
Lajim berkata, pasukan petugas khas itu akan dianggotai pegawai kanan daripada pelbagai agensi kerajaan dan pihak swasta yang berkepentingan dalam industri perumahan.
"Kerajaan serius untuk mengatasi masalah ini dan sebab itu kita mahu tubuhkan satu pasukan petugas khas pemulihan projek terbengkalai,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat projek perumahan terbengkalai di Wisma Tun Fuad Stephens, di Kota Kinabalu hari ini.
Lajim berkata bagi tempoh 2009 hingga 2010, terdapat 161 projek perumahan terbengkalai di seluruh negara.
Sebanyak 58 projek perumahan sedang dipulihkan atau dalam proses melantik pemaju penyelamat manakala 52 projek lagi sedang dalam proses mencari pemaju penyelamat, katanya.
- Bernama
No comments:
Post a Comment