Friday, March 16, 2012

World's coolest new buildings


If you still think of Fort Worth, TX, as simply “Cowtown,” then you’re due for a return visit. The city is home to the cutting-edge Modern Art Museum, with its five glass pavilions surrounded by a reflective pond—one of the world’s coolest new buildings, according to readers of Travel + Leisure.T+L readers ranked 60 landmarks, including skyscrapers, stadiums, museums, and opera houses. While they all had to have opened within the last 15 years, many of the top-ranking buildings are more recent arrivals, such as the 2008 I. M. Pei–designed Museum of Islamic Art in Doha, Qatar.

Why are they important? Great buildings can help to revitalize a destination, put a neighborhood on the radar, or set the stage for major world events. And of course, new buildings can thrill us with their sheer scale—in many cases, the kind that makes you crane your neck, drop your jaw, and perhaps, hold on for dear life.

No. 1 New York by Gehry
New York City

Frank Gehry designed the Western world’s tallest residential tower (it soars 870 feet), and gave it an undulating frame to catch and reflect the sun as it changes throughout the day.
National Stadium (Photo: iStockphoto)

No. 2 National StadiumNational Stadium (Photo: iStockphoto)
Beijing

The world’s largest steel structure—designed by Swiss architects Herzog and de Meuron and known affectionately as the Bird’s Nest—premiered at the 2008 Beijing Olympics.

 
National Stadium (Photo: iStockphoto) 


 
Home to the Los Angeles Philharmonic since 2003, Frank Gehry’s impeccably executed performance space is said to have some of the world’s best acoustics.


 

At 2,717 feet, the world’s tallest building has commanded the Dubai skyline since January 2010. It contains residences, offices, and the Armani Hotel.


No. 5 Turning TorsoTurning Torso (Photo: Lonely Planet Images / Alamy)
Malmo, Sweden

Santiago Calatrava’s 2005 twisting steel structure—consisting of nine cubes that rotate 90 degrees as they rise from bottom to top—is the second-highest residential building in Europe.

No. 6 Museo Soumaya
Museo Soumaya (Photo: Benedicte Desrus / Alamy)
Mexico City

Fernando Romero’s amorphous, aluminum-clad modern art museum, opened in 2011, rises like a glistening 64,583-square-foot sculpture out of Mexico City’s Polanco district.

No. 7 Modern Art Museum
Modern Art Museum of Fort Worth (Photo: David Woo)
of Fort Worth, Texas

Tadao Ando’s minimalist structure, opened in 2002, features five pavilions of 40-foot glass walls framed in simple steel and surrounding a 1.5-acre reflective pond.


No. 8 Institute of Contemporary ArtInstitute of Contemporary Art (Photo: Peter Vanderwarker)
Boston

When it opened in 2006 overlooking Boston Harbor, this 65,000-square-foot gallery of transparent glass, translucent glass, and cool opaque steel was the city’s first new museum in 100 years.


No. 9 Modern WingArt Institute of Chicago (Photo: iStockphoto)
Art Institute of Chicago

Renzo Piano’s limestone, glass, and steel 2009 addition to Chicago’s Beaux-Arts landmark was built to house the museum’s modern European artworks.





 
                        (6)                                                             (7)
No. 10 National Aquatic CenterNational Aquatic Center (Photo: Everett Collection Inc / Alamy)
Beijing

At the 2008 Summer Olympics, 25 world records were broken at this seven-acre, $1.6 billion glowing plastic cube, whose walls and roof contain more than 3,000 oversize air bubbles.
                (9)
                 (10)
                  (8)
source:http://travel.yahoo.com/ideas/world-s-top-new-buildings.html
See more of the World’s Coolest New Buildings.

Monday, March 12, 2012

Wakaf Tuan Farrer


Wakaf Tuan Farrer merupakan sebuah mercu tanda jajahan yang dibina seawal tahun 1930 an oleh seorang lelaki berbangsa inggeris yang bernama Tuan Farrer. Beliau merupakan Ketua Jajahan Pasir Puteh yang kelima pada masa itu. Beliau berkhidmat sebagai Ketua Jajahan antara tahun 1928 hingga 1938. Wakaf ini dibina di perkampungan antara Jalan Lama Machang dari Jalan Sekolah Kai Cheah, pembinaan wakaf ini adalah untuk memberi kemudahan kepada masyarakat pada waktu itu untuk berhenti berehat di wakaf berkenaan sama ada untuk berteduh daripada hujan dan panas sebelum meneruskan perjalanan masing-masing. Wakaf Tuan Farrer ini bercirikan gabungan senibina inggeris dan melayu di mana bumbung berbentuk ‘A’ yang dilihat pada pandangan hadapan yang menggambarkan senibina inggeris dan bumbung perabung lima adalah bercorakkan senibina melayu. Bentuk bumbung perabung lima yang bercirikan senibina melayu ini mempunyai keunikan tersendiri di mana terdapat seni ukiran yang begitu menarik dan halus yang terdapat pada bahagian bumbung berkenaan.

Gertak Gantung Sungai Nal


Jambatan ini juga dikenali sebagai Gertak Gantung Sungai Nal.Ia merupakan satu-satunya jambatan gantung di Negeri Kelantan.Jambatan ini amat penting bagi menghubungkan Kota Bharu dengan Kuala Krai melalui jalan raya.Ia dibuka pada 19 April 1932 oleh KDYMM Sultan Ismail Ibni Sultan Muhamad IV.Reka bentuknya menyerupai kebanyakan jambatan yang terdapat di Eropah.Struktur binaannya menggunakan besi keluli begitu teguh dan kuat.Panjangnya 70 kaki dan lebar 30 kaki.Tali besi yang menggantungkan jambatan ini berukuran 12 inci lilitan dan dipintal pada bahagian luar dengan dawai besi lebih kecil menampakkan seperti tali berpintal.Mulai tahun 1986,jambatan ini tidak lagi digunakan kerana jambatan baru berhampiran telah siap dibina.Ianya dikekalkan sebagai warisan sejarah.

Thursday, March 8, 2012

Harga Kabin UMNO RM75,000 sebuah?



KUANTAN 6 Mac - Kerajaan menerusi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional menyediakan 90 kabin berfungsi sebagai pusat kawalan Skim Rondaan Sukarela (SRS) untuk kemudahan peronda di seluruh negara.

Ketua Pengarahnya, Datuk Azman Amin Hassan berkata, daripada jumlah itu, Pahang merupakan negeri penerima terbanyak iaitu 29 kabin yang bernilai RM75,000 setiap satu. "Ini diikuti Kelantan, Kedah dan Johor.

Kabin hasil sentuhan pihak Universiti Teknologi Mara itu boleh memuatkan 30 orang pada satu-satu masa,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis pelancaran Pusat Kawalan Skim Rondaan Sukarela Peringkat Pahang yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob malam tadi.

Beliau berkata, sebanyak RM16 juta telah diperuntukkan bagi menyediakan kemudahan tersebut di seluruh negara -kosmo-

Friday, March 2, 2012

Pembinaan insinerator di KL melalui tender terbuka

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan supaya tawaran pembinaan insinerator di Kuala Lumpur dengan jangkaan kapasiti antara 800 tan dan 1,000 tan sampah dibuka secara tender terbuka kepada kontraktor tempatan dan luar negara, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung.
  
Beliau berkata pembinaan insinerator itu bagi menampung keperluan pelupusan sisa pepejal yang semakin mendesak di ibu negara dan kontraktor yang mempunyai keupayaan dalam teknologi berkenaan boleh menghantar tender serta kertas cadangan mereka kepada kerajaan.
  
mca new cabinet member 180308 chor chee heung"Perdana Menteri telah menetapkan supaya tawaran (pembinaan insinerator) diberi secara tender terbuka. Kita beritahu sedunia, kita mahu kriteria yang kita mahukan, jadi sila hantar tender. Kita akan kaji," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Medan Selera Dataran Lenggong, Perak hari ini.
  
Beliau berkata apabila semua tender diterima dan ditutup, pakar yang berkenaan akan mengkaji semula tawaran kontraktor bagi mengenal pasti teknologi yang terbaik dan meneliti kos pembiayaan.
  
Katanya berdasarkan lawatannya ke dua buah negara, pembinaan insinerator bagi pelupusan sampah yang berada tidak jauh dari bandar dengan kapasiti 800 tan hingga 1,000 tan sampah sehari memerlukan kos pembiayaan tidak kurang RM500 juta.

Beliau berkata penggunaan insinerator berteknologi tinggi seperti yang diguna pakai di Korea Selatan, Jepun dan Singapura didapati tidak akan memberi kesan tidak sihat kepada rakyat.

Chor berkata setakat ini negara mempunyai empat insinerator iaitu di Langkawi, Tioman, Pulau Pangkor dan Cameron Highlands manakala insinerator di Labuan akan dibina tidak lama lagi.

Beliau turut berharap kerajaan negeri Perak akan menyertai pengurusan sisa pepejal yang diuruskan oleh kerajaan Persekutuan supaya mempunyai satu sistem mampan.
  
Pada 20 September tahun lepas, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri akan berunding dengan kementerian itu bagi  mencari jalan penyelesaian berhubung isu pengurusan sisa pepejal kerana ada beberapa terma mengenai perkara teknikal yang ditetapkan kerajaan negeri tidak secocok dengan terma-terma penswastaan.
  
Dalam perkembangan lain, Chor berkata kementeriannya memperuntukkan RM26.25 juta kepada pihak berkuasa tempatan negeri Perak bagi tahun ini termasuk melalui Geran Tahunan dan Sumbangan Membantu Kadar bagi tujuan pelaksanaan 124 projek.

- Bernama

Thursday, March 1, 2012

Dr M: Teruskan projek jambatan monorel Putrajaya

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu kerajaan meneruskan projek Jambatan Gantung Putrajaya yang dihentikan pada 2004.
  
Beliau berkata projek itu perlu diteruskan kerana pusat pentadbiran Persekutuan tersebut kini berdepan masalah kesesakan lalu intas, terutama sebelah pagi dan petang pada waktu puncak.
  
Dr Mahathir berkata 'hanya sedikit sahaja lagi kerja' yang perlu dilakukan bagi menyiapkan projek itu kerana kerangka asasnya, iaitu jambatan gantung dan terowong untuk monorel, telah ada.
  
"Saya tak rasa kos (menyiapkan monorel dan jambatan gantung) akan menjadi begitu tinggi jika kerajaan sanggup menyediakan sejumlah dana sebagai bantuan, sektor swasta pasti akan tertarik untuk melakukannya.
  
"Mungkin juga operasi dan penyiapannya boleh diswastakan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah Pertandingan Rekaan Seni Bina Putrajaya Holdings di Putrajaya semalam.

Beliau berkata jika sektor swasta terpaksa membina dan mengendalikan projek itu, ia akan menjadi mahal serta tidak menguntungkan.

Mengenai Putrajaya, Dr Mahathir mencadangkan beberapa elemen baru disuntik bagi memastikan pusat pentadbiran itu, terutama Putrajaya Boulevard akan lebih meriah pada waktu malam.
  
"Pejabat kementerian di Putrajaya Boulevard ditutup pada pukul 5 atau 6 petang dan selepas itu, tempat tersebut mati meskipun amat cantik dengan cahaya lampu.
  
"Jika anda berhasrat menghidupkan Putrajaya Boulevard, maka anda perlu mempunyai pembangunan komersial," katanya.
  
Dr Mahathir mencadangkan tingkat bawah pejabat kementerian diubahsuai menjadi kedai dan tempat pejalan kaki bagi menarik pengunjung.
  
"Jadikan ia mudah untuk menjalankan perniagaan dan orang ramai akan membanjiri kawasan itu serta menghidupkan Putrajaya Boulevard," katanya.

Putrajaya, yang diilhamkan Dr Mahathir, menjadi Wilayah Persekutuan ketiga Malaysia selepas Kuala Lumpur dan Labuan pada 2001.
  
Terdahulu, Dr Mahathir menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Rekaan Seni Bina Putrajaya Holdings.
  
Sejumlah 96 pelajar dan graduan Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengambil bahagian dalam pertandingan yang bertujuan mempromosi elemen rekaan berasaskan kehijauan dalam perancangan bandar serta menggalakkan kreativiti di bidang rekaan seni bina selain mendapat idea daripada generasi muda dalam mewujudkan kerancakan dalam bandar.
  
Ahmad Askaree Dzharuddin, pemenang konsep terbaik bagi 'rumah mampu milik

alternatif' membawa pulang wang tunai RM7,000 manakala Tengku Inda Syazwi Tengku Zubir dan Anwar Fader memenangi tempat kedua serta ketiga, masing-masing menerima hadiah RM5,000 dan RM3,000.

- Bernama

Wednesday, February 29, 2012

Pembangunan Mekah dan Kedatangan Dajjal Petunjuk Zaman

Artikel ini dipetik dari blog Petunjuk Zaman


Mekah tempat lahirnya Nabi Muhammad saw dan tempat terletaknya Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam sedang mengalami pembangunan komersial yang terhebat dalam sejarah. Beratus-ratus buah bangunan sedang dalam pembinaan tanpa meninggalkan sedikitpun sejarah dan binaan asal dari Rasulullah, para sahabat dan kesemua tinggalan Khilafah Rashidin dan apatah lagi Khilafah Othmaniyyah. Tinggalan Kubu Ajyad dari zaman Othmaniyyah pada abad ke 18 merupakan kubu yang dibina untuk mempertahankan Mekah pada masa itu telah diratakan tanpa sebarang kesan. Dengan satu malam sahaja bukit yang menempatkan kubu tersebut telah diratakan untuk pembinaan menara Abraj Al Bait. Begitu juga seluruh penduduk yang mendiamai kawasan tersebut telah dipindahkan ke pinggir-pinggir Mekah dan bandar-bandar yang berdekatan. Kawasan yang dulunya adalah bersejarah dalam tamadun Islam akan bertukar menjadi komplek membeli belah yang terhebat, hotel termasyhur dan kediaman mewah.
Apakah Hijaz yang dikuasai Raja Badwi itu adalah milik sepenuhnya. Apakah tujuan pembangunan besar-besaran itu untuk kebaikan umat Islam? Gabenor Mekah, Putera Khaled Al Faisal sering melaung-laungkan menjadikan Mekah bandar abad 21, menukar destinasi ibadat haji ini kepada bandar contoh dari segi pembangunan dan pemodenan. Mereka berpegang dengan fatwa tempat tinggalan Rasulullah dan sahabatnya adalah bidaah tapi peliknya membawa masuk pengaruh yahudi di Mekah dan Madinah, telah memusnahkan semua sejarah dan senibina yang telah di asaskan oleh Rasulullah s.a.w dan sahabat.
Pembangunan Mekah sepatutnya dikongsi bersama oleh umat Islam bukan dibolot oleh dinasti Raja Badwi sahaja. Setidak-tidaknya umat Islam tidak terbeban dengan kewangan yang tinggi bagi menunaikan rukun Islam yang kelima itu. Tetapi motif sebenar pembangunan tersebut seperti yang terjadi adalah kerana dorongan keuntungan kepada suku sakat Raja Badwi semata-mata.
Pembangunan di Mekah menyebabkan harga tanah melonjak lebih dua puluh kali ganda sejak sepuluh tahun lepas kepada purata $70,000 per meter persegi dan harga apartment sekurang-kurangnya $3 juta. Akibat dorongan mendapatkan keuntungan semata-mata, pemaju pembinaan tidak memberikan keutamaan kepada keperluan sebenar jemaah haji (tidak seperti didakwa pemerintah). Kesemua pembangunan setakat ini hanya menumpukan kepada keperluan golongan berada dan hartawan, daripada gedung membeli belah ternama, restoran terkenal berada dalam mall hinggalah hotel-hotel berjenama antarabangsa (yang dikuasai Yahudi) yang mengenakan caj sekurang-kurangnya $700 semalaman. Umat Islam amat berkira untuk berbelanja supaya tidak terbeli barangan buatan Yahudi tapi rupanya di Mekah uamt Islam berbelanja tanpa had di gedung-gedung dan hotel-hotel milik Yahudi! Siapakah yang menggadaikan tanah suci dan kiblat umat Islam ini? Inilah tahap umat Islam sekarang ini yang tergambar oleh Rasulullah s.a.w ketika hampir wafatnya beliau, ya ummati, ya ummati!

Antara mercutanda terbaru ialah pembinaan Menara Abraij Al Bait (menara Jam) atau Fairmont Tower merupakan pembangunan yang merangkumi Masjidil Haram itu sendiri. Komplek menara tersebut mempunyai keluasan lantai 15.6 juta kp adalah terbesar didunia dan menaranya adalah antara tertinggi didunia; binaan pencakar langit akhir zaman seperti yang di beritahu oleh Rasulullah yang dibina oleh kaum badwi adalah betul-betul berada di hadapan Kaabah!
Abraij Al Bait merupakan penswastaan komersial yang terbesar didunia. Ia dibiayai sepenuhnya oleh Saudi Binladen Group (SBG), dan diberi kontrak selama 25 tahun untuk menguruskan komplek tersebut. Sebahagian akan disalurkan kepada Wakaf Malik Abdul Aziz tetapi SBG mempunyai hak terhadap keuntungan selepas tamat tempoh penswastaan selama 25 tahun.
Sebelum ini umat Islam di warwarkan menara tertinggi ini akan menempatkan jam terbesar didunia yang akan menjadi kemegahan umat Islam dan bilik-bilik penginapan akan dibuka untuk pelaburan umat Islam seluruh dunia. Tetapi sebenarnya kesemuanya sebanyak 1005 bilik telah diserahkan kepada  rangkaian hotel antarabangsa Yahudi, Fairmont hotel; rangkaiannya meliputi kasino di Monte Carlo hingalah Tel Aviv.  Fairmont hotel ini diasaskan oleh Benjamin Swig seorang banker dan aktivis Yahudi di San Francisco pada tahun 1945. Dia merupakan tokoh Yahudi dan termasuk dalam senarai tokoh Yahudi paling berpengaruh.

Siapakah penduduk Madinah yang menjadi pengikut Yahudi dan bersama Dajjal?
Diriwayatkan dari Aisyah radhiyallahu ‘anha:

“Rasulullah masuk ke kamarku dalam keadaan aku sedang menangis. Beliau berkata kepadaku: ‘Apa yang membuatmu menangis?’ Aku menjawab: ‘Saya mengingat perkara Dajjal maka aku pun menangis.’ Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata: ‘Jika dia keluar sedang aku masih berada di antara kalian niscaya aku akan mencukupi (melindungi) kalian. Jika dia keluar setelah aku mati maka ketahuilah Rabb kalian tidak buta sebelah. Dajjal keluar bersama orang-orang Yahudi Ashbahan hingga datang ke Madinah dan berhenti di salah satu sudut Madinah. Madinah ketika itu memiliki tujuh pintu, setiap celahnya ada dua malaikat yang berjaga. Maka keluarlah orang-orang jahat dari Madinah mendatangi Dajjal ….” (HR. Ahmad, Abdullah bin Ahmad, Ibnu Hibban. Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu berkata: Sanadnya shahih)

Badge Askar

Lambang Polis
Emblem Askar
New World Order
Sila perhatikan simbul-simbul tersebut adakah terdapat persamaan, sila buat kesimpulan masing-masing. Wallahu’alam.

Tuesday, February 28, 2012

NGO mahu halang jajaran MRT Jalan Sultan

Rundingan di antara syarikat pembinaan laluan MRT di Jalan Sultan dan pemilik tanah di kawasan berkenaan kini menemui jalan buntu ekoran tindakan syarikat tersebut yang didakwa "enggan mengalah" untuk mengalih jajarannya supaya tidak melalui kawasan tersebut.

NONE"Enam bulan sudah berlalu tapi kita masih belum capai apa-apa," kata pengerusi NGO Jawatankuasa Pemuliharaan Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan, Yong Yew Wei yang menegaskan, jawatankuasa itu tidak akan meneruskan lagi rundingan dengan MRT Corp.

Sebaliknya, jawatankuasa itu akan menjalankan kempen mengutip tandatangan untuk dimasukkan dalam bantahan mereka ke atas projek pembinaan laluan bawah tanah itu kepada perdana menteri.
Tambahnya, NGO itu juga akan menghalang projek pembinaan itu secara fizikal apabila ia dimulakan kelak.
"Kita akan buat apa yang sepatutnya untuk pertahankan Stesen Bas Klang, pusat membeli-belah Uda Ocean dan juga Plaza Warizan.
"Secara fizikalnya, kita harus hentikan mereka," katanya lagi ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini.
Tindakan itu diambil ekoran kenyataan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini yang menyatakan kesediaannya untuk berbincang mengenai hasrat pemilik tanah di sekitar kawasan berkenaan supaya jajaran semula dibuat.

Bagaimanapun, MRT Corp kemudiannya mengeluarkan kenyataan yang dilihat menyangkal kenyataan perdana menteri berhubung usaha untuk membuat jajaran semula projek berkenaan, katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan ketua pegawai eksekutif MRT Corp, Datuk Azhar Abdul Hamid pada 10 Februari lalu yang menegaskan bahawa pihaknya "tidak melihat adanya sebab mengapa beberapa penduduk di situ menuntut jajaran semula (dilakukan)."
Azhar juga berkata, beliau yakin perdana menteri akan menyerahkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk memutuskan sama ada sesuatu cadangan itu praktikal untuk dilaksanakan.
Yong menyifatkan kenyataan itu sebagai tindakan angkuh syarikat MRT Corp yang juga didakwa enggan mendengar hasrat penduduk berkenaan berhubung projek itu, katanya lagi dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau turut menafikan dakwaan Azhar bahawa hanya dua orang pemilik yang masih belum bersetuju dengan syarat perjanjian untuk pembinaan berkenaan.

Sedangkan, tiada seorangpun daripada 21 orang pemilik berkenaan yang telah bersetuju dengan syarat perjanjian berkenaan, kata Yong lagi.

Azhar dalam satu sidang media minggu lalu berkata hampir kesemua pemilik tanah itu telah bersetuju untuk menandatangani perjanjian bersama dengan MRT Corp kecuali dua orang pemilik tanah – Lok Ann Coffee Shop dan Yan Keng Benevolent Dramatic Association.

"Dia bercakap bohong. Tiada satu pun di antara (penduduk dan pemilik bangunan) yang telah tandatangan," kata Yong lagi.

Pemilik tanah berkenaan antara lainnya bimbang kerana MRT Corp setakat ini masih belum dapat menjamin bahawa mereka dapat terus menduduki bangunan berkenaan apabila pembinaan itu siap kelak.

Kumpulan itu juga telah mencadangkan supaya jajaran itu dialih supaya melalui Jalan Tun Tan Cheng Lock untuk mengelakkan projek itu daripada menjejaskan bangunan bersejarah di Jalan Sultan.

Seorang daripada pemilik bangunan yang terjejas, Jimmy Chok berkata MRT Corp telah memberi jaminan untuk membayar kos mereka untuk berpindah daripada kawasan itu sementara pembinaan dijalankan.

"Kemudian mereka akan jalankan penyelidikan untuk memastikan kawasan itu masih sesuai untuk diduduki," kata paderi di gereja Kuala Lumpur Gospel Hall itu.

Jabatan Tanah dan Galian bagaimanapun telah memberi kata dua kepada pemilik tanah berkenaan supaya mencapai persetujuan dengan MRT Corp sekiranya tidak mahu tanah tersebut dirampas.

Satu surat yang dihantar kepada tuan tanah berkenaan memberi amaran bahawa jabatan itu boleh menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk pengambilan balik tanah di sepanjang Jalan Sultan untuk pembinaan projek MRT. -malaysiakini

Sunday, February 26, 2012

KB SENTRAL




Projek Kota Bharu Sentral (KB Sentral) di Jalan Kuala Krai, Bandar Baharu Tunjong, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia yang akan bermula pada Jun/Julai 2012 dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh lima sehingga tujuh tahun

Projek Kompleks Beli-Belah Tunjong Pavilion di bawah projek Kota Bharu Sentral (KB Sentral) di Jalan Kuala Krai, Bandar Baharu Tunjong, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
SUMBER:https://www.facebook.com/kbsentral

Malaysia Menarik Bagi Pemilikan Hartanah Di Kalangan Pembeli Tempatan Dan Asing



KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Harga yang baik dan halangan yang sedikit menjadikan Malaysia pasaran menarik bagi pemilikan hartanah bukan sahaja di kalangan pembeli tempatan tetapi juga asing, kata Ketua Pegawai Eksekutif iProperty Group Ltd Shaun Di Gregorio.

Beliau berkata kebimbangan utama di pasaran hartanah Malaysia hari ini ialah peningkatan harga.

"Selain harga, pembeli juga melahirkan kebimbangan terhadap dasar pembiayaan rumah, kadar faedah, pemaju melakukan kesilapan dan kualiti rumah selepas siap," katanya semasa mengumumkan hasil Laporan Sentimen Pasaran Hartanah Asia iProperty.com Asia 2012, di sini, Isnin.

Sejumlah 3,459 responden mengambil bahagian dalam kaji selidik dalam talian yang dikendalikan oleh laman web hartanah nombor satu Malaysia itu.

Di Gregorio berkata memandangkan keadaan tidak menentu ekonomi di Eropah dan Amerika Syarikat, pengguna boleh menjangkakan kelembapan dalam subsektor hartanah kediaman mewah tahun ini apabila pelabur berpotensi dijangka kekal berhati-hati.

-- BERNAMA

Saturday, February 25, 2012

Pembangunan di tepi sungai di Lembah Klang dibekukan

Kerajaan memutuskan untuk membekukan pembangunan di semua tanah-tanah milik kerajaan dan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL), Keretapi Tanah Melayu Berhad dan tanah rizab di tepi sungai di Lembah Kelang.
  
Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata selain itu, kerajaan juga memutuskan tanah-tanah berkenaan, yang seluas 144 hektar, dibekukan daripada sebarang bentuk perkongsian awam swasta, penswastaan, penjualan atau gantian tanah.
  
"Tujuannya adalah untuk memulihara persekitaran Sungai Gombak dan Sungai Klang yang diletakkan di bawah projek "River of Life".
  
"Pembekuan tanah dalam kawasan 'River of Life' dibuat selama tiga tahun berkuatkuasa 8 Februari 2012 hingga 7 Februari 2015 atau sehingga pelaksanaan projek berjaya disiapkan mengikut fasa," katanya dalam kenyataan malam tadi.
  
Beliau berkata projek itu merupakan satu daripada sembilan  Entry Point Project (EPP) di bawah inisiatif "The Greater Kuala Lumpur/Klang Valley".

Ahmad Phesal berkata projek berkenaan juga bertujuan memulihara Sungai Gombak dan Sungai Klang untuk dijadikan pusat warisan dan komersil yang dinamik selain membantu ke arah menjadikan Kuala Lumpur sebagai 20 bandaraya teratas  dari segi kehidupan warganya.
  
"Ini bagi memastikan tanah-tanah itu dapat menerima kesan dari segi peningkatan penilaian hartanah hasil projek pengindahan sungai di bawah projek "River of Life" dan memberi pulangan pelaburan kepada kerajaan," katanya.
  
Menurutnya cadangan projek itu akan melibatkan peruntukan kerajaan sebanyak RM4 bilion dan kerja-kerja pengindahan sungai sepanjang 10.7 km di bawah program "River of Life" akan merangsang pelaburan dan prospek pembangunan hartanah di sepanjang sungai berkenaan.

- Bernama

Thursday, February 2, 2012

AKU dan JKR

AKU dan JKR
JKR Kelantan
Arwah ayah adalah seorang kontraktor. Semasa pemergian beliau banyak benda yang belum selesai berkaitan kerja2 beliau seperti bayaran dari JKR dan bayaran kepada pembekal. Aku mengambil tugas menyelesaikan hal2 tersebut. Satu kisah yang ingin aku kongsikan ialah mengenai sikap orang2 di JKR berkaitan dengan orang yangtelah meninggal.
JKR telah membuat pembayaran kepada akaun arwah ayahanda, iaitu pembayaran balik wang jaminan (bond) pada 25/1/11 yang kemudiannya telah direject oleh AG. Perkara ini tidak aku ketahui sehingga hari ini.
Sebelum ini, pihak JKR daerah tempat arwah ayah menjalankan projek memaklumkan kepadaku tentang bayaran tersebut dan meminta maklumat2 yang diperlukan (2010). Kemudian dari masa ke semasa aku menghubungi bank namun dimaklumkan bayaran belum masuk. Sehinggalah akhir tahun lepas, apabila bank memaklumkan wang tersebut belum juga masuk, aku menghubungi JKR daerah. Lalu mereka membuat susulan dan mendapati memang benar bayaran belum dibuat. Lalu mereka meminta aku pulang untuk sain satu surat. (Dec 2010) Oleh kerana kekangan tugas, aku hanya mampu untuk balik paada 28/1/12 dan aku dihulurkan sekeping surat yang aku tidak faham.
Nasib baik isteri ikut sama. Isteriku dari bidang kewangan dan dia faham tentang perjalanan claim dengan jabatan2 kerajaan. Rupanya borang tersebut merupakan borang cek dibatalkan. JKR telah membua bayaran dan pihak akauntan Negara telah menolak bayaran tersebut kerana kesilapan no akaun bank. Walhal aku telah membekalkan salinan penyata bank arwah ayah yang memangtertera no akaunnya.
Perkara ini berlaku pada 31/1/2010 dan didiamkan sahaja oleh bahagian akaun JKR negeri. Sehinggaalah aku balik, ambil boring cek dibatalkan itu dari JKR daerah dan bawanya kepada JKR negeri barulah bayaran itu diproses. Itupun pegawai berkenaan cuba mengelaak dengan alasan2 tadika. OKlah, aku berlembut apabila akhirnya bayaran itu diproses juga(28/1/12). Aku minta no. tel beliau untuk susulan namun beliau memberikan tel AG (akauntan Negara) bersama no.voucer. Pada hari ini 1/2/12 aku menalipon AG dan dimaklumkan bahawa voucer tersebut belumsampai kepada mereka. Setelah pasti keadaan tersebut, aku ke pejabat JKR negeri. Sebelum tu aku talipon pegawai akaun berkenaan namun beliau tida ada di ofis. Sesampai di ofeis JKR aku Nampak beliau sedang menghadap computer. Hangin aku sudah naik lalu aku cakap dalam nada yang menyindir
Abang Wii buat lawak dengan saya .. cakap aku panjang2 gaya menganjing
Dia buat2 terkejut. Nasib baik wife aku pintas denga betanya soalan berbentuk akaun. Aku duduk mendiamkan diri. Dipendekkan cerita, akhirnya dia fotostat apa benda barang yang dia hantar AG dan aku bawa ke AG untuk proses. Sampai di pejabat AG, AG sahkan apa benda barang yang JKR negeri kata dah hantar tu sebenarnya AG belum terima.
Sepatutnya aku tak payah marah2 sebab wang itu wang pusaka, bukan hak aku seorang. Tetapi wang itu aku perlukan untuk settle hutang2 arwah dengan pembekal. Bayangkan setahun bayaran tersebut diperap, bayangkan setahun aku tak boleh bayar hutang pembekal arwah ayah. Bayangkan apa terjadi kepada arwah di alam sana. Mungkin kita rasakan kesilapan itu kecil. Yaa… kecil kepada kita di dunia, tapi bagi mereka di alam sana , macamana? Fikirlah, sikap tidak cakna kita mungkin menyebabkan derita orang lain. Dan ingatlah, Allah itu adil- mungkin hari ini orang terkena kerana kita. Apaka Allah akan membiarkan ketidak adilan itu berlalu begitu saja?...

JKR Putrajaya
Lain pulak cerita dengan JKR Putrajaya. Sewaktu aku bekerja sebagai COW untuk satu projek bangunan di putrajaya, bahagian maintenance JKR Putrajaya yang menguruskan bangunan tersebut telah memberi arahan lisan supaya snag list yang berjumlah ribuan itu di convertkan kepada work order dan jumlah work order hanya limit kepada 30 nos.
Sebelum aku tamatkan kerjayaku, aku dapati hanya 15 work order yang dikeluarkan manakala ribuan defect yang ada dalam snag list tidak termasuk dalam work order tersebut. Apa nak jadi? Snag list itu mencatatkan kecacatan pembinaan yang sepatutnya kontraktor perbetulkan. Diarah tukar kepada work order yang mejadi defect yang ditanggung dalam defect liability period. OK lagi lah , sebab kesesuaian dengan kehendak end user. Persoalannya, apa jadi kepada defect yang ‘disorok bawah karpet tu? ‘Apa jadi kepada defect yang tidak diperbetulkan tetapi disahkan telah diperbetulkan melalui perakuan dalam snag list? Tak kah itu menipu namanya.
Janganlah… kita mencari rezeki biar cara halal. Niat tidak menghalalkan cara kalau ada pihak yang tertipu. Tertipu itu penganiayaan. Penganiayaan itu kejam. Ini bukan work smart namanya. Carilah redha Allah walau dalam marah manusia, jangan cari redha manusia dalam murka Allah…penat je kerja…

Saturday, January 28, 2012

Kecuaian sebabkan kecederaan di Jusco Bukit Tinggi

Wong Kok Onn,
Saya ingin membuat komplen terhadap kecuaian keselamatan di kawasan permainan kanak-kanak yang dipanggil Molly Fantasy Wonders Park di dalam JUSCO Bukit Tinggi.
Pada kira-kira 8:00 petang pada 25 Jan 2012, anak saya Adrianna Wong tercedera oleh objek tajam semasa bermain di dalam kawasan permainan tersebut. Semasa dia mengelongsor ke bawah Slide, dia dicederakan oleh skru yang tajam yang menuju keluar daripada permukaan Slide. Skru tajam itu tercucuk ke dalam kaki kirinya menyebabkan luka yang mendalam.


Kesakitan mengejut dan pengalaman ngeri ini menyebabkan satu trauma kepada anak saya sehingga hidungnya berdarah sambil menggigil.

Salah satu penyelia JUSCO dipanggil untuk menghadapi insiden ini, dan dia secara sukarela telah menyerahkan nama dan nombor telefon bimbit kepada saya dalam hal aduan rasmi.

Dalam kehairanan saya, pengurusan JUSCO sudah mengetahui hal skru tajam ini sebelum insiden kecederaan tersebut berlaku, tetapi masih tidak mengambil apa-apa tindakan!!! Seperti yang ditunjukkan dalam gambar yang pertama, mereka tidak benteng kawasan slaid, mereka tidak mengeluarkan skru tajam tersebut, mereka masih membenarkan kanak-kanak untuk bermain di dalamnya dan walaupun selepas anak perempuan saya cedera, mereka masih membiarkan pelanggan baru masuk!!!

Saya membawa anak perempuan saya untuk berjumpa doktor pada 9:00 pm di poliklinik Kumpulan City. Doktor memberikan anak perempuan saya suntikan anti-tetanus, anti-biotics, parasetamol dan juga meletakkan ubat pada kawasan luka.

Kecuaian tersebut telah menyebabkan bukan sahaja kecederaan fizikal kepada anak saya, tetapi juga trauma psikologi. Sebagai seorang bapa kepada anak saya yang terluka, saya sangat kecewa dengan kecuaian keselamatan JUSCO.

Saya berharap pihak Tuan dapat menyampaikan hal ini supaya pihak JUSCO akan lebih serius dalam isu keselamatan kanak-kanak dan supaya kanak-kanak lain tidak akan mengalami kecederaan semacam itu lagi.
Sekian terima kasih.

Wednesday, January 25, 2012

Monday, January 23, 2012

Persatuan Pemeriksa dan Penyelia Bangunan Malaysia

Blog khusus bagi persatuan Pemeriksa dan Penyelia BangunanMalaysia telah diwujudkan. Dapatkan berita2 dan maklumat semasa dengan mengunjungi blog ini. Sila klik gambar untuk pautan atau klik disini

Wednesday, January 18, 2012

Bangunan KL Sentral terbakar, kawasan sekitar sesak

Sebuah bangunan pejabat setinggi 31  tingkat yang dalam pembinaan di KL Sentral di Kuala Lumpur, terbakar awal pagi tadi.

Kejadian yang dipercayai berlaku pada 3 pagi melibatkan tingkat 30 dan 31 bangunan itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk di sekitar kawasan berkenaan. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata api merebak dengan cepat menyebabkan bahan binaan seperti kepingan kayu jatuh dan membahayakan orang ramai.

"Kita terima panggilan pada 3.53 pagi dan seramai 95 anggota bomba serta 17 jentera dari balai bomba sekitar Lembah Klang dikejarkan untuk memadam kebakaran," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Katanya bomba menghadapi kesukaran mengawal api dan terpaksa menggunakan perancah mulai aras 26 untuk naik ke tingkat atas bangunan itu. Api dapat dikawal kira-kira 8.30 pagi.

Azizan berkata laluan masuk ke Brickfields iaitu melalui Jalan Bangsar dan Jalan Tun Sambanthan terpaksa ditutup sehingga 12 tengah hari untuk kerja-kerja pemadaman dan siasatan.

Tinjauan mendapati ratusan kenderaan terperangkap dalam kesesakan di laluan sekitar KL Sentral ketika warga kota sibuk menuju ke tempat kerja.

- Bernama

Friday, January 13, 2012

Projek MRT: Pemilik tanah di Jalan Sultan diberi kata dua

Jabatan Tanah dan Galian telah memberi kata dua kepada pemilik tanah di Jalan Sultan - sama ada mencapai persetujuan dengan MRT Corps menjelang 30 Januari atau akan kehilangan tanah mereka.

Ini didedahkan kepada pengerusi Jawatankuasa bagi Pemuliharaan Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan, Yong Yew Wei semalam.

Bercakap dalam satu taklimat dengan tuan tanah terlibat malam tadi, Yong berkata, surat bertarikh 4 Januari itu, telah dihantar ke pejabatnya baru semalam.

Dalam surat itu, Ketua Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Persekutuan Azemi Kasim memberi amaran bahawa jabatan itu boleh menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk pengambilan balik tanah di sepanjang Jalan Sultan untuk pembinaan projek MRT.

NONEMenurut surat itu lagi, sekiranya 'persetujuan bersama' tidak
ditandatangani sebelum 30 Januari 2012, jabatan itu akan meneruskan proses pengambilan tanah.

Yong (kanan) menganggapnya sebagai "hadiah Tahun Baru Cina" untuk pemilik tanah di Jalan Sultan.

"Berapa hari lagi yang tinggal sebelum tarikh akhirnya? Perayaan Tahun Baru Cina akan tiba tidak lama lagi, dan pemilik tanah tidak akan boleh tidur menyambut Tahun Baru Cina," katanya.

Beliau juga difahamkan bahawa Stesen Bas Klang, yang terletak di
Jalan Sultan, juga akan dirobohkan dalam tempoh tersebut.

"Ini adalah masa yang terbaik untuk merobohkannya ketika rakyat meninggalkan bandar tersebut."

Bagaimanapun, beliau menggesa NONEpemilik tanah terbabit supaya jangan berputus asa dan terus berjuang walaupun ia terpaksa dibawa ke mahkamah.

Katanya, beliau akan menjawab surat jabatan tanah untuk menerangkan tiga perkara.

Satu di antaranya adalah untuk meminta jabatan itu menjelaskan mengenai kenyatan bercanggah MRT Corp sebelum ini, yang mengatakan bahawa tanah di Jalan Sultan tidak akan diambil.

Taklimat itu dihadiri kira-kira lima puluh pemilik tanah yang terlibat, termasuk dari Jalan Sultan, Jalan Bukit Bintang, TTDI dan Gombak.

Seorang wakil dari Kampung Banda Dalam di Gombak mencadangkan supaya semua penduduk Kuala Lumpur memasang bendera hitam pada hari ulangtahun Wilayah Persekutuan pada 1 Februari sebagai tanda bantahan terhadap projek MRT.\
mkini

Monday, January 9, 2012

Istana Negara Yang Baru




Istana Negara
baru yang dibina dengan ciri-ciri binaan Islam dan tradisional Melayu terletak di kawasan seluas 96.52 hektar