Sunday, February 26, 2012

Malaysia Menarik Bagi Pemilikan Hartanah Di Kalangan Pembeli Tempatan Dan Asing



KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Harga yang baik dan halangan yang sedikit menjadikan Malaysia pasaran menarik bagi pemilikan hartanah bukan sahaja di kalangan pembeli tempatan tetapi juga asing, kata Ketua Pegawai Eksekutif iProperty Group Ltd Shaun Di Gregorio.

Beliau berkata kebimbangan utama di pasaran hartanah Malaysia hari ini ialah peningkatan harga.

"Selain harga, pembeli juga melahirkan kebimbangan terhadap dasar pembiayaan rumah, kadar faedah, pemaju melakukan kesilapan dan kualiti rumah selepas siap," katanya semasa mengumumkan hasil Laporan Sentimen Pasaran Hartanah Asia iProperty.com Asia 2012, di sini, Isnin.

Sejumlah 3,459 responden mengambil bahagian dalam kaji selidik dalam talian yang dikendalikan oleh laman web hartanah nombor satu Malaysia itu.

Di Gregorio berkata memandangkan keadaan tidak menentu ekonomi di Eropah dan Amerika Syarikat, pengguna boleh menjangkakan kelembapan dalam subsektor hartanah kediaman mewah tahun ini apabila pelabur berpotensi dijangka kekal berhati-hati.

-- BERNAMA

No comments: