Monday, August 17, 2009

ULASAN eBOOK





eBook HOW TO TIPU ORANG IN CONSTRUCTION
Penulis : Nasruddin Mohamed Salleh
Penerbit: Skycraper Enterprise
Harga    : RM120.00

Sedutan isi :

BAB 2, Muka surat 86

2.5.0 PANDUAN MENIPU STAFF

2.5.1 Panduan bagi majikan berstatus konsultan

Lumrahnya, anda akan menggaji clerk of work untuk memenuhi keperluan kontrak dan lumrahnya juga clerk of work ini adalah jawatan kontrak. Lumrahnya lagi, gaji clerk of work adalah dibayar oleh client dimana anda membayarnya dahulu dan buat tuntutan dengan factor yang dipersetujui.

Nampak seperti anda yang memnayar gaji mereka tetapi sebenarnya anda membuat keuntungan dari gaji mereka.

2.5.2 Cara-cara menipu mereka
Semasa interview, tanya mereka berapa gaji yang diminta dan elakkan dari mereka meminta gaji mahal. Jangan beritahu mereka sekiranya client ada menetapkan skim gaji tertentu untuk mereka. Setelah di persetujui, keluarkan surat tawaran kerja berdasarkan skim gaji yang telah dipersetujui itu. Dengan ini anda akan dapat membuat tuntutan berdasarkan allocation yang telah ditetapkan oleh client, mereka bukan tahu.

Katakan allocation client untuk gaji adalah RM4,000. Anda tawarkan kepada mereka RM3,5oo sahaja. Bila anda claim, anda akan claim dengan factor yg ditetapkan oleh client, contohnya 1.7. Jadi, atas RM4 ribu, anda claim sebanyak RM4ribu + RM2800 = RM6,800. Keuntungan anda adalah RM2,800 + RM500 = RM3,300.

Pendek kata, dengan 1 clerk of work bekerja untuk anda, anda boleh menggajikan sorang lagi tanpa perlu keluar modal. Bukan diaorang tahu pun.

2.5.3 MASALAH
Masalah yang timbul biasanya kebodohan anda juga sebab semasa cliam anda hantar slip gaji sebenar yang c.o.w tersebut tanda tangan. Sebagaimana contoh di atas, RM3,500. Jadi, client akan reject dan client akan tahu anda sudah spelet peruntukan c.o.w tersebut.
Satu lagi masalah ialah, c.o.w ni kan selalu bercampur dengan client, jadi sikit sebanyak rahsia penipuan anda itu akan terbuka juga.
Cara mengatasinya ialah dengan membuat payslip palsu suruh c.o.w tersebut tanda tangan.Buatlah alasan apa2 supaya dia tand tangan juga,

2.5.4 Cara nak cover malu apabila client sudah tahu anda tipu staff
Panggil c.o.w tersebut kepejabat dan tuduh dia macam2. Pakat dengan staf2 ofis cakap mereka sudah usaha macam2 untuk berhubung dengan c.o.w tersebut tetapi c.o.w itu tida memberikan kerjasama. Tuduh dia 'back stabbing' kerana bagi tahu client anda tipu dia
 walaupun sebenarnya dia buat itu betul. Last sekali psycho dia supaya dia berhenti, Ingat, anda jangan sesekali berhentikan dia keraana nanti orang akan tahu anda yang salah. Anda boleh katakan, "I lost my trust on you because u back stabbing me". Pedulik ah dia nak kata apa sebab anda towkeh/principal company.

Akhir sekali kalau dia taknak berhenti juga, anda buat surat tawaran baru based on gaji yang client peruntukkan dan masukkan terma yang berat2 sikit bagi dia tension. Sure dia berhenti punya lah. So, bila dia berhenti anda cari orang lain ganti dan offerkan gaji yang lagi murah.

2.5.5 Kalau dia tak berhenti juga
Ni payah sikit. Mungkin mamat ni tahu pasal Law kot? Relaks, anda pilih satu hari yang agak malang dalam hidup anda seperti hari anda baru bergaduh dengan bini anda yang suka menengking orang tu dan anda pergi ke tempat c.o.w itu bekerja.(kat tapak la...) Anda menyorok belakang pintu dan anda panggil nama dia perlahan2. Apabila dia terperasan nama dia di panggil, anda serga dia begini
"CAK!!!" sambil masukkan kedua2 ibu jari anda dalam telinga dan kuit2kan jari lain serta jelirkan lidah dan kelipkan mata laju2. Sure anda rasa release kerana dapat kenakan dia juga akhirnya.

MAKLUMAN PENTING
eBook ini hanya dijual kepada mereka yang benar2 hendak menipu. Kepada mereka yang sekadar hendak mengetahui selok belok penipuan dalam industri binaan sebagai pengetahuan am dan sebagai persediaan agar tidak ditipu orang, anda boleh terus melayari blog ini dari masa ke semasa, insya Allah saya akan publish satu persatu.

CARA MENDAPATKAN eBook INI
Anda masukkan duit ke akaun saya dan emailkan alamat anda. Saya akan hantar ebook ini apabila ianya siap ditulis. Begitu juga nombor akaun saya akan diberikan apabila ebook ini siap ditulis. Untuk makluman, ebook ini baru start ditulis hari ini.

No comments: