Friday, June 24, 2011

Pertandingan Merekacipta Logo ‘CIDB Green Label"


1.    TEMA
Merekacipta Logo Hijau ‘Green Label’ untuk bahan binaan. Rekacipta logo hendaklah memaparkan elemen mesra alam, ringkas dan mempunyai makna di sebalik logo tersebut.

2.    LATARBELAKANG CIDB
  • Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan  Malaysia(CIDB) adalah pusat rujukan utama bagi para penggiat industri pembinaan yang berhasrat untuk membangunkan projek-projek pembinaan di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa.
  • Beribu pejabat di Kuala Lumpur, CIDB telah menubuhkan rangkaian cawangannya  di seluruh negara serta juga seberang laut iaitu di India bagi membantu para penggiat industri pembinaan mendapatkan maklumat terkini dari kerajaan tentang industri pembinaan  di samping dapat membantu meningkatkan taraf kerja syarikat masing-masing.

3.    PENGENALAN PROGRAM ‘CIDB GREEN LABEL’
  • Program ini bertujuan untuk menyokong indeks atau sistem penilaian bangunan hijau serta green procurement
  • Selain itu, ia bertujuan untuk menggalakkan para pengilang atau pengeluar bahan-bahan binaan memperbaiki dan meningkatkan kualiti pembangunan produk ke arah yang lebih hijau
  • Konsep bagi ‘CIDB Green Label’ adalah bahan binaan yang:-
    • Penggunaan jumlah tenaga yang rendah untuk dihasilkan
    • Boleh dikitar semula
    • Dihasilkan dari sumber yang boleh diperbaharui
    • Berpotensi memberikan kesan minima ke atas alam sekitar
    • Memberi indoor air quality yang baik serta meningkatkan kebolehcekapan di dalam bangunan
  • Maklumat lanjut juga boleh diperolehi di laman web www.cidb.gov.my

4.    SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
4.1    Penyertaan
Penyertaan pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia . Setiap peserta dibenarkan untuk menghantar lebih dari satu penyertaan. Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri.
Objektif pertandingan ini adalah untuk memilih satu logo baru untuk digunakan bagi tujuan perlebalan bahan binaan yang menepati kriteria hijau yang telah ditetapkan oleh CIDB.
4.2    Spesifikasi
  • Reka cipta logo perlu disediakan dengan menggunakan aplikasi komputer dan disimpan dalam fail asal (softcopy) dan dalam bentuk hardcopy pada kertas bersaiz A4.
  • Setiap logo yang dicipta mesti disertakan dengan penerangan ringkas seperti konsep dan warna yang dipilih. 
  • Logo yang direka perlu sesuai untuk digunakan sebagai identiti untuk ‘CIDB Green Label’ serta mempunyai gambaran grafik yang amat berkesan kepada industri pembinaan negara dan CIDB.
  • Persembahan logo boleh menggunakan tidak lebih daripada 4 warna. Tidak termasuk  warna korporat CIDB.  
  • Reka bentuk hendaklah dilukis dengan grafik komputer.
  • Rekaan logo hendaklah kemas dan menarik.
  • Logo hendaklah mudah difahami dan jelas maksudnya.
  • Peserta hendaklah memastikan logo tersebut  mestilah asli (hakcipta terpelihara), baru dan tidak boleh mengandungi unsur yang dianggap sensitif dari segi kaum, budaya dan agama. CIDB tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga ke atas hakcipta logo tersebut.
  • Logo hendaklah dihasilkan dengan menggunakan Bahasa Melayu sahaja.
4.3    Dokumen Permohonan Penyertaan
Setiap peserta yang ingin menyertai pertandingan ini dikehendaki menghantar dokumen-dokumen seperti berikut:-
  • Borang Penyertaan di lampiran ‘A’ hendaklah lengkapkan oleh para peserta.
  • Logo:
a) Maklumat berikut hendaklah dicatatkan dengan jelas dibelakang hasil karya masing-masing (hendaklah menggunakan HURUF BESAR sahaja) iaitu;-
i. Nama Penuh :
ii. Nombor Kad Pengenalan :
iii. Alamat :
iv. No. Telefon :
v. Alamat E-Mel :
b) Softcopy logo (CD) hendaklah menggunakan perisian Adobe Illustrator dan disimpan dalam format .eps atau .ai atau .jpeg (High Resolution).
c) Penerangan ringkas logo hendaklah menggunakan lampiran berasingan.
4.4    Tarikh Tutup Penyertaan
Tarikh tutup penerimaan penyertaan adalah pada 1 Ogos 2011 sebelum jam 12.00 tengahari.
5.    PENILAIAN
  • Penilaian akan dilakukan terhadap semua penyertaan yang diterima dari peserta yang menyertai pertandingan ini.•    Setiap penyertaan akan dinilai melalui penelitian terhadap karya yang dihantar kepada urusetia pertandingan.
  • Semua penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD oleh Panel Penilai dan sebarang surat menyurat tidak akan dilayan. Panel Penilai berhak mengubahsuai dan meminda reka bentuk karya yang disertai sekiranya perlu dan karya yang terpilih akan diguna pakai dan menjadi HAKMILIK CIDB. Pihak kami berhak untuk tidak memulangkan karya yang telah dihantar sebagai penyertaan pertandingan ini.
6.    HADIAH PERTANDINGAN
  • Pemenang akan dihubungi melalui e-mel, melalui panggilan telefon ataupun melalui surat. Walau bagaimanapun,CIDB berhak untuk tidak memilih pemenang dalam kalangan peserta yang bertanding sekiranya Panel Penilai memutuskan bahawa tiada peserta yang layak dianugerahkan sebagi pemenang.
  • Hadiah-hadiah berupa:-
1.    Tempat Pertama    -    RM3,000.00 beserta sijil penyertaan
2.    Tempat Kedua    -    RM2,000.00 beserta sijil penyertaan
3.    Tempat Ketiga    -    RM1,000.00 beserta sijil penyertaan
  • Hadiah-hadiah akan disampaikan semasa Majlis Perlancaran Greenbuilt Asia 2011 & Green Construction Conference 2011 bersempena Minggu Pembinaan Antarabangsa 2011 pada November 2011.
Muat Turun

No comments: