Wednesday, July 23, 2008

Penyelenggaraan atau pembinaan yang salah?

Plaster siling DUN P Pinang jatuh...
Jul 23, 08 1:40pm

Keadaan di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) pagi ini kecoh apabila plaster siling sepanjang kira-kira empat meter di bahagian tengah lobi bangunan itu jatuh dan hampir menimpa orang ramai yang duduk di bahagian tersebut.

Bagaimanapun, tidak berlaku sebarang kecederaan kerana ramai yang berada di lobi dewan itu sedang menyaksikan sidang DUN yang sedang berlangsung melalui skrin televisyen yang terletak di bahagian tepi lobi itu.

Bernama melaporkan, Ketua Menteri Lim Guan Eng yang ditemui pemberita berkata beliau telah mengarahkan siasatan dan pemeriksaaan dilakukan bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang.

"Ini adalah bangunan warisan, jadi kita kena sentiasa melakukan pemeriksaan dan pastikan kejadian seumpama ini tidak berlaku lagi," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya Utiliti dan Pengangkutan Lim Hock Seng berkata beliau akan meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) menyiasat kejadian itu.

"Saya akan minta JKR siasat kejadian itu dan membaiki siling yang rosak," katanya yang turut memberi jaminan bahawa bangunan itu selamat digunakan.

Beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu berlaku kerana kerja-kerja penyelengggaraan yang tidak sempurna.




No comments: