Wednesday, January 26, 2011

"Siri Seminar Kesedaran Umum 2011"


OBJEKTIF PROGRAM:

"SIRI SEMINAR KESEDARAN UMUM" ini merupakan program latihan bagi menambahkan ilmu pengetahuan berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) untuk semua tempat kerja anjuran NIOSH dengan kerjasama PERKESO - JKKP  untuk mencapai matlamat "Kemalangan Sifar & Mewujudkan Budaya Kerja Selamat dan Sihat".

Terdapat beberapa akta di Malaysia yang memberi penekanan terhadap aspek pengawalan & penyeliaan bagi tanggungjawab majikan dan tanggungjawab pekerja untuk mengurangkan risiko kemalangan dan bahaya-bahaya di tempat kerja demi memastikan setiap pekerjaan adalah selamat untuk bekerja.

Pemahaman berkenaan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan ini adalah tanggungjawab semua pekerja dan setiap pekerja swasta adalah dilindungi oleh insurans di bawah AKTA KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA 1969 & PERATURAN-PERATURAN (AM) KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA 1971 (PERKESO ).

Setiap pekerja merupakan satu aset yang berharga bagi Negara, kerana setiap pekerjaan adalah tunjang pembangunan untuk setiap sektor bagi memantapkan ekonomi Malaysia . Oleh itu setiap majikan di Malaysia harus memahami perananAKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN TAHUN 1994 (OSHA) & AKTA KILANG DAN JENTERA TAHUN 1967 di bawah penyeliaan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP/DOSH).

17 February 2011 - NIOSH, Bandar Baru Bangi, Selangor

Tajuk :

MEDICAL SURVEILLANCE + CULTURE & LIFESTYLE IN MALAYSIA : "OCCUPATIONAL DISEASES BY JOBS & SYMPTOMS"

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari  http://www.niosh.com.my/seminar/2011_shs.html
 
Untuk keterangan lanjut sila hubungi :
BAHAGIAN MAKLUMAT & TEKNOLOGI (ITD) NIOSH
1. En. Nizwan Shah TEL : 03-8769 2206
2. En Azrulazswan TEL : 03-8769 2205
3. En zULFADHLI TEL : 03-8769 2267

No comments: