KUALA LUMPUR 22 Dis. – Syarikat Perumahan Negara Bhd. (SPNB) akan menghapuskan wang tahanan yang dikenakan kepada kontraktor program Rumah Mesra Rakyat (RMR) berkuat kuasa serta merta.
Pengerusinya, Datuk Ir. Idris Haron berkata, langkah itu adalah bagi membantu kontraktor untuk bekerja dengan lebih bersemangat dan juga mendapatkan keuntungan tanpa perlu menunggu terlalu lama.
‘‘Jadi, dengan adanya wang tahanan ia akan menjejaskan kualiti pembinaan maka pada hari ini saya akan menghapuskan wang itu serta merta.
“Projek itu hanya melibatkan kos yang kecil iaitu lebih kurang RM70,000 sahaja, justeru wang tahanan yang berjumlah RM2,500 hanya akan menjejaskan keuntungan mereka yang sememangnya sedikit,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyerahan Kerja Kontraktor Program Mesra Rakyat di sini hari ini.
Idris berkata, wang tahanan adalah sejumlah wang yang dipegang SPNB dari bayaran kemajuan kerja kontraktor yang sebenarnya bertujuan melindungi pemilik rumah dari sebarang kecacatan iaitu selama satu tahun selepas projek siap.
Beliau berkata, keuntungan kontraktor terbabit hanya dalam lingkungan RM5,000 ke RM10,000 sahaja dan menahan wang tersebut akan memberi kesan kepada moral serta mutu kerja kontraktor yang terlibat.
‘‘Saya berharap semua kontraktor terlibat akan memastikan kualiti kerja mereka akan lebih baik dengan penghapusan wang tahanan ini.
‘‘SPNB percaya kesemua kontraktor yang dipilih sememangnya berkelayakan dan mampu untuk membantu kami dalam membina rumah yang lebih baik kepada rakyat,”ujarnya
No comments:
Post a Comment