Jambatan
ini juga dikenali sebagai Gertak Gantung Sungai Nal.Ia merupakan
satu-satunya jambatan gantung di Negeri Kelantan.Jambatan ini amat
penting bagi menghubungkan Kota Bharu dengan Kuala Krai melalui jalan
raya.Ia dibuka pada 19 April 1932 oleh KDYMM Sultan Ismail Ibni Sultan
Muhamad IV.Reka bentuknya menyerupai kebanyakan jambatan yang terdapat
di Eropah.Struktur binaannya menggunakan besi keluli
begitu teguh dan kuat.Panjangnya 70 kaki dan lebar 30 kaki.Tali besi
yang menggantungkan jambatan ini berukuran 12 inci lilitan dan dipintal
pada bahagian luar dengan dawai besi lebih kecil menampakkan seperti
tali berpintal.Mulai tahun 1986,jambatan ini tidak lagi digunakan kerana
jambatan baru berhampiran telah siap dibina.Ianya dikekalkan sebagai
warisan sejarah.
No comments:
Post a Comment