Saturday, July 26, 2008

Siapa kita, siapa mereka?




Walaupun mereka adalah pekerja asing yang datang ke negara kita demi sesuap nasi, hakikatnya mereka adalah insan, makhluk Tuhan sama seperti kita. Lalu apakah yang membezakan antara mereka dan kita? Kalau di mata manusia, mereka adalah pekerja dan kita adalah tuan. Seharusnya kita menginsafi keberuntungan kita hidup di Malaysia yang makmur sehingga berlumba2 orang luar datang untuk berkongsi rezeki. Disamping itu kita juga tidak boleh melupakan hakikat bahawa pekerjaan tersebut telah diambil haknya dari rakyat kita sendiri yang mana masih ramai yang menganggur. Di mana silapnya? Saya tidak berhasrat untuk membincangkannya di posting ini, cuma yang saya ingin utarakan di sini ialah nilai kemanusiaan antara sesama insan.

Apabila kita menduduki bangunan2 atau melalui jalan2 raya atau lebuh raya, seharusnya kita menginsafi pahit getir mereka yang terlibat membinanya. Saya sungguh terharu dan sayu apabila pada suatu malam, saya ke surau untuk solat isyak. Dan saya dapati ada kelas mengaji Quran sedang dijalankan sementara masuk waktu. Antara yang sedang belajar mengaji itu adalah pekerja asing dari Indonesia dan Bangladesh. Ya Allah, sesungguhnya hanya takwa yang membezakan antara insan di sisiMu.
notis menjaga kebersihan dalam tandas rumah kongsi

Fitrahnya, setiap insan cintakan kebersihan. Lihatlah, walau dalam kedhaifan sumber asas di rumah kongsi, mereka masih ingat mengingat untuk keharmonian bersama. Semoga sama2 mendapat iktibar.

No comments: