Saturday, May 22, 2010

Datuk Bandar diarah bayar RM750,000 kerana ubah arca

Datuk Bandar diarah bayar RM750,000 kerana ubah arca


ARCA hasil rekaan Syed Ahmad Jamal di Jalan Kampung Atap, Kuala Lumpur yang didakwa telah diubahsuai oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR - Datuk Bandar Kuala Lumpur diarah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini semalam membayar ganti rugi kepada seniman negara, Datuk Syed Ahmad Jamal Syed Jamil Sahil (gambar) RM750,000 kerana melakukan pengubahsuaian terhadap satu arca tanpa kebenaran seniman itu.
Hakim Datuk Azhar Mohamed juga memerintahkan Datuk Bandar membayar kos undang-undang dan faedah lapan peratus setahun dari tarikh saman itu difailkan pada 2003 sehingga selesai pembayaran.
Beliau juga membenarkan permohonan Syed Ahmad Jamal untuk perintah deklarasi yang beliau boleh mencipta arcanya Puncak Purnama/Lunar Peaks di mana-mana tempat lain.
kosmo

No comments: