Tuesday, November 30, 2010

Garis panduan pembinaan rumah ibadat digubal

Kerajaan dalam proses mengubal garis panduan pembinaan rumah-rumah ibadat di kawasan perumahan yang baru untuk menyelesaikan isu berkaitan dalam masa terdekat.
NONETimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim (pertama dari kiri) dalam maklumannya kepada Dewan Rakyat, berkata garis panduan itu kemudiannya akan dikuatkuasakan oleh Kementerian Perumahaan dan Kerajaan Tempatan.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga menganggotai jawatankuasa yang menyediakan garis panduan itu,” katanya sambil menambah peraturan baru itu akan dimaklumkan kepada orang ramai setelah dimuktamadkan.
"Garis panduan ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, di mana Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut bertindak sebagai anggota jawatankuasa pelaksanaan itu," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, isu sensitif berkaitan agama dalam masyarakat di negara ini masih terkawal.

Menurutnya, Jakim juga bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan seperti majlis dan jabatan agama Islam negeri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam mengadakan pelbagai program bagi mendekati dan memberi kesefahaman serta membina hubungan baik kepada masyarakat bukan Islam

Mashitah menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Datuk Md Sirat Abu (BN-Bukit Katil) semasa sesi soalan pagi ini.

religious toleranceSirat merujuk kaji selidik Jakim yang dijalankan daripada 2007-2009 yang mendapati 91 peratus daripada orang ramai menghormati sensitiviti kepercayaan keagamaan.

Namun, dakwanya realiti menunjukkan keadaan sebaliknya dan ingin tahu jika ada kriteria tertentu berhubung pembinaan rumah ibadat di kawasan perumahaan yang baru.

Setahun lalu sekumpulan penduduk Islam berang dengan tindakan kerajaan Selangor yang memindahkan sebuah kuil di tamah perumahaan mereka di Shah Alam.
NONEMereka membantah tindakan itu dengan berhimpun dan mengheret kepala seekor lembu.

Keadaan itu menimbulkan ketegangan agama seketika di negara ini. Namun semua penunjuk perasaan itu dibebaskan dengan denda RM1,000 setiap seorang dari Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas mengakui terbabit dengan perhimpunan haram.
Penghinaan perkara khilaf

Sementara itu, ketika menjawab soalan tambahan Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok) Mashitah berkata kerajaan sedang mengawasi dengan rapi untuk memastikan tidak wujud sebarang unsur penghinaan terhadap perkara yang khilaf antara empat mazhab agama Islam berikutan kedatangan ramai pengunjung Islam dari luar negara ke Malaysia.

nasharuddin mat isa 170609 02Katanya, kerajaan telah mengarahkan anak kariah memberi maklumat atau membuat aduan segera kepada Majlis Agama Islam sekiranya terdapat unsur-unsur yang mencetuskan fitnah berhubung perkara itu.

"Misalnya berdasarkan pentadbiran undang-undang Islam di Wilayah Persekutuan, perkara yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak boleh disebar atau diajar.

"Kita sedar ada perkara khilaf antara empat mazhab ini, cuma yang kita pelihara sekarang ialah supaya tidak ada unsur penghinaan ditimbulkan," katanya.

Nasharudin membangkitkan persoalan mengenai sensitiviti perbezaan mazhab berikutan kemasukan ramai pelancong, pelajar dan juga pemastautin beragama Islam ke Malaysia dari luar negara termasuk Iran.

No comments: