Thursday, March 18, 2010

REKABENTUK YANG SALAH DI KOTA BHARU

Kota Bharu tidak dinafikan sedang mengalami pembangunan yang pesat. Banyak bangunan baru dibena menggantikan bangunan2 usang. Sesuai dengan tarafnya sebagai bandaraya, pembangunan infrastruktur memang amat dituntut. Namun begitu, KB bukanlah calang2 bandaraya. Ia adalah bandaraya Islam yang sepatutnya membawa imej Islam baik dari segi prasarana mahu pun penduduknya. Imej Islam yg saya maksudkan di sini lebih kepada kebersihan dan keindahan.

Saya tidak nafikan usaha kerajaan dalam membina imej KB sebagai bandaraya Islam ini. Namun saya mempersoalkan peranan jurubena dalam merealisasikan nilai bandaraya Islam ini. Berikut adalah beberapa kesalahan atau ketidaksesuaian dalam pembinaan yang saya rasa tidak menyumbang ke arah kegemilangan KB.

1. Penggunaan bahan bena yang tidak sesuai

Penggunaan metal deck sebagai elemen bumbung bagi sesebuah bangunan di tengah-tengah bandaraya adalah amat tidak sesuai. Apatah lagi apabila bumbung itu sendiri hanya berfungsi sebagai bumbung, tanpa membawa nilai estetika dalam rekabentuk. Anda mungkin menyanggah pendapat ini kerana di Putrajaya ada juga bangunan yang berbumbugkan metal deck, sebagai contoh kediaman rasmi perdana menteri. Namun harus dilihat dari segi rekabentuknya, di Putrajaya struktur bumbung itu bukan semata2 bumbung malah ia juga adalah sebahagian dari manifestasi reka bentuk. Kerana itu kita lihat bumbung di Putrajaya mempunyai nilai estetika yang sesuai dengan penggunaan bahan metal deck.


2. Peranan dan penguatkuasaan PBT yang tidak berkesan
PBT juga adalah sebahagian dari jurubena dimana peranan mereka adalah dalam meluluskan dan menguatkuasakan akta berkaitan benaan. Dalam hal ini saya memperhatikan seolah2 PBT seolah2 membiarkan masyarakat membentuk sendiri identiti KB. Lumrahnya, seseorang itu tidak pernah berpuashati dengan sesuatu sekiranya tidak menepati kehendak dan keselesaan mereka. Lalu, perbuatan menambah struktur baru kepada struktur sedia ada sering dibuat walhal tindakan ini telah mengubah perancangan asal sesuatu benaan dan persekitarannya. Ini diburukkan lagi apabila tambahan itu menggunakan bahan yang tida sesuai seperti kanvas, tafetta dll. Seharusnya PBT menguatkuasan akta penambahan pada struktur asal tetapi dilihat sebagai tidak dibuat oleh PBT. Malah amat jelas PBT seolah2 tidur dalam hal ini.
Natijah dari ini masyarakat bertindak sendiri mencorak keselesaan mereka mengikut kemampuan mereka. Sepatutnya mereka berubah minda kepada menuruti apa yang dirancang. Mengapa di Putrajaya masyarakat patuh kepada undang2 PBT? Atau mungkinkah rekabentuk yang salah?

3.Reka bentuk tangkap muat
Lawatilah tempat parkir bangunan KBTC yang menempatkan Giant dan Parkson. Alamilah kengerian untuk menuruni 'ramp' ke tempat parkir di basement. Saya curiga apakah kecerunan ramp ini lulus dari segi kejuruteraannya? Kalau lulus tipis atau istilah biasa jurubena, "within tolerance", apakah ianya sesuai? Adalah tidak wajar mengorbankan keselesaan dan keselamatan pengguna dek kerana kekangan ruang. Sekali lagi jurubena (lebih spesifik kepada akitek dan jurutera) lebih kreatif mencipta dalam ruang terhad.

4. Pengabaian isu keselamatan oleh pihak Bomba
Saya belum terjumpa sebiji pun alat pemadam api di Pasar Siti Khadijah, malah tidak juga di Pasar Lama MPKB atau juga di Bazar Buluh Kubu. Jauh sekali di Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur. Mungkinkah akta Bomba KB tida sama denga negeri lain? Walhal kalau di sekitar KL dan Selangor, pantang buka kedai baru saja jurujual fire extinguisher akan sampai. Kenapa? Sebab ia adalah keperluan Bomba yang perlu dipatuhi yang tanpanya lesen perniagaan untuk sesuatu premis tidak akan dikeluarkan.

Bayangkan sekiranya bangunan Pasar Siti Khadijah yang sesak ini, yang tidak digazetkan sebagai kawasan awam yang dilarang merokok, terbakar!
5.Kemudahan tandas untuk awam di KBTC tidak mencukupi



Syabas kepada KBTC kerana membina sebuah tandas yang canggih dengan 'stainles steel urinal' berkapasiti 3pax dan sebuah cubical yang cantik. Diserikan lagi sebuah couter top dengan rekabentuk unik dari bahan granite. (Fakta ini merujuk kepada tandas lelaki).
Namun begitu ianya menggambarkan kekedekutan jurubena (baca- akitek) dalam memberikan keselesaan kepada pengunjung. Saya ragu2 apakah ianya menepati kehenda UBBL.
Untuk mempastikan kenyataan ini benar, tingkat satu bangunan ini ditinjau dan confirm hanya itulah saja tandas yang ada di bangunan ini
1 tandas lelaki
-1 ruang buang air besar(cubical)
-1 tempat buang air kecil @3pax (urinal)
Tandas perempuan juga ada satu, namun saya tidak pasti berapa bilangan cubical didalamnya. Yang pasti, urinal tidak ada di situ. Sekiranya fakta ini salah, saya mohon maaf namun saya tidak bersalah utk beranggapan begini kerana papan tanda yg menunjukkan tandas hanya menunjuk ke arah tandas ini sahaja.

2 comments:

Cikli said...

salam,

satu lagi, brick wall yang berfungsi sebagai retaining wall. sepatutnya reinforce concrete.
saya merujuk kepada kes kb mall.

Anonymous said...

cikli, wall kat atas bumbung (parking area) tu bukan setakat di KB mall malah putrajaya pun ada- tengok saja di alamanda. Saya rasa perlu check UBBL, apakah benda ini perlu ditukar. Thanks for sharing..