Sesuatu projek memerlukan satu pasukan untuk melaksanakannya. Bermula dari yang paling atas - mungkin Pengurus Besar atau Pengarah Urusan (bergantung kepada syarikat) atau Pengurus projek (bagi Project Management Team) hinggalah kepada tenaga kerja (buruh) atau Clerk of Work (bagi konsultan). semua personel ini adalah elemen dalam pasukan yang enjalankan projek itu. Setiap satu elemen ini ada peranan masing-masing yang sekiranya tidak berfungsi akan menjejaskan kelancaran projek.
Tidak ada projek yang dibuat secara one-man show!Walaupun ianya hanya syarikat Enterprise! semua perlukan pasukan. Oleh itu dalam menjamin utuhnya sesebuah pasukan kerja ini beberapa perkara perlu diberi perhatian antaranya ;-
1.Pengurusan yang berkesan - Pengurus projek seharusnya bijak menangani masalah di tapak baik ianya berkaitan dengan rekabentuk/teknikal mahupun logistik dan tenaga kerja.
2.Penyaluran Maklumat yang berkesan - tanpa maklumat yang tepat, projek akan tergendala. Umpamanya dari segi lukisan projek. Sekiranya pelaksana (peringkat penyelia / site agent @ clerk of work) tidak dibekalkan dengan lukisan projek (plan) yang sempurna, kesukaran akan timbul. Kesukaran ini mungkin merupakan kesukaran dalam membaca plan itu sendiri atau juga mungkin kesukaran dalam memahami master plan projek. Lalu, implikasinya adalah matlamat penyiapan tidak diberi perhatian serius. Satu kerja yang sepatutnya 1 minggu mungkin menjadi sebulan.
Begitu juga, penyaluran maklumat ini sepatutnya menyeluruh kepada personel yang terlibat. Setiap orang perlu tahu maklumat tersebut. Sekiranya dalam pasukan itu ada lebih dari seorang persinel dalam jawatan yang sama, maka setiap orang perlu ada maklumat yang sama.
Sedihnya, ada projek dijalankan seiring dengan faktor emosi dan meminggirkan profesionalisma. Ada ketua yang menyukai personel tertentu dan tidak menyukai rakan personel tersebut yang sama jawatan. Lalu, bila ada maklumat baru yang hendak diberi, hanya personel kesukaannya yang diberitahu. Ini menjadikan personel yang lagi satu tidak update dengan kehendak projek. Implikasinya bukan sahaja perjalanan projek tejejas, malah persepsi pihak atasan kepada personel yang tidak diberi maklmat itu mungkin tidak berapa manis.Jangka panjang, akan wujud persaingan bagi personel dalam jawatan yang sama yang cuba memenangi hati ketua. Senario ini tentulah tidak sihat bagi sesebuah pasukan.
Walau apa pun faktor emosi atau peribadi, dalam hal kerja berpasukan setiap personel mestilah dilayan sewajarnya. Bersikap profesionallah dalam melaksanakan kerja!
3.Mengoptima kan penggunaan sistem pengurusan - umpamanya sesuatu kerja perlu melalui proses pemeriksaan oleh konsultan dan proses ini mengguna pakai borang yang dipanggi RIN. Lalu, gunakanlah RIN itu untuk memeriksa sesuatu kerja. Buka sahaja untuk tujuan filing, ia sebenarnya satu bentuk pengurusan masa dan maklumat yang berkesan untu kedua2 pihak (kontraktor dan konsultan). Begitu juga dalam menyalurkan maklumat baik ianya memo, pemberitahuan atau apa jua, ada kaedah tertentu yang sepatutnya digunakan. Samada ianya borang atau email atau apa jua, ianya adalah satu bentuk yang boleh dirujuk semula. Elakkan menggunakan percakapan semata kerana ia tidak dapat dirujuk semula. Begitu juga SMS - ia lebih bersifat peribadi dan tidak sesuai untuk pengurusan yang berkesan, melainkan stiap personal terlibat mendapat sms yang sama.
Sistem yang disediakan tetapi tidak diguna adalah satu kebodohan yang nyata dalam pengurusan projek.
No comments:
Post a Comment