|
Pembinaan penjara tersebut yang dibuat secara berperingkat itu siap sepenuhnya pada tahun 1895.
Temboknya mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada bulan Ogos 1892. Tembok ini dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen yang diimport dari negera jajahan British.
Manakala, kerja pembinaan akan akan bermula hari ini antara jam 10 malam hingga 5 pagi.
Namun, kerja-kerja meroboh kompleks penjara itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada warga kota terutama bagi mereka yang mengetahui sejarah dan keunikan bangunan tersebut.
Ada antara mereka yang setuju dan ada yang memberikan pendapat sebaliknya ekoran dengan langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mahu kawasan itu menjadi laluan alternatif menghubungkan Jalan Pudu Raya ke Cheras.
Ia bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas yang sering berlaku di Jalan Hang Tuah.
Tinjauan Komunitikini di sekitar penjara Pudu mendapati masih ada segelintir yang masih mahu mendekati dan mengabadikan kenangan di sebalik bangunan yang menyimpan seribu satu rahsia itu.
http://www.malaysiakini.com/news/135147
No comments:
Post a Comment