Beberapa kecacatan yang biasa terjadi kepada granite adalah seperti berikut:
1. Kesan karat (stain effect)
Kesan ini terhasil akibat dari sentuhan oleh bahan-bahan lain yang berlaku kepada permukaan granite. Ini berlaku biasanya apabila bahan2 tersebut diletakkan terus ke atas granite tanpa di alas, contohnya kayu dan besi. Ia juga berlaku akibat dari air yang berkarat atau berwarna,
2. Kesan dari aktiviti lain seperti:-
a. kimpalan (welding)
Apabila membuat kimpalan di atas permukaan granite atau berhampiran dengannya,serpihan besi kimpalan atau dalam bahasa pasarnya 'tahi besi' yang terjatuh ke atas permukaan granite akan melekat padanya dan sukar untuk dihilangkan dengan bahan kimia.
b. konkrit
Lebihan atau tumpahan simen dari bancuhan konkrit atau mortar akan melekat pada permukaan granite dan meresap ke celah2 liang granite.
c. Cat
3. Pecah/retak
Kecacatan ini berlaku akibat hentakan yang kuat di atas permukaan granite, selain dari disebabkan oleh mutu kerja pemasangan yang kurang berkualiti.
4. Tidak kalis air
Setiap granite samada dari jenis flame atau polish selalunya di pasang dalam keadaan kalis air. Ini dibuat secara menggunakan bahan pengkalis air dari jenis cecair yang disapukan ke atas permukaannya (impregnator). Bahan ini akan hilang keberkesanannya sekiranya dikikis atau melalui penggunaan 'water jet' yang melampau. Akibatnya permukaan granite akan nampak tidak sekata dari segi tone warnanya. Selain dari iti, resapan air dari bawah akan sampai ke permukaan granite dan akan mengubah tone warnanya juga.
5. Permukaan kotor
Akibat kurang penjagaan, kotoran akan berkumpul di atas permukaan dan celahan ganite.
6. Filler antara granite tertanggal
Akibat dari kualiti kerja yang rendah, kecacatan ini akan berlaku seterusnya akan merebakkan kepada lain-lain kecacatan.
_____________________________________________________________________
No comments:
Post a Comment