Artikel ini dipetik dari blog Petunjuk Zaman
Mekah tempat lahirnya Nabi Muhammad saw
dan tempat terletaknya Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam sedang
mengalami pembangunan komersial yang terhebat dalam sejarah.
Beratus-ratus buah bangunan sedang dalam pembinaan tanpa meninggalkan
sedikitpun sejarah dan binaan asal dari Rasulullah, para sahabat dan
kesemua tinggalan Khilafah Rashidin dan apatah lagi Khilafah
Othmaniyyah. Tinggalan Kubu Ajyad dari zaman Othmaniyyah pada abad ke 18
merupakan kubu yang dibina untuk mempertahankan Mekah pada masa itu
telah diratakan tanpa sebarang kesan. Dengan satu malam sahaja bukit
yang menempatkan kubu tersebut telah diratakan untuk pembinaan menara
Abraj Al Bait. Begitu juga seluruh penduduk yang mendiamai kawasan
tersebut telah dipindahkan ke pinggir-pinggir Mekah dan bandar-bandar
yang berdekatan. Kawasan yang dulunya adalah bersejarah dalam tamadun
Islam akan bertukar menjadi komplek membeli belah yang terhebat, hotel
termasyhur dan kediaman mewah.
Apakah Hijaz yang dikuasai Raja Badwi itu
adalah milik sepenuhnya. Apakah tujuan pembangunan besar-besaran itu
untuk kebaikan umat Islam? Gabenor Mekah, Putera Khaled Al Faisal sering
melaung-laungkan menjadikan Mekah bandar abad 21, menukar destinasi
ibadat haji ini kepada bandar contoh dari segi pembangunan dan
pemodenan. Mereka berpegang dengan fatwa tempat tinggalan Rasulullah dan
sahabatnya adalah bidaah tapi peliknya membawa masuk pengaruh yahudi di
Mekah dan Madinah, telah memusnahkan semua sejarah dan senibina yang
telah di asaskan oleh Rasulullah s.a.w dan sahabat.
Pembangunan Mekah sepatutnya dikongsi
bersama oleh umat Islam bukan dibolot oleh dinasti Raja Badwi sahaja.
Setidak-tidaknya umat Islam tidak terbeban dengan kewangan yang tinggi
bagi menunaikan rukun Islam yang kelima itu. Tetapi motif sebenar
pembangunan tersebut seperti yang terjadi adalah kerana dorongan
keuntungan kepada suku sakat Raja Badwi semata-mata.
Pembangunan di Mekah menyebabkan harga
tanah melonjak lebih dua puluh kali ganda sejak sepuluh tahun lepas
kepada purata $70,000 per meter persegi dan harga apartment
sekurang-kurangnya $3 juta. Akibat dorongan mendapatkan keuntungan
semata-mata, pemaju pembinaan tidak memberikan keutamaan kepada
keperluan sebenar jemaah haji (tidak seperti didakwa pemerintah).
Kesemua pembangunan setakat ini hanya menumpukan kepada keperluan
golongan berada dan hartawan, daripada gedung membeli belah ternama,
restoran terkenal berada dalam mall hinggalah hotel-hotel berjenama
antarabangsa (yang dikuasai Yahudi) yang mengenakan caj
sekurang-kurangnya $700 semalaman. Umat Islam amat berkira untuk
berbelanja supaya tidak terbeli barangan buatan Yahudi tapi rupanya di
Mekah uamt Islam berbelanja tanpa had di gedung-gedung dan hotel-hotel
milik Yahudi! Siapakah yang menggadaikan tanah suci dan kiblat umat
Islam ini? Inilah tahap umat Islam sekarang ini yang tergambar oleh
Rasulullah s.a.w ketika hampir wafatnya beliau, ya ummati, ya ummati!
Antara mercutanda terbaru ialah pembinaan
Menara Abraij Al Bait (menara Jam) atau Fairmont Tower merupakan
pembangunan yang merangkumi Masjidil Haram itu sendiri. Komplek menara
tersebut mempunyai keluasan lantai 15.6 juta kp adalah terbesar didunia
dan menaranya adalah antara tertinggi didunia; binaan pencakar langit
akhir zaman seperti yang di beritahu oleh Rasulullah yang dibina oleh
kaum badwi adalah betul-betul berada di hadapan Kaabah!
Abraij Al Bait merupakan penswastaan
komersial yang terbesar didunia. Ia dibiayai sepenuhnya oleh Saudi
Binladen Group (SBG), dan diberi kontrak selama 25 tahun untuk
menguruskan komplek tersebut. Sebahagian akan disalurkan kepada Wakaf
Malik Abdul Aziz tetapi SBG mempunyai hak terhadap keuntungan selepas
tamat tempoh penswastaan selama 25 tahun.
Sebelum ini umat Islam di warwarkan
menara tertinggi ini akan menempatkan jam terbesar didunia yang akan
menjadi kemegahan umat Islam dan bilik-bilik penginapan akan dibuka
untuk pelaburan umat Islam seluruh dunia. Tetapi sebenarnya kesemuanya
sebanyak 1005 bilik telah diserahkan kepada rangkaian hotel
antarabangsa Yahudi, Fairmont hotel; rangkaiannya meliputi kasino di
Monte Carlo hingalah Tel Aviv. Fairmont hotel ini diasaskan oleh
Benjamin Swig seorang banker dan aktivis Yahudi di San Francisco pada
tahun 1945. Dia merupakan tokoh Yahudi dan termasuk dalam senarai tokoh
Yahudi paling berpengaruh.
Siapakah penduduk Madinah yang menjadi pengikut Yahudi dan bersama Dajjal?
Diriwayatkan dari Aisyah radhiyallahu ‘anha:
“Rasulullah
masuk ke kamarku dalam keadaan aku sedang menangis. Beliau berkata
kepadaku: ‘Apa yang membuatmu menangis?’ Aku menjawab: ‘Saya mengingat
perkara Dajjal maka aku pun menangis.’ Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa
sallam berkata: ‘Jika dia keluar sedang aku masih berada di antara
kalian niscaya aku akan mencukupi (melindungi) kalian. Jika dia keluar
setelah aku mati maka ketahuilah Rabb kalian tidak buta sebelah. Dajjal
keluar bersama orang-orang Yahudi Ashbahan hingga datang ke Madinah dan
berhenti di salah satu sudut Madinah. Madinah ketika itu memiliki tujuh
pintu, setiap celahnya ada dua malaikat yang berjaga. Maka keluarlah
orang-orang jahat dari Madinah mendatangi Dajjal ….” (HR. Ahmad,
Abdullah bin Ahmad, Ibnu Hibban. Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu
berkata: Sanadnya shahih)
Badge Askar |
Lambang Polis |
Emblem Askar |
New World Order |
No comments:
Post a Comment