Friday, October 15, 2010

Kontrak diberi kepada kroni tiada kelayakan'

Kontraktor utama yang dipertanggungjawab membina Istana Negara yang baru tidak layak mengendalikan projek bernilai jutaan ringgit itu, dakwa ketua pemabngkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, syarikat berkenaan, Maya Maju (M) Sdn Bhd, disenaraikan sebagai tidak aktif oleh Suruhanjaya Syarikat ketika ia diberikan tender untuk projek berkenaan oleh Jabatan Kerja Raya pada 26 Oktober 2007.

"Syarikat ini dikuasai oleh seorang yang bernama Datuk Haji Man bin Mat, yang merupakan bekas bendahari Umno bahagian Merbok,” kata Anwar pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.

"Ia hanya berdaftar sebagai sebuah syarikat pembinaan pada Ogos 2008. Ia tidak dilesenkan oleh PKK (Pusat Khidmat Kontraktor) atau CIDB (Construction Industry Development Board), yang menjadi antara syarat wajib.”
Anwar berkata tiada penjelasan diberikan berhubung mengapa kos pembinaan projek Istana itu naik berlipat ganda daripada kos permulaan di bawah RM400 juta kepada melebihi RM800 juta sekarang.
"Cadangan pembinaan dengan kos RM395 juta ditawarkan kepada Maya Maju mengikut konsep penswastaan tetapi selepas rundingan terus dengan JKR, ia naik menjadi RM650 juta.
"Tiada penjelasan berhubung kenaikkan mendadak ini dan kosnya itu sekarang meningkat kepada RM811.2 million," katanya sambil menambah bahawa kontarktor utama itu tidak mendapat kebenaran menggunakan nama Maya Maju, yang telah didaftarkan sebelum itu kepada syarikat lain.

Menurutnya, pihak pembangkang melalui ahli parlimen Indera Mahkota Azan Ismail, akan menimbulkan isu itu kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bagi menuntut sisatan terperinci berhubung projek kontroversi berkenaan.

No comments: