Wakaf
Tuan Farrer merupakan sebuah mercu tanda jajahan yang dibina seawal
tahun 1930 an oleh seorang lelaki berbangsa inggeris yang bernama Tuan
Farrer. Beliau merupakan Ketua Jajahan Pasir Puteh yang kelima pada masa
itu. Beliau berkhidmat sebagai Ketua Jajahan antara tahun 1928 hingga
1938. Wakaf ini dibina di perkampungan antara Jalan Lama Machang dari
Jalan Sekolah Kai Cheah, pembinaan wakaf ini
adalah untuk memberi kemudahan kepada masyarakat pada waktu itu untuk
berhenti berehat di wakaf berkenaan sama ada untuk berteduh daripada
hujan dan panas sebelum meneruskan perjalanan masing-masing. Wakaf Tuan
Farrer ini bercirikan gabungan senibina inggeris dan melayu di mana
bumbung berbentuk ‘A’ yang dilihat pada pandangan hadapan yang
menggambarkan senibina inggeris dan bumbung perabung lima adalah
bercorakkan senibina melayu. Bentuk bumbung perabung lima yang
bercirikan senibina melayu ini mempunyai keunikan tersendiri di mana
terdapat seni ukiran yang begitu menarik dan halus yang terdapat pada
bahagian bumbung berkenaan.
No comments:
Post a Comment