Sunday, May 15, 2011

RM40 Juta Siapkan Rumah Terbengkalai Di Alam Perdana


Oleh TV Selangor

KUALA SELANGOR 14 MEI : Kerajaan negeri Selangor memperuntukkan sejumlah RM40 juta dari Tabung Projek Terbengkalai bagi menyiapkan pembinaan perumahan Alam Perdana yang terbengkalai sejak tahun 2002.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) menjangkakan projek tersebut akan siap menjelang Disember ini.

Katanya, projek tersebut mesti disiapkan mengikut masa ditetapkan kerana sekiranya ia gagal disiapkan maka wang daripada dana itu tidak boleh digunakan.


“Kerajaan negeri telah diberi jaminan bahawa projek itu akan dapat disiapkan mengikut jadual,” katanya.

Untuk tujuan ini kerajaan negeri akan berkerjasama dengan LBCN Development Sdn. Bhd.

Khalid menjelaskan keputusan mengambilalih projek perumahan itu akan memberi manafaat kepada hampir 3000 pembeli unit rumah berkenaan.

“Kerajaan negeri sudah mencapai penyelesaian dengan pihk pemaju serta kontraktor dan projek ini akan disiapkan sepenuhnya pada akhir Disember ini.

“Langkah ini pasti memberi kelegaan kepada lebih 3,000 pembeli rumah di kawasan ini,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Dialog Projek Alam Perdana Bersama Pembeli di sini hari ini.

No comments: