|
"Kabinet telah memutuskan agar JKR (Jabatan Kerja Raya) menyediakan laporan termasuk kos mengambil alih sekiranya kita setuju mengambil PICC untuk dijadikan Parlimen," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Beliau berkata, keputusan muktamad mengenai perkara itu akan dibuat selepas kerajaan menerima laporan JKR.
"Kalau laporan sudah siap dan kita tak setuju, maka kita akan tetap di sinilah," katanya.
Beliau berkata, kerajaan juga akan hanya menggunakan peruntukan untuk menaiktaraf bangunan sedia.
"Kerana bangunan itu (PICC) telah ada di sana, kita tak perlu bina bangunan baru. Kalau kita nak sediakan peruntukan, kita hanya belanjakan pada bangunan sedia ada, bukan untuk membina bangunan baru," katanya.
Mohamed Nazri sebelum ini dilaporkan berkata Jemaah Menteri telah memutuskan bangunan Parlimen yang baru dibina di Putrajaya manakala bangunan yang lama akan dibaik pulih dan dikekalkan sebagai bangunan warisan.
Beliau juga dilaporkan berkata kos pembinaan bangunan baru Parlimen dianggarkan RM800 juta manakala RM150 juta pula diperlukan untuk menaik taraf bangunan Parlimen sedia ada.
- Bernama
No comments:
Post a Comment