Showing posts with label defect and maintenance. Show all posts
Showing posts with label defect and maintenance. Show all posts

Saturday, January 28, 2012

Kecuaian sebabkan kecederaan di Jusco Bukit Tinggi

Wong Kok Onn,
Saya ingin membuat komplen terhadap kecuaian keselamatan di kawasan permainan kanak-kanak yang dipanggil Molly Fantasy Wonders Park di dalam JUSCO Bukit Tinggi.
Pada kira-kira 8:00 petang pada 25 Jan 2012, anak saya Adrianna Wong tercedera oleh objek tajam semasa bermain di dalam kawasan permainan tersebut. Semasa dia mengelongsor ke bawah Slide, dia dicederakan oleh skru yang tajam yang menuju keluar daripada permukaan Slide. Skru tajam itu tercucuk ke dalam kaki kirinya menyebabkan luka yang mendalam.


Kesakitan mengejut dan pengalaman ngeri ini menyebabkan satu trauma kepada anak saya sehingga hidungnya berdarah sambil menggigil.

Salah satu penyelia JUSCO dipanggil untuk menghadapi insiden ini, dan dia secara sukarela telah menyerahkan nama dan nombor telefon bimbit kepada saya dalam hal aduan rasmi.

Dalam kehairanan saya, pengurusan JUSCO sudah mengetahui hal skru tajam ini sebelum insiden kecederaan tersebut berlaku, tetapi masih tidak mengambil apa-apa tindakan!!! Seperti yang ditunjukkan dalam gambar yang pertama, mereka tidak benteng kawasan slaid, mereka tidak mengeluarkan skru tajam tersebut, mereka masih membenarkan kanak-kanak untuk bermain di dalamnya dan walaupun selepas anak perempuan saya cedera, mereka masih membiarkan pelanggan baru masuk!!!

Saya membawa anak perempuan saya untuk berjumpa doktor pada 9:00 pm di poliklinik Kumpulan City. Doktor memberikan anak perempuan saya suntikan anti-tetanus, anti-biotics, parasetamol dan juga meletakkan ubat pada kawasan luka.

Kecuaian tersebut telah menyebabkan bukan sahaja kecederaan fizikal kepada anak saya, tetapi juga trauma psikologi. Sebagai seorang bapa kepada anak saya yang terluka, saya sangat kecewa dengan kecuaian keselamatan JUSCO.

Saya berharap pihak Tuan dapat menyampaikan hal ini supaya pihak JUSCO akan lebih serius dalam isu keselamatan kanak-kanak dan supaya kanak-kanak lain tidak akan mengalami kecederaan semacam itu lagi.
Sekian terima kasih.

Wednesday, September 14, 2011

Kulat serang JPA Cyberjaya


Beberapa bahagian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Cyberjaya kini membuka bilik operasi di ibu pejabat JPA Putrajaya berikutan pejabat-pejabat bahagian berkenaan diserang kulat yang dikhuatiri
boleh menjejas kesihatan manusia.

Menurut laporan Berita Harian hari ini, pejabat JPA di Blok A, Bangunan MKN-Embassy TechZone di Cyberjaya, Selangor, diserang kulat yang mengeluarkan spora hijau kekuningan.

Kulat tersebut dikesan di lantai dan dinding beberapa tingkat blok berkenaan selepas kakitangan kembali bertugas setelah bercuti panjang sempena sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Antara bahagian yang ditempatkan di blok itu ialah Unit Audit Dalaman, Bahagian Saraan, Bahagian Pengurusan Psikologi, dan Bahagian Pengurusan Maklumat.

JPA dalam satu kenyataan hari ini berkata warga JPA kini diarah bekerja dari rumah dan melaksanakan tugas seperti biasa, dan tidak 'diarah bercuti' seperti dilaporkan.

Warga JPA juga dikehendaki meningkatkan komunikasi berterusan menerusi penggunaan teknologi, komunikasi dan maklumat (ICT), e-mel, sistem maklum balas di JPA dan laman sosial Facebook bagi semua urusan pelanggan JPA.

Pejabat JPA di Putrajaya menyediakan 15 talian khas untuk dihubungi bermula hari ini hingga 26 Sept. depan dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Berikut adalah nombor-nombor telefon talian khas:

1) Bahagian Saraan: 0388853194/3201/3227/3232/3283/3072

2) Bahagian Pengurusan Maklumat: 0388853786/3807/3887/3896/3898/3899

3) Bahagian Pengurusan Psikologi: 0388853824

4) bahagian Audit Dalam: 0388853902/3903

- Bernama

Tuesday, September 13, 2011

Masjid China Rantau Panjang Re-visited


Kunjungan ke Masjid China Rantau Panjang pada hari Ahad 11/9/11 yang lepas cukup mengecewakan saya sebagai seorang 'builder'. Apa tidaknya, sambutan awal yang diterima adalah dari tembiok yang retak dan kesan karat air yang tak terbela. Melangkah masuk kedalamnya, hati semakin kecewa dengan pelbagai kecacatan baru dan lama yang tidak diberi perhatian. Antaranya ialah kebocoran bumbung, kepudaran cat dan kecacatan hasil dari kecacatan lain seperti penimbunan bahan pada grating longkang akibat dari kecacatan bumbung.

Mulut malas nak berkata2, tangan malas nak menaip. Dipaparkan sedikit dari gambar yg merakamkan antara kecacatan tersebut. Apakah Masjid ini tiada kontraktor pembersihan atau adakah pihak pentadbir masjid ini tidak puya dana yang mencukupi untuk menguruskannya? Entahlah, yang pasti: kecacatan yg sedikit jika dibiar berterusan akan menjadi satu kemusnahan.

Oleh itu pihak yang berwajib haruslah membuka mata tentang isu ini. Sementelah lagi, masjid ini adalah unik dari segi binaannya. Juga, masjid ini adalah satu2nya masjid yang dibina di bawah pemerintahan Tuan Guru Nik Aziz Nikmat. Sayang sekali sekiranya khazanah ini tak dipelihara sebaiknya.

lantai  yang basah mengakibat kan jubin berkarat (stained)
Fascia board yang berkulapuk

stained tiles

decolourise of precast handrail

hi-ceiling not maintained

kebocoran dari bumbumg menyebabkan permaidani terpaksa di alas dengan plastik
decolourise of timber panel

decolourise of architectural/deco  items

pengumpulan bahan terlarut akibat dari kebocoran pada bumbung

Tuesday, February 15, 2011

RM14 juta baiki sekolah akibat banjir Johor

Feb 15, 11 6:59pm
Kira-kira RM14 juta diperlukan bagi membaik pulih 36 sekolah dan menggantikan buku teks yang rosak akibat banjir di
Johor baru-baru ini, kata Pengarah Pelajaran negeri Markom Giran.

Markom berkata kerja baik pulih itu meliputi tandas yang tersumbat dan penggantian kerusi dan meja yang tidak boleh digunakan lagi.

"Sekurang-kurangnya RM2 juta diperlukan bagi menggantikan buku teks sekolah," katanya kepada pemberita, di Johor baharu, hari ini.

Beliau berkata daripada 36 buah sekolah yang terlibat dengan banjir, 11 daripadanya ditenggelami air manakala bakinya dijadikan pusat pemindahan banjir.

Laporan mengenai nilai kerugian di semua sekolah yang terlibat telah diserahkan kepada Kementerian Pelajaran dan pihaknya berharap kerja baik pulih itu dapat dilakukan bulan depan, katanya.

Markom berkata proses pengajaran dan pembelajaran di semua sekolah yang ditutup disebabkan banjir sudah bermula seperti biasa.

"Pusat pemindahan yang terakhir ditutup petang semalam adalah Sekolah Seri Sepakat Jaya, Seri Medan, Batu Pahat," katanya.

Banjir melanda negeri ini bermula hujung bulan lepas mengakibatkan lebih 40,000 penduduk terpaksa dipindahkan.

--Bernama

Saturday, February 12, 2011

Nik Aziz kesal banyak tandas masjid di Kelantan kotor

Feb 11, 11 3:55pm






Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kebanyakan tandas masjid di negeri ini masih kotor kerana tiada peruntukan untuk menyelenggarakannya. Mursyidul Am PAS itu turut kesal dengan tindakan umat Islam di Kelantan yang mengabaikan aspek kebersihan di tandas masjid, kerana keadaan tersebut memberi gambaran negatif kepada pelawat sekali gus menjejaskan imej agama Islam yang mementingkan kebersihan. "Kita akui tahap kebersihan kebanyakan tandas di masjid-masjid di negeri ini masih rendah kerana jawatankuasanya tidak mengendalikannya dengan baik disebabkan tiada peruntukan khusus untuk penyelenggaraan," katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Medan Ilmu, di Kota Bharu hari ini. Nik Abdul Aziz seterusnya meminta jawatankuasa masjid agar menyediakan peruntukan khas bagi memastikan tandas dan bilik air di masjid-masjid di negeri itu sentiasa bersih dan memberi keselesaan kepada jemaah dan pengunjung. Beliau turut meminta umat Islam menjimatkan peruntukan untuk sambutan seperti Maulidur Rasul dan menyumbangkan sebahagian daripadanya ke masjid bagi tujuan penyelenggaraan tandas. "Masalahnya sekarang tiada peruntukan khusus untuk membayar gaji kakitangan untuk menjaga kebersihan tandas di masjid, menyebabkan masalah kekotoran tandas masjid tidak dapat diatasi sejak sekian lama," katanya. Nik Abdul Aziz sebelum ini pernah meluahkan kekecewaannya berhubung tahap kesedaran masyarakat Kelantan yang masih rendah dalam menjaga kebersihan persekitaran mereka. --Bernama

ini pengalaman saya:

Wednesday, November 24, 2010

Parlimen bocor, jurugambar tak dibenar buat rakaman


Kakitangan penyelengaraan Jabatan Kerja Raya hari ini memeriksa bumbung bangunan parlimen bagi mengesan sumber kebocoran ketika hujan lebat semalam.

NONESekumpulan jurugambar media kemudian bergegas mengikuti petugas berkenaan tetapi kehadiran mereka tidak disenangi oleh pekerja tersebut.

Jurugambar dan wartawan diberitahu bahawa mereka tidak dibenarkan berada di bahagian bumbung parlimen dan tempat mereka dikhususkan di lobi parlimen dan tempat wartawan di Dewan Rakyat.

Mereka yang telah merakamkan gambar diminta memadamkannya di kamera DSLr serta meninggalkan kawasan larangan itu serta-merta.

Bagaimanapun, jurugambar berjaya memulihkan gambar-gambar berkenaan.
NONESemalam, Dewan Rakyat terus dilanda masalah kebocoran dan kali ini air menitis pula di kafeteria ahli parlimen.

Ini berikutan hujan lebat petang semalam sehingga menyebabkan sebahagian daripada kafetaria itu terpaksa ditutup sementara untuk kerja-kerja menyedut keluar air.

Selain lantai yang basah, kebocoran tidak menjejaskan perjalanan Dewan Rakyat. mkini

Thursday, September 16, 2010

Lagi kejadian kebocoran di bilik mahkamah dalam seminggu

13/09/2010 7:19pm

KUALA LUMPUR 13 Sept. – Hujan lebat pagi ini mengakibatkan satu lagi kejadian kebocoran di siling sebuah bilik mahkamah di tingkat lima Kompleks Mahkamah, Jalan Duta di sini hari ini.
Kebocoran pertama berlaku di tempat yang sama yang telah merosakkan perabot dan sofa, berlaku pada 8 September selepas hujan lebat.
Seorang staf mahkamah berkata, pekerja penyenggaraan bangunan sedang mengesan tempat punca kebocoran itu.
"Setiap kali berlaku hujan lebat, air akan mengalir keluar dari tiang-tiang utama di tingkat enam, menyebabkan banjir di bilik saksi Mahkamah Tinggi 2,” katanya.
Staf itu berkata, kebocoran kecil dan rekahan juga dilaporkan di beberapa bahagian kompleks mahkamah tetapi tidak serius seperti di tingkat lima.
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0913&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_12.htm
Tiga bulan lepas, paip pecah telah menyebabkan banjir di kafeteria kompleks berusia tiga tahun berharga RM270 juta ini, dikatakan merupakan kompleks mahkamah kedua terbesar di dunia.
Kejadian itu menyebabkan bilik stor dan Pejabat Pos mini yang terletak di tingkat bawah bangunan itu mengalami kerosakan. – Bernama

Wednesday, July 7, 2010

Pencemaran dalam bangunan




AMBIL masa lima minit dan perhatikan keadaan siling dan dinding kediaman atau pejabat anda. Adakah anda menemui tompok-tompok hitam, cendawan-cendawan kecil yang mula menjalar atau perubahan warna yang tidak sekata?
Sekiranya tanda-tanda tersebut wujud, ia bermakna kediaman yang anda duduki mengalami penyakit yang dikenali sebagai sindrom bangunan sakit (SBS). Sindrom ini besar kemungkinan menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan kepada penghuninya.
Sindrom ini bukan sahaja disumbangkan jangkitan-jangkitan kulat pada dinding dan siling rumah, tetapi dimudaratkan lagi dengan ruang peredaran udara yang tidak lancar sehingga menyebabkan penghuninya berasa tidak selesa.
Perasaan tidak selesa berkenaan biasanya berbeza untuk setiap individu. Bagaimanapun, jangan abaikan perasaan itu sekiranya penyakit kecil seperti batuk, pening dan lemas mula wujud setiap kali berada dalam ruang yang sama.
Pencemaran udara bangunan
Menurut Ketua Unit Sains Kesihatan Persekitaran, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Juliana Jalaludin, kebanyakan kediaman dan bangunan hari ini dibina dengan aliran pengudaraan yang lemah menyebabkan bau dan pencemaran terperangkap di dalamnya, sekali gus menghalang proses pembersihan udara secara semula jadi.
“Habuk, cendawan, kulat, bakteria dan virus mampu mengisi udara dan dalam ruang kediaman kita. Ia mengakibatkan bau busuk, kerengsaan dan pelbagai respons alergi manakala pembebasan kimia daripada cat, pencuci, karpet dan bahan kimia lain turut disedut setiap hari,” katanya.
Juliana memberitahu, keadaan sedemikian yang berterusan akan memberi kesan kepada tahap kesihatan sehingga menyebabkan sakit kepala, sakit mata, bersin, batuk, kesukaran bernafas dan tiada mood untuk bekerja.

PENGGUNAAN peralatan khas perlu digunakan untuk mengukur kehadiran kulat, habuk dan bakteria pada udara di dalam bangunan.


“Kesilapan masyarakat hari ini adalah mereka tidak menyedari bahawa pencemaran banyak berlaku dalam ruang kediaman atau pejabat mereka sendiri sehingga mereka mengabaikan simptom-simptom penyakit yang mereka hidapi.
“Mereka juga tidak sedar simptom-simptom berkenaan hilang apabila mereka meninggalkan ruang bangunan atau kediaman yang mengalami sindrom sakit berkenaan,” katanya.
Oleh itu katanya, amat penting untuk penghuni sesebuah kediaman atau bangunan untuk melaporkan sebarang keadaan tidak selesa setiap kali berada dalam ruang berkenaan atau menjalankan pemeriksaan kualiti udara dalaman (IAQ) dengan pihak yang berkelayakan.
Sesebuah bangunan boleh dikategorikan sebagai sakit apabila lebih 30 peratus penghuninya mengadu menghidapi simptom-simptom yang dinyatakan tetapi kebanyakan simptom berkenaan hilang apabila pengadunya meninggalkan bangunan tersebut.
Menurut Juliana, sumber pencemaran lain yang menjadi punca sindrom bangunan sakit adalah aktiviti penyelenggaraan yang tidak teratur, bahan kimia, bahan pencuci, ubah suai bangunan, perabot-perabot baru, kelengkapan pejabat sedia ada dan sebagainya.
Pemeriksaan khas
“Melalui pemeriksaan menggunakan instrumen khas, pencemaran-pencemaran yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar boleh dikenal pasti antaranya kontaminasi kimia seperti karbon dioksida, karbon monoksida, formaldehid, kompaun organik meruap dan asap tembakau.
“Pencemaran udara juga dilihat melalui suhu udara, kelembapan dan kelajuan udara yang tidak seimbang selain pembebasan agen biologikal seperti virus dan spora serta radiasi seperti radon,” jelasnya.
Juliana memberitahu, terdapat pelbagai jenis instrumen di pasaran atau ditawarkan pengamal kesihatan untuk tujuan pemeriksaan. Ia digunakan untuk menentukan suhu dan kelembapan udara serta kadar partikel bawaan udara, partikel ultra halus (UFPs) dan kimia aerosol.
“UFPs adalah partikel bersaiz kurang 0.1 mikrometer yang terhasil daripada aktiviti pembakaran dan reaksi kimia. Pernafasan yang mengandungi partikel pula mencabar tahap pertahanan semulajadi badan,” katanya.

LAKUKAN pemeriksaan pada kualiti udara di bangunan kediaman atau tempat anda bekerja untuk mengelak daripada serangan penyakit.


Dalam pada itu, Juliana memberitahu pembakaran lingkaran nyamuk turut memberi kesan kepada kesihatan pernafasan kanak-kanak kerana pembakaran bahan utama penghalau nyamuk itu iaitu insektisida piretroid membebaskan gas yang berbahaya.
“Pembakaran komponen-komponen daripada lingkaran nyamuk ini akan membebaskan gas yang apabila kanak-kanak bernafas ia akan masuk kebahagian bawah paru-paru dan berkemungkinan menyebabkan karsinogenik yang menyebabkan kanser.
“Gas-gas ini juga mampu mengganggu sistem pernafasan dan pendedahan berpanjangan meningkatkan risiko penyakit asma dan berdehit ke atas kanak-kanak,” tambahnya.
Justeru katanya, masyarakat perlu memiliki pengetahuan mengenai SBS bagi mengawal persekitaran dalaman sama ada kediaman mahu pun ruang pejabat. Selain itu kaji selidik perlu dijalankan sekiranya wujud simptom-simptom kesan SBS ke atas manusia.
“Sekiranya simptom-simptom wujud di dalam pejabat, buat aduan kepada pihak pengurusan supaya pemeriksaan dapat dijalankan, manakala di rumah, penghuninya boleh memilih produk mesra alam yang tidak merbahayakan kesihatan dan tidak membebaskan habuk.
“Kerajaan juga harus menilai semula kod COP berkaitan supaya pemantauan pencemaran persekitaran dapat dilakukan secara menyeluruh dan tidak menumpu kepada pencemaran luaran sahaja,” katanya.
kosmo

Thursday, June 24, 2010

Lagi kerosakan di Kompleks Mahkamah Duta

Jun 24, 10 4:17pm
Siling kompleks Mahkamah Kuala Lumpur roboh hari ini menyebabkan kafeteria bangunan itu dibanjiri air kerana saluran paip yang pecah.

Selain itu, kebocoran buat kali kedua itu juga memusnahkan sebuah pejabat pos mini di kompleks berkenaan.
Pengarah Mahkamah Kuala Lumpur Azizah Mahamud berkata runtuhan itu berlaku berikutan tekanan air terlalu tinggi dan kerosakan itu telah diperbaiki kontraktor yang bertanggungjawab melakukan kerja-kerja penyelenggaraan.

Wakil Jabatan Kerja Raya pula dijangka hadir di kompleks itu esok bagi memantau keadaan.
Ditanya sama ada terdapat kemungkinan kejadian sama berulang, Azizah berkata "kami sentiasa bersiap sedia 24 jam.”

Sementara itu, ketua pos, Rosnita Muda berkata kerugian pihaknya ditaksirkan di antara RM30,000 hingga RM50,000.

"Saya dikejutkan oleh pihak keselamatan berhubung kebocoran itu dan dengan segera cuba menyelamatkan beberapa surat, surat berdaftar, dokumen, bil yang semuanya sudah basah.

“Komputer di pejabat pos ini juga rosak,” katanya yang turut memberitahu bahawa berikutan kerosakan itu, pejabat pos akan ditutup sehingga esok.

Kebocoran yang dikatakan berlaku semalam, tetapi telah dibaiki dan siap kira-kira jam 5 pagi ini.

Namun ia bocor kembali dua setengah jam kemudian iaitu pada jam 7.30 pagi ini.
Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Datuk Seri Judin Abdul Karim ketika mengulas kejadian itu berkata, kebocoran tersebut disebabkan penutup paip yang pecah dan bahan yang digunakan tidak mengikut spesifikasi.
Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi dan Hakim Besar Malaya
Tan Sri Ariffin Zakaria yang kebetulan melawat kompleks berkenaan, turut dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Kompleks mahkamah bernilai RM500 juta ini yang kedua terbesar di dunia dan dilengkapi peralatan canggih, sebelum ini pernah dilanda beberapa kerosakan dan masalah.

Pada 30 April, 2007 - tiga hari sebelum pembukaan rasminya, siling panel termasuk lampu-lampunya runtuh.

Seminggu kemudian, rekahan sepanjang tiga meter kelihatan di luar Mahkamah Majistret Empat.

Selain itu, sepanjang Mei 2007 pula, sistem penghawa dinginnya mengalami masalah, berlaku kegagalan bekalan elektrik dan juga sistem pembetungannya melimpah.
mkini

Thursday, June 3, 2010

Demontrasi kenang stadium runtuh





Genap setahun selepas runtuhnya Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Terengganu, malam tadi, sekumpulan penduduk negeri itu berkumpul di lokasi tersebut bagi mengenang "kerugian duit rakyat" akibat insiden itu.

Pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu Mohd Fauzi Abu Samah yang menganjurkan program itu berkata pihaknya kesal dengan cara tragedi tersebut ditangani yang seolah-olah "tiada siapa yang dipertanggungjawabkan".

"Orang kenang sesuatu itu bukan yang baik sahaja. Firaun pun dikenang kerana kejahatannya. Kita berhimpim kerana tidak mahu rakyat lupu.

"Jangan ingat selepas (ahli politik) keluarkan kenyataan, lepas itu orang tak ingat lagi," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Monday, May 3, 2010

Siling DUN Pulau Pinang runtuh

Siling di bahagian galeri Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang runtuh semalam menjelang persidangan Dewan yang akan bermula Isnin ini.

Menurut Speaker Datuk Abdul Halim Hussain, kira-kira 70 peratus siling di ruang tempat duduk media, pemerhati dan penulis hansard dilaporkan runtuh kira-kira 3.30 petang tadi.

"Ketika kejadian, terdapat dua hingga tiga kakitangan berada di dalam bangunan. Bagaimanapun mereka tidak mengalamai sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diarahkan untuk menyiasat kejadian.

Abdul Halim berkata runtuhan itu tidak akan menjejaskan persidangan nanti.

"Pihak kami juga sedia dengan alternatif lain termasuk kemungkinan memindahkan lokasi persidangan ke tempat lain seperti Dewan Sri Pinang, Dewan Universiti Sains Malaysia dan Dewan Majlis Perbandaran Seberang Perai," katanya.

Semasa ditinjau, pekerja JKR sudah memulakan kerja baik pulih dengan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob dan beberapa pegawai polis turut mengunjungi bangunan berkenaan.

Pada 23 Julai 2008, plaster siling sepanjang empat meter di bahagian tengah lobi bangunan itu turut dilaporkan jatuh dan hampir menimpa orang ramai yang sedang berada di situ.
sumber:http://www.malaysiakini.com/news/130690

Friday, April 2, 2010

KECACATAN PADA BANGUNAN TAMAN WARISAN PERTANIAN PUTRAJAYA

Sebulan sekali para peniaga di Penanggah, Taman Warisan Pertanian akan mengadakan aktiviti menbersih premis perniagaan bagi menjaga kebersihan medan selera tersebut. Aktiviti ini dibuat selepas waktu berniaga (biasanya pada hari tersebut waktu perniagaan dipendekkan)
Aktiviti ini haruslah dipuji kerana ada kesedaran dari pihak peniaga tersebut untuk menjaga kebersihan premis perniagaan mereka. Secara tidak langsung ia juga turut menjaga keindahan dan kebersihan bangunan Taman Warisan Pertanian ini.






Namun begitu, dalam tinjauan team DrBuilding ke sini kami dapati terdapat banyak defects yang perlu ditangani segera agar kerosakan pada struktur bangunan ini tidak serius. Antara kecacatan (defect) yang kami perhatikan adalah:-
1.Penutup lampu didalam penyerap asap pecah dan memerangkap minyak.
2.Kerosakan pada tiles samada di dinding atau di lantai. Dinding yang terdedah tanpa tile amat senang mengumpul minyak dan tidak sihat bagi aktiviti makanan.

3.Sistem penyerap asap yang tidak berfungsi - ini menyebabkan minyak berkumpul samada dibahagian dalam atau di luar unit penyerap asap tersebut. Mengikut maklumat yang kami perolehi, kerosakan pada sistem penyerap asap ini telah terlalu lama berlaku dan tidak dibaiki.

4.Sambungan kepada punca kuasa letrik yang tidak mengikut spesifikasi. Diperhatikan bahawa bangunan ini hanya menyediakan punca kuasa (plug) di bahagian dalam ruang membasuh. Ini menyebabkan para peniaga terpaksa membuat sambungan ke luar untuk kegunaan mereka. Namun begitu cara sambungan tersebut dilakukan adalah tidak sempurna, bahaya dan mencacatkan pandangan.

Rumusan:-
Kami pihak Team DrBuilding amat berharap kecacatan ini ditangani oleh pihak yang berkenaan agar keindahan dan keselamatan bangunan ini terjaga. Amat malang sekali sekiranya bangunan yang cantik ini dibiarkan diurus secara yang tidak profesional.

Thursday, April 1, 2010

Taman Lagenda Langkawi dibuka semula esok

31/03/2010 3:29pm

LANGKAWI 31 Mac - Taman Lagenda Langkawi di sini, yang ditutup pada 2008 untuk kerja-kerja menaiktaraf akan dibuka semula kepada orang ramai mulai esok.

Pegawai perhubungan awam, Lembaga Pembangunan Langkawi, Ramizi Hasan berkata, tidak ada bayaran masuk dikenakan sekalipun taman telah dinaik taraf.

Projek menaik taraf itu menelan belanja RM5 juta meliputi pemasangan lampu, pembinaan laluan pejalan kaki, pembinaan wakaf dan kolam, katanya, di sini hari ini.

Taman yang terletak di pekan Kuah itu mempunyai keluasan lebih 16 hektar terhasil daripada projek tebus guna laut dengan kos RM38 juta dan dirasmikan pada 1995 oleh Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri (sekarang Tun) Dr. Mahathir Mohamad. - Bernama

Tuesday, March 30, 2010

Construction tragedy in Terengganu kills foreign worker


A view of the collapse-site in Kuala Terengganu today. – Bernama pic

UPDATED

KUALA TERENGGANU, March 29 — The third floor of a building currently undergoing construction work in Universiti Malaysia Terengganu in Gong Badak collapsed today killing a Bangladeshi worker, and caused serious injury to two others.

The incident which took place at 5.30 pm today also caused light injuries on two other workers, while three others escaped unscathed.

The purpose of the construction is to accommodate the Institute of Oceanography.

UMT deputy vice-chancellor of student affairs, Prof Dr Yahaya Ibrahim said that the tragedy occurred due to weak scaffolding, and dismissed suggestions that it was caused by the building’s weak structure.

Prof Dr Yahaya added that a post-mortem will be conducted, and all construction will be halted until further notice.

The Minister of Higher Education, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin expressed regret over the tragedy and called for a thorough investigation to be conducted by the Public Works Department, who is in charge of the project.

Meanwhile, Terengganu Menteri Besar, Datuk Ahmad Said made a visit to the site to inspect the damages caused, and later proceeded to visit the victims in the hospital.


Thursday, March 25, 2010

GREASE TRAP











Grease trap @ perangkap minyak adalah keperluan bagi premis perniagaan makanan seperti restoran dan food court. Tujuannya ialah untuk menapis buangan minyak yang dibuang melalui sinki atau lantai baik secara sengaja atau secara tidak langsung.

Grease trap mempunyai penapis yang akan menapis partikel minyak dan membiarkan cairan bebas minyak memasuki saluran pembetung awam. Oleh itu ia perlu sentiasa diselenggarakan. Gambar2 di atas adalah satu proses penyelenggaraan grease trap.

Thursday, March 11, 2010

Stadium runtuh kerana dibina tak ikut spesifikasi

Kegagalan semua pihak yang dilantik membina Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Gong Badak, Terengganu, mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam kontrak menjadi punca bumbung stadium itu runtuh pada 2 Jun lalu, kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.

Dalam kejadian tersebut, bumbung stadium yang menempatkan pintu A, B, dan B1 ke tempat duduk awam serta tempat duduk tetamu diraja serta orang kenamaan runtuh.

Ia berlaku selepas setahun stadium bernilai RM292 juta itu siap dibina dan menjadi venue utama sukan termasuk menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) 2008.

Menteri besar berkata, laporan kertas siasatan berhubung kejadian tersebut mendapati semua pihak yang dilantik membina stadium tersebut, menyumbang kepada keruntuhan bumbungnya.

"Tidak ada satu pihak pun yang ditunjukkan benar-benar paling bersalah. Semua bahagian pun ada (salah). Semua pihak menyumbang ke arah runtuhnya bumbung stadium itu," katanya.

Beliau mendedahkan laporan kertas siasatan kejadian itu selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri hari ini.

Bagaimanapun berkata, kontraktor utama adalah pihak yang bertanggungjawab penuh kerana telah mereka bentuk, membimbing dan membina struktur kerangka bumbung SMZA mengikut terma syarat reka dan bina.

"Sekarang ini berdasarkan penjanjian, kontraktor adalah orang yang bertanggungjawab sepatutnya. Kita (kerajaan negeri) akan ikut pada perjanjian," katanya.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh jawatankuasa penyiasat, Ahmad berkata punca utama bumbung stadium berkenaan runtuh adalah berikutan bahan dan kualiti hasil kerja yang tidak memenuhi spesifikasi, faktor reka bentuk yang tidak memadai dan bumbung yang tidak dibina dengan sempurna.

Beliau berkata kawalan kualiti yang tidak dilaksanakan di tapak projek serta pengawasan yang lemah semasa proses pembinaan stadium sedang dijalankan dan faktor kekurangan pekerja mahir juga menyumbang kepada kejadian tersebut.

Selain itu, Ahmad berkata kekurangan jurutera pakar dan konsultan yang berpengalaman selain sikap ambil mudah dan cuai di semua bahagian turut menjadi punca kepada kejadian itu.

"Masalah kita, kita selalu anggap apabila kita lantik konsultan, konsultan itu lebih hebat dari kita dan kita selalu ambil mudah. Bila ada sikap begitu, kita tidak akan periksa balik reka bentuk yang dicadangkan itu," katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada notis telah dikeluarkan kepada kontraktor terbabit untuk menyelenggara semula stadium berkenaan, Ahmad berkata:" kontraktor dah dimaklumkan dan kita dah bagi notis kepada kontraktor supaya baiki semula, tapi (sehingga kini) masih belum ada jawapan".

Berikutan notis tersebut masih belum mendapat jawapan daripada kontraktor utama, beliau berkata tender bagi proses membersihkan dan penyelenggaraan runtuhan bumbung berkenaan akan dikeluarkan selewat-lewatnya minggu ini.

"Kita akan keluarkan tender secepat mungkin sebab kita dah setuju dalam minggu ini. Kita dan Jabatan Kerja Raya (JKR) akan keluarkan tender untuk kerja pembersihan.

"Kalau dah dibersihkan, kita tengoklah, kalau ia boleh digunakan, kita gunakanlah.

"Selain itu, kita juga kena tengok balik sama ada bangunan itu masih selamat atau tidak untuk digunakan," katanya.

- Bernama

Thursday, January 28, 2010

Bumbung runtuh: PAC saran JKR baiki sistem pengurusan projek

27/01/2010 7:55pm

KUALA LUMPUR 27 Jan. – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyarankan Jabatan Kerja Raya (JKR) memperbaiki sistem pengurusan projeknya bagi memastikan tidak ada lagi projek di bawah seliaan jabatan itu yang berhadapan masalah pembinaan seperti di Terengganu.

Pengerusinya, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, berdasarkan siasatan, PAC mendapati faktor kelemahan sistem pengurusan projek adalah antara punca utama insiden bumbung runtuh di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu Jun lepas.

"Kami tidak menyalahkan JKR, kita salahkan keseluruhan sistem, pengurusan keseluruhan projek lemah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama wakil Kementerian Kerja Raya dan JKR bagi mendengar sendiri penjelasan mengenai beberapa insiden keruntuhan bangunan di Terengganu.

Pada 2 Jun lepas, bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, yang bernilai RM292 juta dan menjadi lokasi utama Sukan Malaysia (Sukma) 2008, runtuh menyebabkan kira-kira 50 peratus daripada strukturnya musnah. – Bernama

Friday, January 8, 2010

Gagal patuhi spesifikasi punca stadium runtuh

Gagal patuhi spesifikasi punca stadium runtuh
Jan 7, 10 6:56pm
Bahan dan kualiti hasil kerja yang tidak memenuhi spesifikasi dikenal pasti antara punca utama struktur bumbung kerangka Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu, runtuh Jun tahun lepas.

Menurut laporan jawatankuasa siasatan kejadian itu, faktor reka bentuk yang tidak memadai, bumbung yang tidak dibina dengan sempurna dan kawalan kualiti yang tidak dilaksanakan di tapak projek turut menyumbang kepada kejadian tersebut.

Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor yang mendedahkan laporan jawatankuasa siasatan itu hari ini berkata, siasatan juga mendapati pengawasan yang agak kurang ketika kerja-kerja pembinaan selain dilakukan secara tergesa-gesa turut menjejaskan kualiti stadium berkenaan.

Mengulas perkara itu, Shaziman berkata laporan itu telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri semalam yang juga bersetuju supaya laporan itu diserahkan kepada kerajaan negeri Terengganu, manakala satu lagi salinan dikemukakan kepada pejabat peguam negara, katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur.

Shaziman, yang ditemui ketika mengadakan lawatan kerja ke Hubungan Kerinchi Arah Utara Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint) dekat sini, berharap kerajaan negeri Terengganu dapat menggunakan hasil laporan itu untuk mengambil langkah susulan.

"JKR juga telah memaklumkan kepada kerajaan Terengganu supaya kerja-kerja mengubah runtuhan yang ada di kawasan stadium itu boleh dilakukan dan kerja-kerja pembaikan boleh dimulakan," katanya.

Dalam kejadian pada 2 Jun tahun lepas, bumbung stadium berkenaan di Gong Badak yang berharga RM300 juta dan siap dibina pada Mei tahun yang sama untuk Sukan Malaysia (Sukma) ke-12, runtuh secara tiba-tiba.

Ekoran kejadian itu, sebuah jawatankuasa siasatan terdiri daripada 10 wakil daripada pelbagai agensi kerajaan dan badan profesional berkaitan diberi masa enam bulan untuk melaksanakan penyiasatan dan menyiapkan laporan akhir ekoran kejadian keruntuhan bumbung utama stadium berkenaan.

Jawatankuasa itu dipertanggungjawab antara lain untuk mengenal pasti punca kejadian, mengesyorkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan kejadian itu berulang dan mengemukakan cadangan pembinaan semula stadium.

- Bernama

Thursday, December 27, 2007

KECACATAN PADA RUMAH BARU

Apabila anda mula menduduki rumah baru, periksa kecacatan pada keseluruhan rumah dan isikan ke dalam boring kecacatan yang diberikan oleh pemaju. Segala kecacatan ini adalah dalam tanggungjawab pemaju selagi belum tamat tempoh tanggungan kecacatan. Namun begitu, sekiranya anda melakukan perubahan/renovation dalam tempoh tanggungan kecacatan itu, tanggung jawab pemaju akan tamat.

Antara kecacatan yang biasa berlaku ialah:

1. Kelotoran pada bumbung

Kotoran ini biasanya akibat dari tinggalan simen yang digunakan untuk memasang perabung bumbung.

2. Keretakan pada dinding dan tiang.

Keretakan ini biasanya berlaku disebabkan mutu lepaan(plaster) yang kurang baik. Dalam kes yang serius, keretakan berlaku antara dinding dan tiang di mana puncanya adalah ketiadaan ‘bonding tie’ dalam pemasangan batu-bata dinding tersebut. Bonding tie merupakan sebatang besi halus yang dicucuk pada tiang semasa pembinaannya. Apabila dinding batu bata di pasang, batang besi ini akan diapit diantara lapisan batu bata tersebut, dengan itu akan memberikan pegangan yang kuat antara dinding dan tiang. Dengan ketiadaan bonding tie ini akan menyebabkan berlaku pergerakan dalam dinding atau tiang tersebut yang akibatnya akan merenggangkan pegangan antara keduanya. Apabila ini berlaku, akan kelihatan kesan retak antara keduanya.

Lain-lain keretakan adalah pada ‘coping’ samada coping pada tiang, tingkap, pintu, pagar dan lain-lain.

3. Kemasan pada elemen kayu yang tidak memuaskan

Biasa terjadi pada tangga yang dikemaskan dengan elemen kayu seperti ‘timber strip’ atau .parquet.. Kemasan yang tidak baik akan menghasilkan permukaan yang kasar dan berkemungkinan membahayakan kerana adanya selumbar. Biasa terjadi pada permukaan bawah elemen kayu tersebut. Anda boleh mengesannya dengan mersa permukaan bawah elemen tersebut dengan tangan anda.

4. Pintu dan tingkap

Pemasangan pintu dan tingkap yang tidak elok akan menampakkan kerenggangan antara daun pintu/tingkap dengan frame nya. Dalam jangka panjang. Kerenggangan ini akan membesar dan mengakibatkan pinti/tingkap tersebut tidak dapat dititup dengan baik, selain pandangan yang tidak cantik.

Kecacatan ini mungkin berpunca dari pemasangan dau pintu/tingkap yang tidak sempurna atau dalam kes yang lebih serius, frame itu sendiri yang di pasang salah. Untuk memeriksa samada frame tersebut dalam keadaan yang betul, anda perlu menggunakan alat timbang air {water level) dan ukur ketegakan setiap sisi muka frame tersebut. Anda juga perlu mengukur bukaan bahagian atas dan bawah frame tersebut di mana jarak antara dua tiang frame itu mestilah sama samada di bahagian atas atau bahagian bawah. Sekiranya terdapat kecondongan pada frame tersebut, pembaikan yang tepat adalah dengan menegakkannya semula. Kaedah untuk menegakkan frame ini bergantung kepada kepakaran kontraktor yang dilantik. Sekiranya kaedah pembaikan yang digunakan adalah dengan mengubahsuai daun pintu/tingkap, dalam jangka panjang, kecacatan ini akan berulang.

5. Kecacatan pada ‘fittings’

Kebiasan berlaku kepada WC terutama pada cistern/ tangki kumbah tandas. Kebiasaannya system mekanikal di dalam tangki tersebut gagal berfungsi dengan baik menyebabkan anda gagal untuk mengumbah air . Buka penutupnya dan periksa samada ia dipasang dengan betul kerana kebiasaannya komponen tangki ini datang secara berasingan dan dipasang ditapak bina. Periksa juga sambungan antara paip keluar WC tersebut dengan lantai. Kemungkinan terdapat kebocoran. Kebocoran yang walaupun sedikit, tidak boleh diabaikan kerana dalam jangka panjang ia akan menjadi besar dan merebak kepada elemen lain.

Periksa suis lampu samada berfungsi dengan betul, terutama suis dua hala dan kipas. Juga periksa semua plug samada berfungsi dengan baik atau sebaliknya.

6. Kecacatan pada aliran air

Biasa berlaku setelah pemasangan jubin dibuat. Aliran air yang sempurna akan menghala ke lubang keluar (outlet) pada lantai. Sekiranya terdapat air yang bertakung (ponding) bermakna aliran air tidak elok. Anda boleh menguji dengan menjirus air atau meleretkan bola ping pong di atas lantai tersebut.

Kecacatan ini juga berlaku di bahagian luar rumah di mana aliran air yang sepatutnya mengalir ke longkan utama mungkin akan mengalir ke dalam rumah. Ini perlu diperhatikan keseluruhan kawasan sekeliling rumah kerana kebiasaannya masalah ini terjadi disebabkan aras tanah yang tidak sekata atau arah alirannya yang terbalik.

7. Kecacatan pada cat

Kadang-kadang terdapat kontraktor yang cuba mencari untung lebih dengan mencampurkan cat dengan air. Kesannya, tone wana cat tersebut akan nampak berpelak-pelak dalam suatu jangka masa. Sekiranya ia berlaku dalam tempoh tanggungan kecacatan, anda berhak untuk mendapat pembaikan. Anda boleh memeriksa jaminan pengilang pada jenis cat yang digunakan.

8. Kecacatan pada nilai estetik

Banyak elemen yang bersangkut paut dengan nilai estetik ini. Tetapi bagi pemilik yang perihatin, ‘squareness’ atau ‘siku’ kepada ruang akan dititik beratkan. Kecacatan akan nampak ketara sekiranya jubin digunakan sebagai kemasan lantai dan dindingnya. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan siku ruang bilik rumah anda, contohnya boleh dilihat pada jubin lantai di mana di satu bahagian mengecil manakala bahagian bertentangannya pula lebih besar, anda berhak minta diperbetulkan. Namun harus diingat, kebiasaannya bahan binaan yang digunakan untuk satu projek perumahan biasanya dibuat pada ‘batch’ yang sama. Apabila pembuatan bahan tersebut dibuat pada batch yang lain, kemungkinan terdapat perbezaan dari segi warna adalah tinggi. Oleh itu sebarang penggantian bahan kemasan yang dibuat pada batch pengeluaran yang berbeza akan menampakkan perbezaan, terutama tone warnanya.

9. Siling kapur.

Dari segi kos bahan, siling kapur adalah murah. Yang mahal adalah upah kerjanya. Oleh itu anda perlu memerhatikan samada terdapat unsur2 kebocoran pada siling tersebut. Terutama yang berada di bawah bilik air. Kebocoran pada siling kapur di peringkat kecil masih boleh diperbetulkan namun sekiranya resapan air telah berlaku dengan banyak pada siling tersebut, penggantian mestilah dilakukan.

10. Paver blok yang mendap

Kecacatan ini berlaku disebabkan oleh sub base yang tidak dipadatkan dengan betul. Namun begitu, dalam kes2 yang serius, terdapat tanah yang tidak stabil (unsuitable material) di bawahnya di mana ianya mestilah dibuang terlebih dahulu.

11. Kulapuk

Biasa terjadi pada dinding dan pagar konkrit/batu blok. Ini boleh dibersihkan dengan penggunaan water jet, namun harus diingat, penggunaan water jet yang melampau akan menyebabkan lapisan cat pada permukaan tersebut terkoyak.

12. Kebocoran.

Ini merupakan yang besar dan berlaku pada banyak tempat seperti bumbung, bilik air, paip, sinki dan paip air hujan. Perlu di teliti kedudukan paip yang dibungkus (box-up) kerana sekiranya kebocoran berlaku pada paip ini, ia akan melibatkan kerja-kerja memecahkan batu-bata yang membungkusnya. Biasanya paip yang dibungkus ini adalah paip kumbahan dan paip air hujan.

Sekiranya kecacatan ini berlaku diluar tempoh tanggungan kecacatan oleh pemaju, atau pemaju enggan untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan, anda bolehlah menghubungi kami untuk mencantikkan dan memperbaiki rumah anda.