Monday, August 3, 2009

Mistik sebuah bandar diraja


CHUM REAP SUA. Begitulah sapaan lembut yang lazimnya didengar daripada mulut para penduduk di Siem Reap kepada para pelancong yang mengunjungi kota Angkor Wat.

Walaupun kurang fasih, kebanyakan pemandu pelancong cukup mahir menjelaskan susur galur tamadun kota Siem Reap dalam bahasa Inggeris dan Perancis.

Dalam urusan seharian, penduduk di Siem Reap yang terdiri daripada kumpulan etnik Khmer iaitu di antara 90 hingga 95 peratusnya Cina, Khmer-Islam, Orang Asli dari kawasan bukit di timur laut dan Vietnam, selesa berkomunikasi antara satu sama lain dalam bahasa Khmer atau Thailand.

Dibelenggu kancah kemiskinan, masyarakat setempat bangun seawal pukul 5 pagi untuk bersenam dan memulakan kerja sebagai petani, penyambut tetamu atau pelayan di hotel, pengawal di tapak arkeologi, nelayan dan pemandu tuk tuk atau remok dalam bahasa Khmer.

Kaum wanita lazimnya menjual sayur-sayuran dan buah-buahan, barangan kraftangan, fabrik sutera dan barangan perhiasan wanita di Old Market, Noon Night Market dan Angkor Night Market.Kebanyakan penduduk di sini masih berpegang kuat kepada ajaran agama Buddha yang berasal dari India di samping kepercayaan-kepercayaan lain.

selanjutnya

No comments: