Thursday, September 23, 2010

ANTARA KEMAJUAN KERJA DAN KAWALAN KUALITI, mana yang terkorban?

salam,
sakitnya hati seorang clerk of work bila diperbodohkan oleh kontraktor. Mungkin niat kontraktor itu bukan nak memperbodohkan clerk of work tersebut tetapi yang sebenarnya kontraktor itu sendiri yang bodoh. Kontraktor dalam konteks ini saya maksudkan kepada staf2 kontraktor yang terlibat dalam penyeliaan sesebuah projek, biasanya dari project manager, site agent hinggalah ke level supervisor.

Secara naturalnya, kontraktor adalah spesis yang mengejar masa untuk menyiapkan projek. Ya lah, masa itu wang. Lambat siap, lambat dapat wang. Lebih masa diambil untuk siapkan sesuatu kerja, lebih susut keuntungan yang diperolehi- silap2 boleh rugi. Manakala clerk of work pula (atau sama levelnya technician dan T.A dalam projek JKR) adalah spesis yang kerjanya menentukan mutu kerja dicapai berdasarkan spesifikasi dan work method of statement yang diperakui.

Sedangkan kontraktor pula sering membuat kerja atas dasar mahu cepat siap dengan mengkesampingkan elemen mutu. lalu bertembunglah dua nilai yang berbeza dan menyebabkan wujud pula situasi2 sampingan di mana ada kalanya clerk of work yang dipersalahkan. Sementara clerk of work (COW) pula menyalahkan kontraktor yang membuat kerja yang tidak bermutu.

Fundamentalnya, mutu tetap mutu, tiada kompromi. Yang boleh berkompromi dengan mutu adalah tolerance yang dibenarkan. Lebih dari tolerance, OUT!FAIL! DEMOLISH!...whatever u may say...Dan si kontraktor yang berada dalam situasi ini akan cuba membuatkan agar kerja yang tidak bermutu itu diterima oleh COW.

Lalu ada situasi di mana ada COW yang di'beli' atau dalam bahasa site ada COW yang telah kena pegang telurnya. Maka terjadilah kerja yang tidak mengikuti spesifikasi diterima. Natijahnya, dek segelintir COW yang sebegini, pandangan umum terhadap COW ada sedikit tercemar. Namun yang payahnya bila ada COW yang mati2 menegakkan kebenaran, ada pula yang berperasangka COW tersebut inginkan sesuatu.

Persoalan ini sebenarnya mudah untuk diselesaikan. Saya cadangkan :-
1. remove saja mana2 site staff yang tak competent. Gantikan dengan mereka yang boleh buat kerja dengan betul.
2.Kalau kontraktor susah nak dapat site staf, masih lagi nak gunakan staf yang tidak competent itu, hantar saja mereka berkursus. Paling koman silalah pergi kursus QLASSIC atau CONQUAS.
Kalau tak tahu mana nak kursus, hubungi saya, saya boleh conduct. (Tapi bukan percuma ya..)
3.S.O mestilah firm dan jangan bias bila melibatkan hal2 mutu kerja. Spec is spec. Tolerance is tolerance. Pegang pada yang ni, insyaAllah kita akan dapat kualiti kerja yang dikontrakkan. Disamping itu kita juga dapat mendidik kontraktor hamlau ni..

Sekiranya projek itu delay disebabkan hal kualiti, S.O tidak perlu risau tentang keupayaan mereka meneraju sesuatu projek akan dipertikaikan. Orang bodoh mungkin akan berpendapat S.O tersebut tidak mampu menerajui projek hingga projek delay. Tapi kalau delay atas sebab kualiti, orang akan jelas nampak kontraktor tu yang tak betul.Tak tau buat kerja!

Kesimpulannya, kualiti tetap kualiti. Kalau kontraktor lambat 40 tahun sekalipun, kualiti tetap mau ada. Apa guna buat projek yang akan runtuh atau yang akan memudharatkan client? Sendiri mau fikir le..

No comments: