19 Jun, 2010 15:28 PM
Oleh Jeffri Mohd Rafiee
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- MTD Group, pengendali jalan bertol kedua terbesar Malaysia, sedang sibuk membina lebuh raya baharu di dalam dan di luar negara tetapi ini tidak bererti ia tidak mengintai peluang untuk memperluaskan kegiatannya bagi menceburi perniagaan prasarana lain.
Bagaimanapun, negara-negara tumpuannya tetap negara-negara tempat ia bertapak kukuh dan ini termasuklah Filipina, Indonesia dan Sri Lanka.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azmil Khalid, berkata kumpulan itu tidak akan melebarkan sayapnya ke negara-negara lain kerana "kami perlu menyudahkan apa yang sedang kami lakukan terlebih dahulu" .
Kumpulan itu juga tidak mahu membebankan lembaran imbangannya dan tidak mempunyai tenaga manusia yang mencukupi untuk ditempatkan di projek-projek lain, katanya kepada Bernama di Manila pada upacara memecah tanah bagi sambungan Lebuhraya Luzon Selatan (SLEX) sepanjang 50 km baru-baru ini oleh Presiden Flipina, Gloria Macapagal Arroyo.
MTD Capital Bhd memiliki 80 peratus kepentingan ekuiti dalam pemegang konsesi lebuhraya itu, South Luzon Tollway Corporation.
Di Malaysia, MTD juga memegang konsesi bagi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan sambungannya, Lebuhraya Pantai Timur, Lebuhraya Hubungan Timur Barat dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban. Secara tergabung, projek-projek ini menyumbang kira-kira 50 peratus kepada pendapatan kumpulan itu.
MTD adalah sebahagian daripada konsortium yang diterajui Malaysia, yang diberikan konsesi lebuh raya selama 30 tahun di Andhra Pradesh, India.
Azmil berkata kumpulan itu sedang melaksanakan projek jalan bertol di Indonesia dan China dan kini di peringkat akhir rundingan bagi usaha niaga yang serupa di Sri Lanka.
Dalam perniagaan konsesi lebuh raya, kata beliau, lebuh raya yang lebih panjang tidak semestinya memberikan pulangan yang lebih baik.
"Kita mesti tengok lalu lintas. Ada kalanya, jarak yang lebih dekat ada banyak lalu lintas. Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak sepanjang 60 km lebih menguntungkan daripada Lebuhraya Timur Barat yang sepanjang 170 km," katanya.
Kata beliau, kumpulan itu memasuki Filipina dan Indonesia kerana kedua-duanya merupakan negara yang paling ramai penduduk di rantau ini. Begitu juga India dan China.
Bagi Sri Lanka, katanya, ia melibatkan pembinaan lebuh raya utama dari Colombo ke Kandy, dua bandar terbesar di negara itu, seperti Kuala Lumpur ke Ipoh.
"Hakikat bahawa kami telah menilainya dan mahu melakukannya bererti kami yakin tentang lalu lintasnya," tegas beliau.
"Bila kita bercakap tentang masa depan, dengan empat jalan bertol di Malaysia dan SLEX, sumbangannya mungkin mencapai 65 peratus hingga 70 peratus, tetapi, kami tidak tahu berapa banyakkah pembinaan boleh menyumbang kepada pendapatan kumpulan. Pembinaan adalah satu daripada perniagaan teras kami," kata Azmil.
Beliau berkata, MTD, seperti juga mana-mana kontraktor, mahu membida bagi setiap projek, tetapi ia tidak akan membida bagi kontrak bernilai kurang daripada RM20 atau RM30 juta di Malaysia.
"Bagi kami, pasaran seberang laut lebih menarik, kerana kami tidak ada banyak persaingan di Malaysia. Kami tidak mahu bersaing dan membunuh kontraktor lebih kecil yang melaksanakan projek sekolah dan berek polis," katanya.
Pembinaan sememangnya merupakan kegiatan teras MTD sebelum ia menceburi perniagaan lebuhraya bertol.
Menyentuh tentang prospek lebuhraya baharu, beliau berkata: "Pada pendapat peribadi saya, tidak ada jalan bertol baharu yang menarik di Malaysia".
Ada satu lebuhraya baharu di Lembah Klang yang mencatatkan 30 hingga 40 peratus lalu lintas di bawah paras ramalan, katanya sambil menambah: "Tidak akan ada satu lagi Lebuhraya Utara Selatan atau Lebuhraya Pantai Timur."
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, semasa membentangkan Rancangan Malaysia Ke-10 pada 10 Jun lalu, mengumumkan bahawa 52 projek berimpak tinggi bernilai RM63 bilion telah dikenal pasti bagi pelaksanaan.
Ini termasuklah tujuh projek lebuh raya yang menelan kos kira-kira RM19 bilion, antaranya Lebuhraya Pantai Barat, Lebuhraya Guthrie-Damansara, Lebuhraya
Sungai Juru, Lebuhraya Paroi-Senawang-KLIA dan dua loji janakuasa elektrik pengupayaan arang batu berharga RM7 bilion.
Azmil berkata MTD perlu menilai Rancangan Malaysia Ke-10 untuk melihat apa yang ditawarkannya kepada syarikat itu. Bagi projek lebuh raya, katanya, ia samada ada kontrak melalui tender atau konsesi.
"Bagi konsesi, kami perlu melihat daya majunya. Jika kadar pulangan dalaman kurang daripada enam atau tujuh peratus, tiada bank akan menyentuhnya," katanya.
Beliau berkata sejak lima tahun lalu, MTD memperkukuhkan kedudukannya sebagai sebuah syarikat pembangunan prasarana selepas berjaya meraih konsesi lebuh raya dan menjadi pemaju harta.
"Ini merupakan keputusan yang dibuat dengan berhati-hati oleh pengurusan kami. Sebuah syarikat pembangunan prasarana harus terlibat dalam pembinaan pelabuhan, loji janakuasa bebas, lapangan terbang dan perkara-perkara sedemikian.
"Tetapi kita perlu memajukan diri melalui pembelajaran. Jadi, kami bermula dengan Sri Lanka," katanya, sambil menambah bahawa loji janakuasa di negara itu telah berkembang daripada 30 megawat pada mulanya kepada 50 megawat dan kemudian kepada 100 megawat.
Dengan pengalaman itu, katanya, MTD kini menyasarkan Filipina.
Kata beliau dalam perniagaan pelabuhan, MTD bermula dengan menjadi pengendali pelabuhan arang batu di Indonesia.
"Semasa kami membina pelabuhan itu, kami mendapatinya begitu mudah. Sekarang kami berpeluang membina pelabuhan yang lebih besar, dan dengan pengalaman itu, kami sekarang boleh menceburi bidang lain dan menjadi pengendali pelabuhan pula," tegas beliau.
Menurutnya, kumpulan itu juga mendapati perniagaan arang batu begitu menarik dan akan meneroka peluang dalam bidang ini pada masa akan datang.
Azmil berkata Pelabuhan Cigading di Indonesia akan memulakan operasi Oktober ini.
Pada masa ini, perniagaan luar negara menyumbang hampir 40 peratus daripada pendapatan kumpulan MTD.
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment