Wednesday, November 16, 2011

Kesalahan jenayah bagi pemaju projek terbengkalai

Pemaju perumahan berlesen yang gagal menyempurnakan projek perumahan dan  menyebabkannya terbengkalai akan dianggap sebagai melakukan satu kesalahan jenayah di bawah pindaan Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966.

Jika disabit kesalahan, pemaju berkenaan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang RM250,000 dan tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

NONEPerkara ini diperuntukkan dalam seksyen baru di bawah fasal 9 Rang Undang-undang Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan)(Pindaan) 2011.

Ia merupakan antara beberapa pindaan kepada peruntukan-peruntukan dalam Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) yang bakal memberi jaminan dan hak lebih luas kepada para pembeli rumah dan mengelakkan projek terbengkalai.  

Menurut rang undang-undang berkenaan, fasal 9 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 18A ke dalam Akta 118 bagi mengatasi masalah projek rumah terbengkalai serta hak mengenakan tindakan undang-undang terhadap pemaju yang tidak bertanggungjawab.

Peruntukan ini terpakai kepada semua pemaju yang enggan meneruskan projek atau menangguhkan atau menggantung atau menghentikan untuk tempoh enam bulan atau lebih atau tempoh siap yang dipersetujui di dalam perjanjian jual beli.

chor chee heungRang undang-undang berkenaan telah dibaca buat kali pertama oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung di Dewan Rakyat hari ini dan apabila diluluskan kelak akan dikenali sebagai Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan)(Pindaan) 2011.

Selain itu, fasal 5 yang bertujuan menggantikan seksyen 8A Akta 118 di dalam rang undang-undang tersebut turut memberi hak kepada pembeli untuk menamatkan perjanjian jual beli sekiranya pihak pemaju perumahan enggan meneruskan projek selepas enam bulan perjanjian tersebut ditandatangani.

Rang Undang-undang itu juga bercadang memasukkan fasal 3, yang bertujuan meminda seksyen 6 Akta 118 yang memperuntukkan jumlah deposit bagi memperoleh satu lesen pemajuan perumahan dinaikkan daripada RM200,000 kepada tiga peratus daripada anggaran kos pembinaan.

Cadangan pindaan ini adalah untuk memastikan supaya hanya pemaju yang mempunyai keupayaan kewangan yang mencukupi dibenarkan mengusahakan projek perumahan.

NONEFasal 8 bertujuan meminda seksyen 16AD Akta 118 telah memperuntukkan untuk menaikkan penalti minimum ketidakpatuhan kepada award tribunal daripada RM10,000 kepada penalti maksimum RM50,000.

Selain itu fasal 6 yang bertujuan meminda subseksyen 16N (1) berkaitan dengan had bidang kuasa tribunal dan memberi kuasa lebih luas kepada tribunal untuk mendengar tuntutan daripada suatu perjanjian jual beli yang melibatkan seseorang pemaju perumahan tidak berlesen.

Cadangan fasal 10 pula bertujuan untuk meminda seksyen 24 untuk menaikkan penalti bagi mana-mana tindakan atau peninggalan yang melanggar mana-mana peraturan daripada denda tidak melebihi RM20,000 kepada RM50,000.

- Bernama

No comments: