Tuesday, November 8, 2011

DAP: Pembaziran dalam ubahsuai Taman Mini M'sia





ADUN DAP dari Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong sekali lagi membangkitkan isu pembaziran dalam pentadbiran kerajaan Negeri Melaka apabila mempersoalkan perbelanjaan berjumlah RM3 juta bagi projek pengubahsuaian Taman Mini Malaysia dan Mini Asean (TMMA) di Ayer Keroh.

Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong ,Taman Mini Malaysia
Baginya, ada yang tidak kena apabila projek berkenaan diserahkan kepada syarikat swasta lain padahal semua kos berkenaan ditanggung sebuah agensi kerajaan negeri Melaka.

Dakwa Khoo yang tidak berpuashati dengan langkah tersebut, pihak syarikat swasta berkenaan  yang sepatutnya melakukan pelaburan dan kemudian mengambil alih TMMA tersebut.

Paling menimbulkan tanda tanya, katanya, setelah disiasat, syarikat swasta yang diberi kepercayaan itu dipercayai milik individu yang berkepentingan dalam kerajaan negeri Melaka.

"Kami mahu kerajaan negeri jelaskan mengapa syarikat ini dipilih. Syarikat ini baru didaftar pada Januari tahun ini dan baru Jun lalu, individu terbabit dilantik sebagai ahli lembaga pengarah.

Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong ,Taman Mini Malaysia
"Kita khuatir ada unsur-unsur salah guna kuasa di sini. Kita rasa kecewa kerana sekali lagi kerajaan negeri tidak gunakan wang rakyat dengan amanah.

"Sepatutnya syarikat terbabitlah yang melaburkan RM3 juta dan ubah cantik-cantik tempat pelancongan ini. Ini tidak, kerajaan negeri pula yang menanggung kos sedangkan syarikat ini buat untung," katanya ketika melawat lokasi itu.


Tunggakan sewa

Sementara itu, Khoo turut mempersoalkan jumlah tunggakan sewa sebanyak 18 bulan oleh syarikat swasta yang menguruskan TMMA sebelum ini sejak 1 Mei 2007 sebelum ia diserahkan kembali kepada kerajaan negeri pada Julai 2010.

"Semasa TMMA diurus syarikat berkenaan, jumlah pungutan sewa yang dikutip hanya sebanyak RM156,500 sedangkan terdapat tunggakan hutang berjumlah RM143,500 yang masih tidak dituntut.

Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong ,Taman Mini Malaysia
"Kita kesal kerana sebelum syarikat itu mengambil alih TMMA, kerajaan negeri telah mengeluarkan peruntukan yang tinggi untuk membina taman berkenaan.

"Kita nak tahu mengapa boleh bagi dia berhutang begitu lama sampai 18 bulan tak bayar. Sedangkan peniaga kecil yang susah dan berpendapatan rendah, baru satu atau dua bulan tak bayar sewa sudah mahu ambil tindakan untuk menghalau mereka.

"Adakah kerana pilih kasih, siapakah mereka itu, adakah kerana berkepentingan politik?" soalnya.

NONE
Malaysiakini sebelum ini ada melaporkan mengenai isu 11 peniaga kraftangan dan makanan TMMA di Melaka yang membuat laporan polis kerana mendakwa mereka dianiaya setelah diarahkan berpindah bagi projek pengubahsuaian.

Keadaan itu jelas mengundang kemarahan peniaga di kawasan terbabit yang menganggap kerajaan negeri Melaka tidak mendahulukan hal rakyat malah sebaliknya lebih mementingkan keuntungan semata-mata.

No comments: