Antara kecacatan yang biasa berlaku ialah:
Kotoran ini biasanya akibat dari tinggalan simen yang digunakan untuk memasang perabung bumbung.
2. Keretakan pada dinding dan tiang.
Keretakan ini biasanya berlaku disebabkan mutu lepaan(plaster) yang kurang baik. Dalam kes yang serius, keretakan berlaku antara dinding dan tiang di mana puncanya adalah ketiadaan ‘bonding tie’ dalam pemasangan batu-bata dinding tersebut. Bonding tie merupakan sebatang besi halus yang dicucuk pada tiang semasa pembinaannya. Apabila dinding batu bata di pasang, batang besi ini akan diapit diantara lapisan batu bata tersebut, dengan itu akan memberikan pegangan yang kuat antara dinding dan tiang. Dengan ketiadaan bonding tie ini akan menyebabkan berlaku pergerakan dalam dinding atau tiang tersebut yang akibatnya akan merenggangkan pegangan antara keduanya. Apabila ini berlaku, akan kelihatan kesan retak antara keduanya.
Lain-lain keretakan adalah pada ‘coping’ samada coping pada tiang, tingkap, pintu, pagar dan lain-lain.
3. Kemasan pada elemen kayu yang tidak memuaskan
Biasa terjadi pada tangga yang dikemaskan dengan elemen kayu seperti ‘timber strip’ atau .parquet.. Kemasan yang tidak baik akan menghasilkan permukaan yang kasar dan berkemungkinan membahayakan kerana adanya selumbar. Biasa terjadi pada permukaan bawah elemen kayu tersebut. Anda boleh mengesannya dengan mersa permukaan bawah elemen tersebut dengan tangan anda.
4. Pintu dan tingkap
Pemasangan pintu dan tingkap yang tidak elok akan menampakkan kerenggangan antara daun pintu/tingkap dengan frame nya. Dalam jangka panjang. Kerenggangan ini akan membesar dan mengakibatkan pinti/tingkap tersebut tidak dapat dititup dengan baik, selain pandangan yang tidak cantik.
Kecacatan ini mungkin berpunca dari pemasangan dau pintu/tingkap yang tidak sempurna atau dalam kes yang lebih serius, frame itu sendiri yang di pasang salah. Untuk memeriksa samada frame tersebut dalam keadaan yang betul, anda perlu menggunakan alat timbang air {water level) dan ukur ketegakan setiap sisi muka frame tersebut. Anda juga perlu mengukur bukaan bahagian atas dan bawah frame tersebut di mana jarak antara dua tiang frame itu mestilah sama samada di bahagian atas atau bahagian bawah. Sekiranya terdapat kecondongan pada frame tersebut, pembaikan yang tepat adalah dengan menegakkannya semula. Kaedah untuk menegakkan frame ini bergantung kepada kepakaran kontraktor yang dilantik. Sekiranya kaedah pembaikan yang digunakan adalah dengan mengubahsuai daun pintu/tingkap, dalam jangka panjang, kecacatan ini akan berulang.
5. Kecacatan pada ‘fittings’
Kebiasan berlaku kepada WC terutama pada cistern/ tangki kumbah tandas. Kebiasaannya system mekanikal di dalam tangki tersebut gagal berfungsi dengan baik menyebabkan anda gagal untuk mengumbah air . Buka penutupnya dan periksa samada ia dipasang dengan betul kerana kebiasaannya komponen tangki ini datang secara berasingan dan dipasang ditapak bina. Periksa juga sambungan antara paip keluar WC tersebut dengan lantai. Kemungkinan terdapat kebocoran. Kebocoran yang walaupun sedikit, tidak boleh diabaikan kerana dalam jangka panjang ia akan menjadi besar dan merebak kepada elemen lain.
Periksa suis lampu samada berfungsi dengan betul, terutama suis dua hala dan kipas. Juga periksa semua plug samada berfungsi dengan baik atau sebaliknya.
6. Kecacatan pada aliran air
Biasa berlaku setelah pemasangan jubin dibuat. Aliran air yang sempurna akan menghala ke lubang keluar (outlet) pada lantai. Sekiranya terdapat air yang bertakung (ponding) bermakna aliran air tidak elok. Anda boleh menguji dengan menjirus air atau meleretkan bola ping pong di atas lantai tersebut.
Kecacatan ini juga berlaku di bahagian luar rumah di mana aliran air yang sepatutnya mengalir ke longkan utama mungkin akan mengalir ke dalam rumah. Ini perlu diperhatikan keseluruhan kawasan sekeliling rumah kerana kebiasaannya masalah ini terjadi disebabkan aras tanah yang tidak sekata atau arah alirannya yang terbalik.
7. Kecacatan pada cat
Kadang-kadang terdapat kontraktor yang
8. Kecacatan pada nilai estetik
Banyak elemen yang bersangkut paut dengan nilai estetik ini. Tetapi bagi pemilik yang perihatin, ‘squareness’ atau ‘siku’ kepada ruang akan dititik beratkan. Kecacatan akan nampak ketara sekiranya jubin digunakan sebagai kemasan lantai dan dindingnya. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan siku ruang bilik rumah anda, contohnya boleh dilihat pada jubin lantai di mana di satu bahagian mengecil manakala bahagian bertentangannya pula lebih besar, anda berhak minta diperbetulkan. Namun harus diingat, kebiasaannya bahan binaan yang digunakan untuk satu projek perumahan biasanya dibuat pada ‘batch’ yang sama. Apabila pembuatan bahan tersebut dibuat pada batch yang lain, kemungkinan terdapat perbezaan dari segi warna adalah tinggi. Oleh itu sebarang penggantian bahan kemasan yang dibuat pada batch pengeluaran yang berbeza akan menampakkan perbezaan, terutama tone warnanya.
9. Siling kapur.
Dari segi kos bahan, siling kapur adalah murah. Yang mahal adalah upah kerjanya. Oleh itu anda perlu memerhatikan samada terdapat unsur2 kebocoran pada siling tersebut. Terutama yang berada di bawah bilik air. Kebocoran pada siling kapur di peringkat kecil masih boleh diperbetulkan namun sekiranya resapan air telah berlaku dengan banyak pada siling tersebut, penggantian mestilah dilakukan.
10. Paver blok yang mendap
Kecacatan ini berlaku disebabkan oleh sub base yang tidak dipadatkan dengan betul. Namun begitu, dalam kes2 yang serius, terdapat tanah yang tidak stabil (unsuitable material) di bawahnya di mana ianya mestilah dibuang terlebih dahulu.
11. Kulapuk
Biasa terjadi pada dinding dan pagar konkrit/batu blok. Ini boleh dibersihkan dengan penggunaan water jet, namun harus diingat, penggunaan water jet yang melampau akan menyebabkan lapisan cat pada permukaan tersebut terkoyak.
12. Kebocoran.
Ini merupakan yang besar dan berlaku pada banyak tempat seperti bumbung, bilik air, paip, sinki dan paip air hujan. Perlu di teliti kedudukan paip yang dibungkus (box-up) kerana sekiranya kebocoran berlaku pada paip ini, ia akan melibatkan kerja-kerja memecahkan batu-bata yang membungkusnya. Biasanya paip yang dibungkus ini adalah paip kumbahan dan paip air hujan.
Sekiranya kecacatan ini berlaku diluar tempoh tanggungan kecacatan oleh pemaju, atau pemaju enggan untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan, anda bolehlah menghubungi kami untuk mencantikkan dan memperbaiki rumah anda.
No comments:
Post a Comment