Tuesday, January 5, 2010

DI MANA SILAP NYA?

MB kecewa dewan bedah Hospital Terengganu lambat siap

05/01/2010 2:54pm

KUALA TERENGGANU 5 Jan. — Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said melahirkan rasa kecewa dengan keadaan hampir kesemua dewan bedah di hospital di Terengganu yang tidak dapat beroperasi seperti dijadualkan.

Beliau berkata, keadaan itu bukan sahaja merugikan kerajaan daripada segi kos tetapi turut memberi risiko kepada nyawa pesakit.

"Hampir semua dewan bedah hospital di negeri ini gagal (tidak berfungsi dan lambat siap), dewan bedah Hospital Besut hampir enam tahun, Hospital Kemaman tiga empat tahun, dewan bedah Hospital Setiu dah masuk tujuh tahun... teruk, rakyat marah kerajaan.

"Bukan sahaja kita rugi daripada segi kos, tapi ia juga melibatkan soal nyawa, pakar bedah pun kecewa sebab tak boleh nak buat kerja,” katanya kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Peralatan Tomografi Berkomputer Multislice (MSCT) kepada Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini hari ini. – Bernama

No comments: