Thursday, May 26, 2011

Lebih banyak insinerator akan dibina

ebih banyak insinerator perlu dibina kerana tempat pelupusan sampah dan sisa pepejal tidak lagi boleh diterima sebagai pilihan terbaik pada masa akan datang, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Wira Chor Chee Heong.

mca new cabinet member 180308 chor chee heungBeliau berkata, untuk jangka masa panjang insinerator menjadi pilihan bagi melupuskan sampah dan sisa pepejal atas pertimbangan dan faktor kesihatan serta alam sekitar.

Katanya, lima loji insinerator di Langkawi, Pulau Tioman, Cameron Highlands, Pulau Pangkor dan Labuan yang telah siap dan ada yang masih dalam pembinaan, mampu menampung keperluan antara 30 dan 40 tahun.

"Sampah yang dibakar di insinerator juga menjana elektrik yang digunakan untuk operasi loji.

"Sampah yang dibakar berbaki 10 peratus dalam bentuk abu atau debu dan dilupuskan di tapak pelupusan yang menjimatkan penggunaan tanah serta lebih selamat berbanding cara konvensional," katanya kepada pemberita selepas meninjau loji insinerator Langkawi hari ini.

Chor berkata, kementerian sedang memantau prestasi semua syarikat yang diberi kontrak melupuskan sampah dan sisa pepejal.

Mengenai loji insinerator Pulau Langkawi berharga RM68 juta itu, beliau berkata ia mampu memproses 100 tan sisa pepejal sehari berbanding purata 80 tan sehari dihasilkan di pulau peranginan ini.

Katanya, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara yang menguruskan pembinaan loji di Langkawi turut mengambil langkah menaik taraf empat projek pelupusan sampah di Kedah. 

- Bernama

No comments: