Showing posts with label kg baru. Show all posts
Showing posts with label kg baru. Show all posts

Monday, July 18, 2011

Pertahan Kampung Baru wasiat terakhir Dr Lo' Lo'


Hazayani Zakaria  
harakahdaily
KUALA LUMPUR, 18 Julai: Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof menegaskan, muslimat bertekad untuk memenuhi pesanan terakhir Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali agar mereka meneruskan perjuangan mempertahankan Kampung Baru yang merupakan amanah daripada penduduk.
Siti Zailah berkata, penduduk kampung Baru di bawah Parlimen Titiwangsa amat bertuah mempunyai wakil rakyat yang sanggup berjuang membela hak mereka walaupun dalam keadaan sakit.
"Wasiat beliau kepada kami supaya kami bersama rakyat mempertahankan maruah Kampung Baru. Itulah di antara wasiat beliau yang terakhir kepada kami.
"Jadi saya rasa penduduk Kampung Baru amat bertuah kerana walaupun wakil rakyatnya meninggal dunia tapi beliau memperjuangkan nasib Kampung Baru sehingga ke akhir nyawa dan kami akan menyambung perjuangan beliau untuk mempertahankan tanah Kampung Baru," katanya.
Sejak mula dipilih sebagai ahli parlimen Titiwangsa, Allahyarhamah sangat komited dalam membantu penduduk kawasan itu mempertahankan tanah mereka daripada dirampas BN.
Beliau merupakan ahli Parlimen yang lantang membawa suara rakyat ke Parlimen bagi menolak Rang Undang-undang Perbadanan Kampung Baru dan pelan perancangan membangunkan kampung tersebut.
Selain itu, beliau memberikan sokongan penuh dengan menghadiri sesi dialog penduduk dengan peguam dalam memberikan penjelasan mengenai status tanah yang diwarisi daripada nenek moyang mereka.
Selain itu Siti Zailah menyifatkan Allahyarhamah sebagai seorang yang sangat tabah dan cekal menghadapi segala cacian pihak lawan dalam emnegakkan kebenaran.
"Beliau tokoh mujahidah Islam yang cukup sabar, cukup tabah walaupun dalam keadaan kesakitan tapi masih cukup memberi semangat dan dorongan kepada kami dan banyak memberi pandangan bernas demi kebangkitan Islam," katanya.
Sambil menyifatkan pemergian Allahyarhamah sebagai kehilangan sebutir permata berharga, beliau berkata Allahyarhamah sentiasa memberikan semangat kepada kepimpinan muslimat untuk meneruskan perjuangan.
"Kami doakan roh beliau dicucuri rahmat, ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan apa yang beliau tinggalkan adalah amal jariah yang kita akan teruskan.
"Bagi kami kehilangan beliau satu kehilangan permata yang amat berharga untuk negara kita
"Di antara pesanan beliau kepada kami ialah supaya kami meneruskan perjuangan dan melaksanakan yang terbaik untuk masa depan Islam dan rakyat dan mengingatkan kami supaya sabar dan tabah dalam mengharungi perjuangan dan tidak patah semangat," katanya yang juga ahli Parlimen Rantau Panjang.
Sementara itu, ahli Parlimen PAS akan mengagihkan tugas untuk membantu menguruskan Parlimen Titiwangsa setelah pemergian Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, PAS akan mengaihkan tugas sebaik mungkin bagi memastikan tugas-tugas di kawasan tersebut tidak tergendala.
"Sudah tentu tidak akan ada pilihan raya kecil di Titiwangsa jadi oleh sebab itu tugas untuk memantau kehidupan masyarakat di Titiwangsa ini akan diagihkan kepada beberapa ahli parlimen PAS khususnya bersama rakan-rakan pakatan Rakyat," kata beliau ketika ditemui di majlis pengebumian allahyarhamah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Datuk Keramat, pagi tadi.
Beliau juga berkata, kehadiran orang yang sangat ramai untuk memberikan penghormatan terakhir menunjukkan allahyarhamah seorang yang sangat disayangi dan pemergiannya amat dirasai.
"Bertuah rakyat Titiwangsa memiliki wakil rakyat seperti ini yang sukar dicari ganti. Kehadiran orang ramai hari ini menunjukkan betapa kasih dan sayangnya mereka kepada beliau," ujarnya
Tambahnya, sepanjang berjuang bersama Allahyarhamah, beliau dianggap seperti kakak dan ibu yang sentiasa memberikan motivasi kepada orang lain.
"Saya kehilangan seorang sahabat yang banyak memberikan motivasi walaupun kadang-kadang di kalangan kawan-kawan kami ketawa di atas sifat beliau yang membawa watak sebagai seorang ibu yang sentiasa memberikan leteran.
"Tetapi sebenarnya leteran itu ialah satu motivasi untuk kita bekerja lebih kuat untuk menjayakan misi rakyat ini dan saya lihat bahawa beliau seorang wakil rakyat yang sangat gigih turun ke padang memberikan khidmatnya kepada masyarakat," katanya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.

Wednesday, June 8, 2011

Penduduk Kampung Baru perlu pertimbang sebelum terima PPK

Kiriman Sidiq Omar
KUALA LUMPUR: Penduduk Kampung Baru perlu memikirkan secara serius sebelum bersetuju dengan penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB), kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN Titiwangsa, Syed Badli Shah Syed Osman.

Beliau yang juga salah seorang pewaris tanah berkata, draf cadangan rang undang-undang berkenaan menyatakan Menteri berkuasa penuh melantik Pengerusi PPKB yang bakal ditubuhkan tanpa perbincangan dengan pemilik dan waris tanah Kampung Baru.

“Jika draf ini diluluskan, pemilik dan pewaris tanah langsung tiada hak untuk menyuarakan pendapat mereka tentang siapa yang seharusnya mengepalai PPKB kerana kuasa perlantikan di tangan Menteri,”

“Terpulanglah kepada pemilik dan pewaris tanah di Kampung Baru untuk membuat keputusan kerana impaknya di masa hadapan akan ditanggung oleh mereka sendiri,” kata Syed Badli Shah dalam satu kenyataannya hari ini.

Syed Badli Shah turut mempertikai tindakan meminggirkan Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Ghazali dari menghadiri program ‘ Majlis Penerangan Pembangunan Tanah Kampung Baru’ yang diadakan di Dewan Sekolah Agama, Jalan Raja Muda Musa, 5 Jun lalu.

Bahkan dirinya sendiri cuba diusir dari perbincangan apabila membangkitkan persoalan berhubung pindaan draf perlembagaan tersebut.

Difahamkan, beberapa individu yang tidak dikenali bersikap kasar dengan cubaan menarik keluar Syed Badli Shah dari dewan tetapi ditenteramkan oleh penduduk dan anggota polis yang mengawal majlis tersebut.

“Persoalan yang ditimbulkan oleh waris kepada penganjur antaranya alasan wakil rakyat tidak dijemput ke majlis tersebut.

“Pihak penganjur gagal menjawab, malah memutarbelit isu dengan mengatakan bahawa wakil rakyat sepatutnya berada di Parlimen dan bukannya bersama penduduk.

“Sedangkan, Ahli Parlimen Titiwangsa telah mengambil langkah awal dengan menubuhkan Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB) dan mengadakan sesi dialog dari kampung ke kampung untuk bertemu dengan sebahagian besar pemilik dan pewaris tanah di Kg Baru.

“Malangnya tiada satu pun wakil dari SPKB dijemput untuk turut bersama dalam majlis penerangan tersebut. Malah tiada perbincangan langsung dengan pejabat Ahli Parlimen Titiwangsa untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Pertemuan itu turut dihadiri wakil dari Lembaga Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu Kampung Baru (Mas), wakil Menteri Wilayah Persekutuan dan Persatuan Anak Kampung Baru (Pakam).

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14939 

Tuesday, April 19, 2011

Rekabentuk Masjid Kg Baru percuma, kata firma adik PM

Salhan K AhmadApr 19, 11
Sebuah firma arkitek milik adik perdana menteri, Datuk Nazim Razak hari ini tampil dengan penjelasan bahawa perkhidmatannya menyediakan rekabentuk untuk projek naik taraf Masjid Kampung Baru disediakan secara sukarela.
Penjelasan itu timbul susulan tuntutan sebuah NGO anak muda yang menuntut perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menerangkan isu berhubung pembabitan firma NRY Architects dalam projek naik taraf dengan nilai RM20 juta itu.
NONESeorang arkitek di firma berkenaan, Muhd Syafeeq Subhi berkata NRY Architects dilantik oleh jawatankuasa masjid berkenaan untuk menyediakan perkhidmatan rekabentuk bagi pembangunan semula masjid tersebut.
"Tiada sebarang konflik (kepentingan) kerana kami menyediakan perkhidmatan sukarela seperti yang diumumkan perdana menteri dan juga pengerusi masjid ketika majlis penyerahan cek," kata Muhd Syafeeq dalam satu penjelasan melalui e-mel kepada Malaysiakini.
Dalam majlis yang berlangsung pada awal Februari itu, perdana menteri mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi membiayai projek naik taraf masjid berkenaan.
Peruntukan bagi masjid itu akan disalurkan melalui syarikat pembangunan strategik milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad, kata perdana menteri.
Mengulas lanjut, Muhd Syafeeq turut menjelaskan bahawa NRY Associates juga sebelum ini telah menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk pembangunan semula masjid berkenaan sejak lapan tahun lalu.
NONEPerkhidmatan itu termasuk kerja-kerja yang disediakan bagi pembinaan pintu gerbang dan astaka di pintu masuk masjid berkenaan, katanya lagi.
"Baru-baru ini kami menyediakan perkhidmatan untuk menara (masjid). Semua perkhidmatan ini adalah (secara) sukarela dan dibuat (untuk) amal jariah, kami tidak mengenakan bayaran untuk perkhidmatan (berkenaan).
"Sehubungan itu, berdasarkan pengalaman kami, jawatankuasa (masjid) bekerjasama dengan kami sekali lagi dan kami meneruskan untuk menyediakan perkhidmatan jariah kepada masjid itu," kata Muhd Syafeeq lagi.
Sebelum ini, NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengutus surat kepada Najib bagi meminta perdana menteri itu membuat penjelasan mengenai kaitan firma NRY Architects dengan projek naik taraf tersebut.

Salinan surat berkenaan, bertarikh 10 April, dimuatkan di laman blog pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin.

Saturday, March 12, 2011

Kg Baru: Pemilik tanah mahu deklarasi depan MP

Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 11 Mac: Satu majlis Deklarasi Pemilik dan Pewaris Tanah Kampung Baru kepada Ahli-ahli Parlimen Malaysia akan diadakan pada 14 Mac ini bertempat di Dewan Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru.

Program yang akan bermula jam 9 malam itu dianjurkan Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB) yang ditubuhkan atas inisiatif Pusat Khidmat Parlimen Titiwangsa.

Penasihat Undang-undang sekretariat itu, Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi berkata, program tersebut adalah usaha menemukan penduduk di enam buah kampung di Kampung Baru dengan semua ahli-ahli parlimen Malaysia untuk menyatakan permasalahan dan kebimbangan mereka terhadap Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2010 (RUU PPKB 2010) yang kini datangguhkan untuk dibentang di Parlimen.

"Untuk program ini kita jemput semua ahli parlimen sama ada dari pembangkang ataupun kerajaan.

"Penduduk sendiri akan bercakap dengan mereka," jelasnya sambil menafikan isu pembangunan Kampung Baru yang dibawa selama ini bukan retorik politik Pakatan Rakyat semata-mata.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin sebelum ini menyatakan hasrat kerajaan untuk menangguhkan perbahasan (RUU PPKB 2010) dalam sesi Parlimen bermula 7 Mac hingga 7 April ini.

Bacaan kali pertama RUU itu sebelum ini dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat, Disember tahun lalu.

Penangguhan itu didakwa ekoran desakan dan luahan rasa pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru yang tidak senang dengan akta itu kerana mereka tidak dilibat sama dalam perbincangan jawatankuasa itu sebelum ini.

"Majoriti pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru ini sebenarnya mahu rang undang-undang itu dimansuhkan, bukan ditangguhkan.

"Melalui program ini kita nak supaya ahli-ahli parlimen dengar suara penduduk dan boleh membawanya ke Dewan Rakyat," katanya.

Dalam program itu juga katanya, pemimpin atau wakil-wakil parti termasuk Umno akan deberi peluang untuk bercakap dan menyatakan pandangan balas.

Ianya juga merupakan program kemuncak selepas sebulan mereka turun ke kampung-kampung dalam siri roadshow mereka bagi menjelaskan kesan RUU tersebut.

"Jika tidak ada apa-apa perkembangan positif juga dari kerajaan selepas ini, kami akan bergerak untuk menghantar memorandum kepada Sultan Selangor dan Yang di-Pertuan Agong," katanya.
harakah

Saturday, February 12, 2011

'Kg Baru tak boleh dibangun dengan RM20 juta'

Feb 11, 11 4:34pm






Persatuan Pembangunan Kampung Baru (PPKB) hari ini menyatakan rasa kurang bersetuju Masjid Jamek Kampung Baru di Kuala Lumpur dijadikan titik permulaan dan ikon transformasi kawasan itu. 

Yang Dipertua PPKB Dr Mohd Yusof Ismail berkata pemilik dan pewaris Kampung Baru menganggap sebagai kurang tepat, Masjid Jamek itu dijadikan pemangkin pembangunan Kampung Baru.

Pada 5 Februari 2011, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Masjid Jamek Kampung Baru akan menjadi titik permulaan dan ikon transformasi kawasan itu untuk menjadi kawasan bernilai tinggi, canggih dan moden.

Beliau mengumumkan peruntukan RM20 juta untuk membiayai pengubahsuaian dan naik taraf masjid berkenaan bermula dalam tempoh enam bulan dengan peruntukan disalurkan melalui syarikat pembangunan strategik milik kerajaan - 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dr Mohd Yusof berkata mengikut pandangan profesional dalam bidang pembangunan bandar dan wilayah, untuk menjadi pemangkin usaha membangunkan sesuatu kawasan, suatu projek besar dan hebat patut diadakan.

Sebagai contoh kawasan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dijadikan nadi pembangunan bagi keseluruhan kawasan KLCC dengan pembinaan Menara Kembar Petronas dan bangunan tinggi seperti Maxis di kawasan itu, katanya dalam satu kenyataan. 

"Kampung Baru tidak boleh mula dibangunkan dengan peruntukan sekecil ini (RM20 juta)," katanya.

Beliau ingin tahu perkembangan kepada cadangan pembangunan Menara Kembar Puncak Baru bernilai RM500 juta yang dilancarkan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009 yang dianggap PPKB sebagi projek yang sesuai menjadi pemangkin pembangunan Kampung Baru.

PPKB juga menggesa isu lain berkaitan pembangunan Kampung Baru seperti Rang Undang-undang Perbadanan Kampung Baru - kesesuaian dan kesannya kepada pemilik - serta cadangan kaedah penyerahan tanak milik penduduk, hendaklah diselesaikan segera.

--Bernama

Wednesday, February 2, 2011

'Perbadanan bangun Kg Baru diwujud tahun ini'

Feb 1, 11 5:48pm
Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar akan berusaha memastikan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu, yang akan menjalankan fungsi seperti memaju, menyelaras dan menyelia pembangunan di Kampung Baru, Kuala Lumpur, diwujudkan pada tahun ini juga.

Menterinya Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata untuk tujuan itu, kementerian akan membentangkan Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu untuk bacaan kali kedua dan ketiga di Parlimen pada tahun ini.

"Ia selaras dengan hasrat kerajaan dan para pemilik serta pewaris tanah untuk melihat kawasan penempatan Melayu yang strategik dan bersejarah itu dibangunkan ke tahap maju dan menguntungkan, sesuai dengan kedudukannya di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur," katanya.

Raja Nong Chik berkata demikian ketika menyampaikan ucapan menjunjung kasih sempena istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat Wilayah Persekutuan yang disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Balairong Seri Istana Melawati, di Putrajaya.
Menteri itu berkata bacaan kali pertama rang undang-undang itu telah dibentangkan di Parlimen pada sesi Dewan Rakyat yang lalu.

Kawasan Kampung Baru yang berusia 110 tahun meliputi tujuh buah kampung terletak di atas tanah seluas 90.2 hektar dan kini didiami kira-kira 35,000 penduduk.

Pada istiadat itu, Tuanku Mizan berkenan menyampaikan darjah kebesaran, bintang dan pingat Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2011 kepada 256 penerima.

Turut hadir ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tahun ini merupakan kali keempat darjah kebesaran, bintang dan pingat Wilayah Persekutuan dianugerahkan kepada individu-individu yang berjasa membangunkan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Monday, December 20, 2010

PAS: PPKB ancam hak Melayu Kg Baru

Penubuhan majlis penasihat bagi Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB) hari ini menerima bantahan keras daripada PAS Wilayah Persekutuan yang menyifatkan langkah itu sebagai satu usaha tidak jujur kerajaan dalam membangunkan hartanah berkenaan.

Perbadanan tersebut pula sepatutnya diganti dengan Badan Amanah yang diwakili oleh wakil penduduk Kampung Baru dan golongan yang berkepentingan langsung dalam pembangunan itu.

NONEPenasihat undang-undang PAS Wilayah Persekutuan Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata demikian ketika mengulas satu kenyataan dari Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) semalam berhubung penubuhan majlis berkenaan.
Beliau juga berkata usaha itu juga sekadar "melepaskan batuk di tangga" kerana Akta Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2010 itu tidak mengikat kerajaan untuk mendengar nasihat daripada majlis tersebut.

"Oleh itu, peranan majlis penasihat tersebut hanya sebagai gimikpolitik semata-mata dan jelas tidak relevan langsung," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya lagi, PAS Wilayah Persekutuan khuatir rang undang-undang baru bagi pembangunan Kampung Baru akan menjejaskan pemilikan ke atas tanah tradisi berkenaan di kalangan orang Melayu.
Batal kuasa Lembaga MAS
Ahmad Zamri berkata keadaan itu dibimbangi akan berlaku memandangkan akta berkenaan yang baru dibentangkan di parlimen itu telah membatalkan satu enakmen yang digunapakai sebelum ini.

Selain membatalkan Enakmen Malay Agricultural Settlement (MAS), penguatkuasaan akta baru itu juga membatalkan Lembaga Pengurusan Petempatan Pertanian Melayu (Lembaga MAS), katanya.
Ahmad Zamri menyifatkan langkah itu sebagai satu tindakan yang langsung tidak menghormati Lembaga MAS yang telah berkhidmat lebih satu abad lamanya.

NONE"Tindakan kerajaan tersebut bukan sahaja membelakangkan penduduk Kampung Baru, malah ia menafikan langsung suara dan penglibatan wakil-wakil penduduk dalam proses pembangunan tanah dan masa depan mereka sendiri.

Jelasnya, Seksyen 57(1) dan (2) dalam rang undang-undang itu secara jelas menyatakan pembatalan dan pembubaran enakmen serta Lembaga MAS.

"Perkara ini mempunyai implikasi yang sangat besar terhadap survivalpemilikan hartanah orang-orang Melayu di Kampung Baru.
Pemilikan di kalangan Melayu
"Ini kerana kaedah-kaedah yang digariskan di bawah Enakmen MAS tersebut secara jelas memperuntukkan bahawa hartanah di Kampung Baru hanya boleh dimiliki dan dipindahmilik oleh orang-orang Melayu sahaja.

"Apa yang dibimbangi ialah dengan pemansuhan tersebut, tidak ada jaminan lagi hartanah Kampung Baru akan terus kekal seratus-peratus milik orang-orang Melayu di masa akan datang," kata Ahmad Zamri dalam kenyataan tersebut.

pak lah launch of menara puncak baru in kampung baru kl 300309 01Tambahnya, takrif “kepentingan orang Melayu” dalam rang undang-undang itu pula sekadar merujuk "budaya, adat resam dan seni bina bangunan masyarakat Melayu sahaja." 

Akta berkenaan tidak menyatakan secara jelas bahawa hartanah berkenaan mesti dikekalkan di kalangan orang Melayu, kata Ahmad Zamri lagi.

"Ini diperkuatkan lagi dengan fungsi perbadanan yang dinyatakan di bawah Seksyen 14 Akta tersebut bahawa Perbadanan boleh berurusan dengan 'mana-mana orang' untuk mengurus serta memindahmilik dan melupuskan aset Kampung Baru.

"Kesudahannya, jika rang undang-undang ini diluluskan kelak, maka milikan hartanah orang Melayu di Kampung Baru akan terancam dan tidak ada jaminan ia akan terus kekal," katanya lagi.

Wednesday, December 15, 2010

Kampong Bharu development corporation bill tabled in parliament

KUALA LUMPUR, Tuesday 14 December 2010 (Bernama) -- A bill to set up a corporation to govern development in Kampung Bharu was tabled for first reading in the Dewan Rakyat today.
The Kampung Bharu Development Corporation Bill 2010, tabled by Federal Territories and Urban Well-being Minister Datuk Raja Nong Chik, will ensure development of Kampung Bharu, a 110-year-old enclave comprising seven villages which spread over 90.2 hectares and with a population of 35,000 people, is well regulated.
For that, the bill proposed the setting up of an advisory council which responsibility is to advice the corporation on matters pertaining to the interests of the Malays in Kampung Bharu and other matters referred to it by the corporation.
With the setting up of the council, the Malay Agricultural Settlement Management Board will be dissolved.
The bill was among four bills which were tabled for first reading today. The three others are the Malaysian Quarantine and Inspection Services Bill 2010, the Sustainable Energy Development Authority Bill 2010 and the Arbitration (Amendment) Bill 2010.
The Malaysian Quarantine and Inspection Services Bill 2010, tabled by Deputy Agriculture and Agro-based Industry Minister Chua Tee Yong, aims to provide for an integrated service pertaining to quarantine, inspection and enforcement at entry points, quarantine stations and quarantine premises.
Energy, Green Technology and Water Minister Datuk Peter Chin Fah Kui, when tabling the Sustainable Energy Development Authority Bill 2010 for first reading, said it was meant for the setting up of the Malaysian Sustainable Energy Development Authority.
The Arbitration (Amendment) Bill 2010, which was tabled by Deputy Minister in the Prime Minister's Department, proposed several improvements to the existing provisions in the law.
MySinchew 2010.12.15

Wednesday, December 1, 2010

Lo'Lo': Habislah orang Kampung Baru kena pindah



Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali berkata pindaan terbaru Draf Rancangan Pembangunan Kuala Lumpur 2020 yang menyaksikan Kampung Baru ditandakan sebagai kawasan komersial sepenuhnya, perlu dipersoal,.

NONEKatanya, pindaan itu juga memberi maksud bahawa penduduk Kampung Baru tidak boleh lagi menetap di Kampung Baru dan perlu berpindah.

"Habislah orang Kampung Baru. Pindaan terkini Deraf KL 2020 menandakan Kampung Baru sebagai kawasan komersial seratus peratus.

"Bermakna tiada residential area. Orang Kampung Baru tak boleh tinggal dah di Kampung Baru, semua kena pindah terus," katanya yang juga AJK PAS Pusat kepadaHarakahdaily.

Dr Lo' Lo' berkata demikian sebagai mengulas pindaan terbaru Draf Rancangan Pembangunan Kuala Lumpur 2020.
Zon komersial sepenuhnya
Mengikut draf rancangan itu, Kampung Baru di Kuala Lumpur telah ditandakan sebagai kawasan komersial sepenuhnya.
NONEPerancangan itu, kini dipamerkan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sehingga Rabu ini dan menunjukkan semua kawasan seluas 250 ekar tanah di Kampung Baru akan dimasukkan sebagai satu daripada tiga Pusat Komersial Bandaraya (CCC).

Dua lagi CCC itu adalah kawasan sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan kawasan sekitar KL Sentral di Brickfields. 

CCC, seperti ditakrif dalam draf itu tidak perlu mempunyai unit kediaman dan boleh mempunyai 100 peratus kawasan komersial.

Ini menimbulkan tandatanya sama ada rumah-rumah kediaman di Kampung Baru, termasuk rumah tradisional Melayu terpaksa dirobohkan untuk pembinaan bagunan komersial.

Namun plan draf itu menyatakan pembangunan masa depan tidak akan menghakis imej Kampung Baru sebagai tapak warisan Melayu tetapi sebaliknya berkata akan 'memperkuatkan lagi identiti Melayu daripada pelbagai aspek”.
Masjid diperbesarkan
Ia bagaimanapun tidak memberi butiran tersebut kecuali berkata konsep seni bina Melayu akan diterapkan.

NONESeorang pegawai DBKL yang mengendalikan 'booth' di sana memberi jaminan bahawa rancangan pembangunan Kampung Baru akan memastikan tanda mercu seperti Masjid Jamek dan Kelab Sultan Sulaiman tidak akan diusik. 

“Malah, masjid akan diperbesarkan,” katanya yang memohon namanya tidak disiarkan.

Ditanya mengenai nasib yang bakal dialami oleh kira-kira 39,000 penduduk Kampung Baru, pegawai itu memberi jaminan mereka tidak akan diusir keluar.

Apabila diajukan bagaimana ini akan dilakukan, beliau berkata pembangunan akan dijalankan secara berperingkat tetapi tidak mahu mengulas lanjut.
Penjara Pudu
Perkembangan terbaru itu menimbulkan persoalan sama ada rumah-rumah kediaman di Kampung Baru, termasuk rumah tradisional Melayu terpaksa dirobohkan untuk pembinaan bagunan komersial.

NONEMenurut Lo' Lo' lagi, lebih menghairankan, kenapa kawasan Penjara Pudu boleh dibina kawasan penempatan, sedangkan ia juga terletak di kawsan bandar Kuala Lumpur, malah bukan kawasan penempatan pun sebelum ini.

"Hairannya Penjara Pudu akan dibangunkan dengan 30 peratusresidential," katanya lagi.

Kira-kira 39,000 penduduk menetap di Kampung Baru dan nasib mereka kini menjadi tanda tanya.

Sunday, August 22, 2010

Rang undang-undang perbadanan Kg Baru dibentang pada Okt

Ogos 21, 10 2:27pm
Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru akan dibentangkan di Parlimen pada sesi Dewan Rakyat yang bermula Oktober ini.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata draf rang undang-undang itu telah diserah kepada kepada Jabatan Peguam Negara untuk diperhalusi sebelum dibentangkan.

"Kita baru selesai makmal untuk draf rang undang-undang perbadanan Kampung Baru yang mana pandangan semua pihak telah diperbincangkan secara mendalam.

"Saya rasa secara umum semua asas telah diterima pakai dan pihak Peguam Negara sedang merangkakan undang-undang yang menepati kehendak daripada maklum balas semasa lab yang diadakan Julai lepas," katanya kepada pemberita, di Kuala Lumpur hari ini.

Raja Nong Chik berkata antara inti pati draf ialah perbadanan itu dijadikan badan pengawal dan penyelaras terhadap pembanguan Kampung Baru dan ia akan beroperasi tahun depan.

"Perbadanan berfungsi untuk mempertahankan ciri-ciri Melayu termasuk penglibatan pemilik dan pewaris dalam peringkat lembaga pengarah dan lembaga penasihat," katanya.

Pada masa yang sama peranan agensi lain seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak ketepikan kerana ia masih bertanggungjawab daripada segi perancangan bandar raya Kuala Lumpur, kata Raja Nong Chik.

Kawasan Kampung Baru Kuala Lumpur yang berusia 110 tahun dan meliputi tujuh buah kampung terletak di atas tanah seluas 90.2 hektar. Kawasan itu kini didiami sekitar 35,000 penduduk.

Raja Nong Chik sebelum itu menyampaikan sumbangan duit raya dan kain pelikat serta kain batik kepada 783 fakir miskin dan anak yatim di Kuala Lumpur.

Pada majlis itu beliau turut menyerahkan bubur lambuk sumbangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor kepada penduduk sekitar Kampung Baru.

Najib dan Rosmah menyumbangkan 50 periuk bubur lambuk kepada Masjid Jamek Kampung Baru yang diagih kepada masyarakat pada 18, 21 dan 25 Ogos.

--Bernama