Saturday, June 12, 2010

CapitaMalls Asia rancang senarai REIT di Malaysia

KUALA LUMPUR 11 Jun - CapitaMalls Asia Bhd. bercadang untuk menyenaraikan perniagaan pusat membeli belahnya di Malaysia sebagai satu dana pelaburan hartanah (REIT) dalam Bursa Malaysia dengan tawaran yang boleh mengumpul dana sehingga RM1 bilion.

Katanya dalam satu kenyataan hari ini, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah memberi kelulusan kepada syarikat untuk menyenaraikan 1.35 bilion saham CapitaMalls Malaysia Trust di papan utama Bursa Malaysia.

Menurutnya, CapitaMalls Asia bercadang untuk menawarkan 786.5 juta saham dalam tawaran awam permulaan, yang mana merupakan pilihan lebihan peruntukan sebanyak 118 saham.

Ia merancang mengekalkan pemilikan kepentingan antara 33 peratus hingga 44 peratus dalam REIT, bergantung sama ada pilihan lebihan peruntukan itu dilaksanakan.

Syarikat juga tidak menetapkan panduan harga untuk pelabur institusi dan runcit tetapi telah menyenaraikan harga berbayar oleh pelabur sama ada RM1.10 sesaham ataupun harga institusi, yang mana lebih rendah. Pada harga itu, tawaran ini mungkin mengumpul dana sebanyak RM995 juta atau AS$300 juta jika pilihan lebihan peruntukan itu dilaksanakan.

Saham CapitaMalls Asia naik sebanyak 1.4 peratus kepada S$2.13 (RM4.98) terhadap berita pengumpulan dana itu.

CapitaMalls Asuia berkata, jika diandaikan ia mengekalkan penguasaan 41 peratus kepentingan dalam REIT dan berdasarkan nilai aset bersih CapitalMalls Malaysia Trust ketika ini bernilai RM1.03 sesaham, adalah dijangkakan ia mungkin mengumpul S$326.6 juta (RM764.7 juta) daripada cadangan transaksi itu, atau empat peratus modal pasaran CapitalMalls Asia ketika ini

''Keputusan CapitaMalls sama ada untuk meneruskan cadangan penyenaraian itu bergantung kepada beberapa faktor, termasuk keadaan pasaran. Pengumuman akan dilakukan pada dan apabila keputusan telah dilakukan untuk meneruskan cadangan penyenaraian,'' kata syarikat tersebut.

CIMB Investment Bank, Maybank Investment Bank merupakan penasihat utama bersama untuk cadangan tawaran itu manakala CIMB serta JP Morgans sebagai koordinator global.

Pada tahun lalu CapitaMalls Asia telah mengumpul dana sebanyak S$2.8 bilion (RM6.6 bilion) untuk tawaran awam permulaan di Bursa Saham Singapura. - DowJones
UM

No comments: