Wednesday, June 16, 2010

Pameran Malaysian Pavilion lesu


Jun 16, 10
2:06pm
Pameran Malaysian Pavilion yang dibina dengan kos RM35 juta sebagai tarikan utama di Shanghai World Expo dikhuatiri tidak berjaya mencapai sasaran 10 juta pengunjung, berdasarkan data semasa.

Menteri pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata pameran berkenaan hanya menarik kunjungan purata seramai 22,383 orang setiap hari, antara 1 hingga 31 Mei.

Bilangan ini hanyalah separuh daripada jumlah purata yang disasarkan bagi pameran selama enam bulan itu.

Jumlah pengunjung seramai 693,368 orang pada bulan pertama ekspo itu juga sangat kurang berbanding negara-negara Asia Pasifik lain.

"(Pameran) Thailand menerima 880,000 pengunjung manakala Australia dan Indonesia masing-masing menerima satu juta pengujung," kata Ng.

Ng berkata demikian dalam jawapan bertulisnya kepada satu soalan oleh ahli parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan di Dewan Rakyat semalam.

Pameran tersebut yang mungkin didermakan kepada wilayah Wuxi, China selepas tempoh pameran berakhir.

Dakwaan rasuah

Binaan dengan senireka Minangkabau itu memuatkan contoh budaya dan gaya hodup masyarakat Malaysia, termasuk sebuah lapang sasar golf ini.

Struktur tersebut bagaimanapun turut meraih perhatian apabila timbul dakwaan rasuah berhubung projek pameran tersebut.

Ahli parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong berkata, kontrak bagi projek tersebut dianugerahkan secara rundingan terus kepada syarikat Venturepharm Sdn Bhd.

Wee berkata, Venturepharm tidak mempunyai pengalaman dalam bidang senireka dan senibina, tetapi sebenarnya mempunyai kepakaran dalam bidang farmaseutikal.

Dakwaak tersebut menyebabkan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak merampas dokumen daripada syarikat tersebut pada Julai tahun lalu.

Syarikat itu juga disiasat berhubung satu kontrak yang diperolehi syarikat tersebut daripada Kementerian Sains dan Teknologi (Mosti).
mkini

No comments: