Thursday, February 2, 2012

AKU dan JKR

AKU dan JKR
JKR Kelantan
Arwah ayah adalah seorang kontraktor. Semasa pemergian beliau banyak benda yang belum selesai berkaitan kerja2 beliau seperti bayaran dari JKR dan bayaran kepada pembekal. Aku mengambil tugas menyelesaikan hal2 tersebut. Satu kisah yang ingin aku kongsikan ialah mengenai sikap orang2 di JKR berkaitan dengan orang yangtelah meninggal.
JKR telah membuat pembayaran kepada akaun arwah ayahanda, iaitu pembayaran balik wang jaminan (bond) pada 25/1/11 yang kemudiannya telah direject oleh AG. Perkara ini tidak aku ketahui sehingga hari ini.
Sebelum ini, pihak JKR daerah tempat arwah ayah menjalankan projek memaklumkan kepadaku tentang bayaran tersebut dan meminta maklumat2 yang diperlukan (2010). Kemudian dari masa ke semasa aku menghubungi bank namun dimaklumkan bayaran belum masuk. Sehinggalah akhir tahun lepas, apabila bank memaklumkan wang tersebut belum juga masuk, aku menghubungi JKR daerah. Lalu mereka membuat susulan dan mendapati memang benar bayaran belum dibuat. Lalu mereka meminta aku pulang untuk sain satu surat. (Dec 2010) Oleh kerana kekangan tugas, aku hanya mampu untuk balik paada 28/1/12 dan aku dihulurkan sekeping surat yang aku tidak faham.
Nasib baik isteri ikut sama. Isteriku dari bidang kewangan dan dia faham tentang perjalanan claim dengan jabatan2 kerajaan. Rupanya borang tersebut merupakan borang cek dibatalkan. JKR telah membua bayaran dan pihak akauntan Negara telah menolak bayaran tersebut kerana kesilapan no akaun bank. Walhal aku telah membekalkan salinan penyata bank arwah ayah yang memangtertera no akaunnya.
Perkara ini berlaku pada 31/1/2010 dan didiamkan sahaja oleh bahagian akaun JKR negeri. Sehinggaalah aku balik, ambil boring cek dibatalkan itu dari JKR daerah dan bawanya kepada JKR negeri barulah bayaran itu diproses. Itupun pegawai berkenaan cuba mengelaak dengan alasan2 tadika. OKlah, aku berlembut apabila akhirnya bayaran itu diproses juga(28/1/12). Aku minta no. tel beliau untuk susulan namun beliau memberikan tel AG (akauntan Negara) bersama no.voucer. Pada hari ini 1/2/12 aku menalipon AG dan dimaklumkan bahawa voucer tersebut belumsampai kepada mereka. Setelah pasti keadaan tersebut, aku ke pejabat JKR negeri. Sebelum tu aku talipon pegawai akaun berkenaan namun beliau tida ada di ofis. Sesampai di ofeis JKR aku Nampak beliau sedang menghadap computer. Hangin aku sudah naik lalu aku cakap dalam nada yang menyindir
Abang Wii buat lawak dengan saya .. cakap aku panjang2 gaya menganjing
Dia buat2 terkejut. Nasib baik wife aku pintas denga betanya soalan berbentuk akaun. Aku duduk mendiamkan diri. Dipendekkan cerita, akhirnya dia fotostat apa benda barang yang dia hantar AG dan aku bawa ke AG untuk proses. Sampai di pejabat AG, AG sahkan apa benda barang yang JKR negeri kata dah hantar tu sebenarnya AG belum terima.
Sepatutnya aku tak payah marah2 sebab wang itu wang pusaka, bukan hak aku seorang. Tetapi wang itu aku perlukan untuk settle hutang2 arwah dengan pembekal. Bayangkan setahun bayaran tersebut diperap, bayangkan setahun aku tak boleh bayar hutang pembekal arwah ayah. Bayangkan apa terjadi kepada arwah di alam sana. Mungkin kita rasakan kesilapan itu kecil. Yaa… kecil kepada kita di dunia, tapi bagi mereka di alam sana , macamana? Fikirlah, sikap tidak cakna kita mungkin menyebabkan derita orang lain. Dan ingatlah, Allah itu adil- mungkin hari ini orang terkena kerana kita. Apaka Allah akan membiarkan ketidak adilan itu berlalu begitu saja?...

JKR Putrajaya
Lain pulak cerita dengan JKR Putrajaya. Sewaktu aku bekerja sebagai COW untuk satu projek bangunan di putrajaya, bahagian maintenance JKR Putrajaya yang menguruskan bangunan tersebut telah memberi arahan lisan supaya snag list yang berjumlah ribuan itu di convertkan kepada work order dan jumlah work order hanya limit kepada 30 nos.
Sebelum aku tamatkan kerjayaku, aku dapati hanya 15 work order yang dikeluarkan manakala ribuan defect yang ada dalam snag list tidak termasuk dalam work order tersebut. Apa nak jadi? Snag list itu mencatatkan kecacatan pembinaan yang sepatutnya kontraktor perbetulkan. Diarah tukar kepada work order yang mejadi defect yang ditanggung dalam defect liability period. OK lagi lah , sebab kesesuaian dengan kehendak end user. Persoalannya, apa jadi kepada defect yang ‘disorok bawah karpet tu? ‘Apa jadi kepada defect yang tidak diperbetulkan tetapi disahkan telah diperbetulkan melalui perakuan dalam snag list? Tak kah itu menipu namanya.
Janganlah… kita mencari rezeki biar cara halal. Niat tidak menghalalkan cara kalau ada pihak yang tertipu. Tertipu itu penganiayaan. Penganiayaan itu kejam. Ini bukan work smart namanya. Carilah redha Allah walau dalam marah manusia, jangan cari redha manusia dalam murka Allah…penat je kerja…

No comments: