Saturday, July 26, 2008
Skim Usahawan atau skim memindahkan kos?
Bercerita dengan Mat (bukan nama sebenar) , seorang pemandu lori konkrit sedia bancuh (ready mix concrete) membuka minda saya untuk bertanya soalan pada tajuk di atas. Mengikut cerita Mat, beliau membeli lori tersebut dari syarikat dengan harga tertentu (lebih 100k) yang mana bayaran bulanannya adalah sekitar RM2000, ini belum dikira road tax dan insurance untuk 6 bulan yang bernilai sekitar RM 2000 dan bayaran permit bulanan.Maintenance dan saman adalah di bawah tanggungan tuan punya lori. Purata sebulan, Mat mesti mencari pendapatan sebanyak RM5,000.00 hanya semata-mata untuk bayaran lori tersebut. Pun begitu, untuk satu trip penghantaran konkrit sebanyak 6 meter padu, syarikat akan membayar RM180.00. Dalam sehari, purata Mat boleh dapat 4 trip, bermakna pendapatan Mat adalah RM720/hari. Namun begitu, tidak semestinya setiap hari ada penghantaran.
Mengikut kata Mat lagi, keadaan pendapatannya hanya lepas paras sahaja. Kira cukup makan lah! Namun begitu, persoalan yang ingin saya utarakan di sini adalah skim yang dinamakan skim usahawan ini. Adakah skim ini benar2 membantu usahawan seperti Mat? Atau satu kaedah syarikat untuk memindahkan kos pengeluaran dengan berlindung di sebalik skim ini? Mungkin syarikat mengambil jalan mudah dengan menawarkan skim usahawan ini, lalu, syarikat tidak perlu menggajikan pemandu secara tetap atau secara kontrak. Dalam kata lain, penghantaran konkrit kepada pelanggan di sub kan kepada tuan2 punya lori yang mengambil skim ini. Yang untungnya, kata Mat lagi, apabila kos lori telah selesai dibayar, mereka tidak terikat dengan syarikat lagi. Malah, mereka bebas untuk bernaung di mana2 syarikat yang menawarkan harga yang menarik.
Apakah kesediaan Mat untuk menyertai skim ini kerana pendapatannya yang lebih baik dari menjadi pemandu tetap/kontrak kepada syarikat atau kerana terpaksa disebabkan kerjaya sebagai pemandu lori konkrit telah tiada?
Dalam satu segi, skim ini saya lihat sangat bagus untuk melahirkan generasi berwawasan. Ini diakui sendiri oleh Mat, yang mana katanya, dengan menyertai skim ini beliau mesti rajin. Kerajinan adalah satu sifat yang hanya ada pada mereka yang punya wawasan. Manakala dalam pandangan berbeza, saya melihat skim ini sebagai taktik syarikat untuk mengurangkan kos. Walaupun ini merupakan taktik syarikat, sekiranya harga yang ditawarkan adalah adil, yakni sama2 boleh cari makan, maka ia boleh diterima. Diharap Mat akan berjaya melangsaikan ansuran lorinya yang hanya tinggal setahun saja lagi. Bravo Mat!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment