
“Kita yakin (bajet) RM7 bilion tidak akan tersasar,” katanya kepada wartawan semasa taklimat media berhubung lanjutan landasan LRT, hari ini.
Menurut Zulkifli, setakat ini mereka berjaya mendapatkan RM2 bilion melalui bon Sukuk bagi membiayai projek itu yang dijangka kerja-kerja struktural akan dimulakan menjelang hujung bulan ini.
Katanya, mereka perlu mendapatkan baki RM5 bilion tahun depan supaya hasrat mereka untuk menyiapkan segera projek berkenaan yang disasarkan pada 2014 dapat dicapai.
“Dana yang ada mencukupi untuk tahun ini dan kami akan ke pasaran bagi mendapatkan lebih banyak dana.. Memandangkan kami berjaya mendapatkan RM2 bilion melalui bon Sukuk, kami jangka akan menjalankan cara yang sama untuk mendapatkan dana selebihnya.”
malaysiakini
No comments:
Post a Comment