Tuesday, October 19, 2010

BULLDOZE OR BULDOG?


Seorang site agent/project manager bagi sesebuah projek tentu merasa bangga apabila dapat menggerakkan projek tanpa 'gangguan' dari konsultan. Biasanya mereka akan redah apa jua prosedur yang telah ditetapkan demi meningkatkan kemajuan kerja di tapak. Istilah yang biasa digunakan untuk tindakan sebegini adalah "BULDOZE" yangberasal dari kata bulldozer yang menggambarkan sifat jentera itu yang meredah apajua halangan.


Manakala bulldog adalah spesis yang tak perlu dihurai panjang. Umum mengenali bulldog sebagai anjing bermuka garang tapi penakut. Begitulah, perbandingan ini bukan mahu merendahkan sesiapa tetapi buat menilai tindakan kita dalam menjalankan sesuatu projek. Semua pihak yang terlibat dalam projek, baik kontraktor mahu pun konsultan, mahukan projek itu berjalan lancar dengan kemajuan kerja dapat dicapai sebagaimana yang dirancangkan.


Namun, masalah2 dalam pembinaan tidak dapat dielakkan. Mungkin ianya masalah rekabentuk yang berkait dengan konsultan atau masalah kontraktor itu sendiri umpamanya pembekalan bahan bina , tenaga kerja atau jentera. Apabila masalah ini berlarutan maka ianya menjejaskan kemajuan kerja (progress). Oleh itu bagi pengurus projek atau site agent atau sesiapa jua personel yang terlibat dalam mengemudi projek di tapak tentulah ingin menyelesaikan masalah2 tersebut bagi melancarkan kemajuannya. Ada yang bertindak mudah dengan mengenepikan prosedur, umpamanya menjalankan sesuatu aktiviti tanpa terlebih dahulu mendapat pengesahan konsultan melalu siri pemeriksaan (inspection). Taktik yang lumrah digunakan ialah buat dulu, kemudian baru hantar RIN untuk pemeriksaan.


Sekiranya mereka bijak, ada kerja-kerja yang boleh dilepaskan tanpa terlebih dahulu mendapat pemeriksaan dari konsultan. Namun sekiranya mereka kurang bijak dan menjalankan kerja yang wajib mendapat pengesahan dari konsultan terlebih dahulu maka tindakan bulldoze itu tidak lain hanya seperti bulldog.


Apakah contoh kerja2 bulldog ini?
Contoh mudah : Pemasangan granite perlu melalui proses pemeriksaan ke atas bahan tersebut terlebih dahulu. Diikuti pemeriksaan ke atas permukaan yang akan menerima granite tersebut juga ke atas lain hal yang berkait. Tindakan bulldoze menyaksikan granite tersebut telah siap dipasang, barulah konsultan di panggil untuk membuat pemeriksaan.


Apabila konsultan memeriksa pada tahap pertama iaitu bahan bina tersebut (granite) dan didapati ianya tidak menepati spesifikasi, maka keseluruhan kerja itu tidak diterima dan tidak layak untuk dibuat pembayaran. Malahan mana2 granite yang telah dipasang perlu dibuka semula kerana ianya tidak memenuhi spesifikasi. Ini belum masuk fasa kedua pemeriksaan iaitu kaedah pemasangannya.


Jadi apabila langkah pertama telah salah, maka apakah tindakan ini boleh dipanggil BULLDOZE? atau sesuai dengan BULLDOG?


Fikir2lah..kerana penyeliaan dan pengurusan tapak bukan kerja amatur..

No comments: