Keputusan pentadbiran BN Selangor memberikan lesen menduduki sementara kepada pengusaha di tapak rizab di Sg Buloh sebelum ini dibuat tanpa memikirkan keselamatan rakyat, kata setiausaha politik menteri besar, Faekah Husin.
"Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan memeliharanya demi mengelak kemungkinan kemalangan besar berlaku.
"Malangnya kerajaan Umno BN ketika itu, entahkan cuai atau mungkin begitu cetek ilmu telah mendesak pegawai kerajaan mengeluarkan TOL dan mengarahkan pengusaha tapak semaian berpindah ke tapak tersebut," kata Faekah.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan "celupar" timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak prihatin dalam isu berkenaan.

"Beliau perlu ingat bahawa tapak semaian asal seluas 75.16 ekar dan dihuni oleh 50 pengusaha yang dipaksa pindah ke Sungai Buloh oleh kerajaan BN Selangor pada 1999. Tapak tersebut telah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk membina sebuah hospital," kata Faekah. Katanya lagi, kerajaan Pakatan Selangor tidak berniat untuk menghalang usaha pembinaan hospotal berkenaan, namun arahan kepada Pebadanan Kemajuan Pertanian Selangor untuk mengeluarkan TOL untuk mengusahakan tanah berkenaan bercanggah dengan peruntukan undang-undang tanah negeri.

Menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim pula sebelum inimemutuskan supaya perusahaan tanaman pokok itu boleh diteruskan dan turut memberi jaminan bahawa hak pengusaha berkenaan akan diambil kira walau tidak diberikan TOL.
No comments:
Post a Comment