Friday, January 13, 2012

Projek MRT: Pemilik tanah di Jalan Sultan diberi kata dua

Jabatan Tanah dan Galian telah memberi kata dua kepada pemilik tanah di Jalan Sultan - sama ada mencapai persetujuan dengan MRT Corps menjelang 30 Januari atau akan kehilangan tanah mereka.

Ini didedahkan kepada pengerusi Jawatankuasa bagi Pemuliharaan Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan, Yong Yew Wei semalam.

Bercakap dalam satu taklimat dengan tuan tanah terlibat malam tadi, Yong berkata, surat bertarikh 4 Januari itu, telah dihantar ke pejabatnya baru semalam.

Dalam surat itu, Ketua Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Persekutuan Azemi Kasim memberi amaran bahawa jabatan itu boleh menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk pengambilan balik tanah di sepanjang Jalan Sultan untuk pembinaan projek MRT.

NONEMenurut surat itu lagi, sekiranya 'persetujuan bersama' tidak
ditandatangani sebelum 30 Januari 2012, jabatan itu akan meneruskan proses pengambilan tanah.

Yong (kanan) menganggapnya sebagai "hadiah Tahun Baru Cina" untuk pemilik tanah di Jalan Sultan.

"Berapa hari lagi yang tinggal sebelum tarikh akhirnya? Perayaan Tahun Baru Cina akan tiba tidak lama lagi, dan pemilik tanah tidak akan boleh tidur menyambut Tahun Baru Cina," katanya.

Beliau juga difahamkan bahawa Stesen Bas Klang, yang terletak di
Jalan Sultan, juga akan dirobohkan dalam tempoh tersebut.

"Ini adalah masa yang terbaik untuk merobohkannya ketika rakyat meninggalkan bandar tersebut."

Bagaimanapun, beliau menggesa NONEpemilik tanah terbabit supaya jangan berputus asa dan terus berjuang walaupun ia terpaksa dibawa ke mahkamah.

Katanya, beliau akan menjawab surat jabatan tanah untuk menerangkan tiga perkara.

Satu di antaranya adalah untuk meminta jabatan itu menjelaskan mengenai kenyatan bercanggah MRT Corp sebelum ini, yang mengatakan bahawa tanah di Jalan Sultan tidak akan diambil.

Taklimat itu dihadiri kira-kira lima puluh pemilik tanah yang terlibat, termasuk dari Jalan Sultan, Jalan Bukit Bintang, TTDI dan Gombak.

Seorang wakil dari Kampung Banda Dalam di Gombak mencadangkan supaya semua penduduk Kuala Lumpur memasang bendera hitam pada hari ulangtahun Wilayah Persekutuan pada 1 Februari sebagai tanda bantahan terhadap projek MRT.\
mkini

No comments: