Thursday, September 16, 2010

Lagi kejadian kebocoran di bilik mahkamah dalam seminggu

13/09/2010 7:19pm

KUALA LUMPUR 13 Sept. – Hujan lebat pagi ini mengakibatkan satu lagi kejadian kebocoran di siling sebuah bilik mahkamah di tingkat lima Kompleks Mahkamah, Jalan Duta di sini hari ini.
Kebocoran pertama berlaku di tempat yang sama yang telah merosakkan perabot dan sofa, berlaku pada 8 September selepas hujan lebat.
Seorang staf mahkamah berkata, pekerja penyenggaraan bangunan sedang mengesan tempat punca kebocoran itu.
"Setiap kali berlaku hujan lebat, air akan mengalir keluar dari tiang-tiang utama di tingkat enam, menyebabkan banjir di bilik saksi Mahkamah Tinggi 2,” katanya.
Staf itu berkata, kebocoran kecil dan rekahan juga dilaporkan di beberapa bahagian kompleks mahkamah tetapi tidak serius seperti di tingkat lima.
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0913&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_12.htm
Tiga bulan lepas, paip pecah telah menyebabkan banjir di kafeteria kompleks berusia tiga tahun berharga RM270 juta ini, dikatakan merupakan kompleks mahkamah kedua terbesar di dunia.
Kejadian itu menyebabkan bilik stor dan Pejabat Pos mini yang terletak di tingkat bawah bangunan itu mengalami kerosakan. – Bernama

No comments: