Thursday, January 7, 2010

ISTILAH DALAM CONSTRUCTION

Istilah dalam dunia pembinaan

1. LU SAPER?

Maksudnya contractually adakah u berhak utk beri arahan kepada seseorang pekerja atau subcon. Biasa berlaku kepada clerk of work yang deal direct dengan subcon/pekerja. Mereka tidak akan dengar arahan anda selagi boss mereka tidak arahkan,

2. MAU KENTUT PUN BUKAK SELUAR KE

Biasa berlaku kepada Pengurus Projek, Site Agen dan Supervisor yang membuat sesuatu perkara secara tidak berfaedah atau secara yang merumitkan.

3. MAU BERAK BARU MAU KOREK LUBANG

Di istilahkan kepada kerja yang tiada perancangan awal atau kerja yang tidak ikut perancangan..

4.MEJA LAGI TINGGI DARI KERUSI

Dimaksudkan kepada seseorang yang menanggung kerja pihak atasannya tapi gaji tak naik,

5. LANCAU

Ialah vibrator poker yang digunakan untuk vibrate concrete

6.CUCI LONGKANG

Istilah pekerja-pekerja yang bekerja di rantauan yang bermaksud balik berjumpa isteri.

7. BAYAR BILL AIR

Sama macam no. 6

8.HANTAR RATION

Sama macam no.6

9.KOYA

Ialah unit ukuran bagi keluasan 10kaki x 10 kaki yang digunakan oleh orang Kelantan. Biasanya untuk kerja-kerja plaster, brickwork dan seumpamanya.

10. TIU NA SENG

Cilakak kau

11. KOK CAI

Kayu 1”x2” dari jenis kualiti rendah . biasanya digunakan untu formworl, profile dan untuk buat kongsi.

12. KONGSI

Rumah pekerja, samada dari jenis kayu atau kontena.

13. LAM

Kabel besi yang diguna untuk mengangkat barang oleh kren atau backhoe dan seumpamanya,

14. JCB

Dimaksudkan kepada backhoe. JCB adalah brand name.

15. DOZAR

Bulldozer

16. LICHET

Rachet spanner – sejenis spanar yang digunakan dalam steel construction

17. PLAH , MMELAH

Plah adalah plaster, mmelah adalah kata perbuatan untuk menggambarkan kerja plaster , Istilah orang Kelantan.

18. LOK SI

Dimaksudkan kepada tie rod yang biasanya digunakan untuk menguatkan formwork bersaiz besar (retaining wall) juga untuk formwork tiang (column)

19. LOCK CHAT

Mencarut dalam bahasa china

20. KENA SOTONG

Bermaksud kena buang/cantas

21. CONMAN

Penipu dalam industri

22. BROKER

Berok yang dapat upah. Opss,… ini semua orang tahu.

23.KEREK

Ialah konkrit berbentuk silinder yang digunakan utk buat perigi atau manhole. Istilah Kelantan.

24. SOBEY

Survey

25.SIKU

Bermaksud 90 darjah.

26. BANGAU

Bermaksud bengong. Hanya digunakan oleh Raman Kutty

2 comments:

mohd said...

hahahahaha......kdg2 bahasa site ni pun terlepas ketika bercakap di luar site....hahahahah

Abi Husna said...

betul tu, dah dunia kita hari2 nga site. So kat luar site pun still guna term yang sama