdepan dengan kemusnahan, wakil Suruhanjaya Keselamatan Nuklear Jepun Ryohei Shiomi berkata ia tidak akan merebak dari lingkungan 10 km dan kebanyakan 51 ribu penduduk di sekitar telahpun dipindahkan.

Pasukan keselamatan Jepun termasuk lebih 50 ribu tentera dikerah membantu bagi memastikan kemalangan dan kebakaran dapat diatasi serta menyelamatkan mangsa akibat bencana alam paling teruk dalam tempoh 140 tahun ini.

Kadar rasmi kematian setakat jam 5 petang waktu tempatan ialah 413 dengan 784 disahkan hilang dan 1,128 tercedera.

Bagaimanapun media tempatan melaporkan lebih dari 1,300 terbunuh.

NONE200 hingga 300 mayat dijumpai di pantai Sendai, bandar paling hampir dengan pusat gempa bumi semalam.

Lebih 215 ribu rakyat kini berlindung di 1,350 pusat pemindahan di lima wilayah berbeza.

Impak sebenar masih tidak dapat dikenal pasti.

Kemusnahan teruk dilaporkan di wilayah Miyagi kerana gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter semalam dan tsunami yang memusnahkan pelbagai kawasan terutamanya di bandar Sendai dan kawasan timur Jepun.

Wednesday, February 2, 2011

Siling di kawasan lobi utama Hospital Serdang runtuh

30/01/2011 8:23pm

SERDANG 30 Jan. – Siling berukuran di kawasan lobi utama Hospital Serdang dilaporkan runtuh tengah malam tadi, dipercayai insiden pertama seumpamanya yang berlaku di hospital itu sejak ia mula beroperasi pada Disember 2005.
Insiden yang berlaku kira-kira 12.30 malam itu telah mengakibatkan bahagian-bahagian dan serpihan siling bertaburan di kawasan lantai lobi.
Jurucakap hospital tersebut ketika dihubungi berkata, tiada kecederaan yang berlaku kerana ketika kejadian tiada orang awam atau pelawat berada di sekitar lokasi.
"Kami juga telah kerahkan pengawal untuk menutup kawasan itu sebaik sahaja kejadian sampai kepada pengetahuan kami. Satu lencongan juga telah dibuat bagi tujuan keselamatan,” katanya.
Jurucakap itu berkata, satu siasatan terperinci sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. – Bernama

Thursday, October 28, 2010

65 terbunuh bumbung rumah runtuh ketika majlis perkahwinan

28/10/2010 2:51am

KABUL 28 Okt. - Sekurang-kurangnya 65 wanita dan kanak-kanak terbunuh malam semalam apabila bumbung sebuah rumah runtuh ketika majlis perkahwinan sedang berlangsung di utara Afghanistan, kata Gabenor wilayah Bahlan, Munshi Abdul Majid.
“Sebuah bumbung tiba-tiba runtuh ketika majlis perkahwinan sedang berlangsung di sebuah perkampungan di daerah Jalga yang terletak di wilayah Baghlan mengorbankan 65 tetamu wanita dan kanak-kanak,” kata Munshi. - AFP

Thursday, October 14, 2010

LANTAI SEKOLAH RUNTUH, 10 MURID DI KEDAH CEDERA

 - minsider

Seramai 10 orang murid Darjah Empat Sekolah Kebangsaan Sri Gunong di Gunung Keriang dekat sini cedera dengan dua daripadanya serius selepas lantai bangunan sekolah yang menempatkan kelas mereka runtuh pagi tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11 pagi itu melibatkan 30 murid yang sedang mengikuti kelas Pendidikan Islam.

Lantai dikatakan runtuh secara tiba-tiba dan murid yang berada di dalam kelas itu terjatuh ke dalam lubang sedalam satu meter dan selebar dua meter persegi.

Lima murid lelaki dan lima murid perempuan itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini bagi mendapatkan rawatan, oleh pihak sekolah dan ibu bapa yang kebetulan berada di situ.

Salah seorang murid berkenaan, Mohd Aliff Hakim Abu Bakar berkata ketika kejadian, secara tiba-tiba lantai kelasnya reput (patah) menyebabkan dia terjatuh ke dalam lubang runtuhan itu.

“Saya merangkak keluar dan ustazah tarik saya keluar. Saya terkejut. Saya cedera kaki kanan,” katanya ketika ditemui di HSB.

Filza Nadhirah Idris yang juga cedera di kaki kanan berkata sewaktu kejadian dia merasakan kelas itu bergoyang-goyang sebelum dia terjatuh ke bawah.

“Saya jatuh tertiarap. Lutut kanan saya cedera. Saya kemudian menangis. Cikgu angkat saya,” katanya yang kelihatan trauma dengan kejadian itu.

Seorang saksi kejadian, Ali Mohammad, 49, berkata keseluruhan bangunan termasuk lantai yang dibina sekitar tahun 1970-an itu dipercayai pada asalnya diperbuat daripada kayu dan telah diubah suai oleh pihak sekolah lapan tahun lalu dan digantikan dengan lantai simen tanpa mempunyai konkrit yang kukuh.

“Mungkin kayu yang diletakkan simen di atasnya tanpa konkrit yang kuat tidak mampu menanggung pelbagai bebanan seperti meja, kerusi dan peralatan tambahan kelas menyebabkan berlaku runtuhan berkenaan,” katanya.

Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah Zuraidi Rahim yang melawat murid-murid di HSB berkata, beliau dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa lapan pelajar menerima rawatan pesakit luar manakala dua lagi agak serius kerana kaki mereka dihempap batu dan almari.