uneditted/unfinish note
BRICKWORK / KERJA BATU BATA
DESKRIPSI | Batu bata yang diperlukan adalah common clay brick. Seksyen lain yang berkait adalah -Mortar -Unit Masonry |
KERJA LAIN YANG BERKAITAN | Flashing dan metal trim |
PPRODUK | 1.SAIZ CLAY BRICK = 220 X 102 X 65 mm CEMENT SAND BRICK = 225 X 113 X 75 mm |
CLAY BRICK | Dibuat dengan mesin menepati BS 3921(1974)/ MS76 Keras, dibakar dengan sempurna, kukuh, persegi dan bersih |
CONSTRUCTION TOLERANCE | Variaton untuk plumb Untuk tiang dan dinding – tidak melebihi 6mm bagi 3m - 10mm bagi ketingian setingkat atau mak. 6m - 12mm bagi 12m atau lebih Variation dari aras Untuk garisan lintel, sill, parapet, alur horizontal dan lain-lain garis conspicuous - tidak melebihi 6mm bagi maksima 6 m Variation dalam ukuran rentas Untuk tiang dan ketebalan dinding tidak melebihi -6mm atau +12mm dari ukuran yang ditunjukkan |
MOCKUP | Sebelum kerja-kerja sebenar dibuat, bina satu panel dinding contoh bagi setiap ketebalan sekurang-kurang 3mx3m menggunakan bahan , ikatan(bond) , peralatan yang ditunjukkan atau dikhususkan bagi setiap kerja masonry. Sediakan elemen khusus seperti bukaan tingkap dan pintu, tiang struktur, stiffener dan beam, bukaan bagi sesalur(duct), conduit atau apa jua yang diarahkan oleh Akitek Dapatkan pengesahan Akitek keatas mockup tersebut sebagai standard untuk menilai kerja masonry sepanjang kerja-kerja dijalankan. Jangan ubah atau musnahkan mockup sehingga kerja-kerja siap atau seperti diarahkan oleh Akitek. |
PENGHANTARAN, PENYIMPANAN DAN HANDLING | 1.Aturkan supaya penghantaran produk menepati Construction Schedule dan jangan tempatkan produk pada bahagian bangunan yang mempunyai had beban selamat (safe dsign load limit) 2.Lindungi struktur dan lain-lain kerja semasa proses penghantaran, penyimpanan dan pembinaan kerja masonry. 3.Sediakan peralatan yang selamat dan sesuai untuk memulakan kerja masonry, mengangkat, perancah, perlatan, jentera dan peralatan lain yang diperlukan untuk penyiapan kerja yang sempurna. 4.Hantar dan simpan blok di atas palet di tapak. Jauhkan dari jalanraya dan kawasan parkir. Sekiranya tidak digunakan segera, tutup dengan tarpaulin atau 6-mil polythene, dilabuhkan kebawah dengan secukupnya. Lindungi dari bitumen, mortar, konkrit dan lain-lain bahan yang munkin menyebabkan kekotoran (stain). 5.Simpan pasir di atas platform bagi menghalang bahan saing dan lindungi dengan penutup kalis air. 6.Lindungi bahan masonry (semasa penyimpanan dan pembinaan) dari dibasahi oleh hujan, air dari tanah dan dari rembesan atau percampuran dengan tanah dan lain-lain bahan. 7.Jangan gunakan metal reinforcing atau ties yang berkarat atau diselaputi lain bahan yang akan mengurangkan atau memusnahkan ikatan. 8.Bagi kerja-kerja terdedah, jangan gunakan unit masonry yang sumbing, retak, lompang(void), pudar atau apa jua kecacatan yang serupa yang boleh dilihat ata menyebabkan stain pada kerja setelah siap. 9.Lindungi kerja separa siap dari cuaca apabila kerja tersebut tidak diteruskan dengan menutup nahagian atas dinding tersebut menggunakan bahan kalis air dan tidak berkarat. Lanjutkan penutup tersebut 600mm ke bawah bagi kedua-dua belah dinding tersebut dan pastikan ianya kukuh. |
MORTAR | Bahan 1.Portland cement – BS12 2.Kapur (hydrated lime powder) – BS890 3.Pasir –BS1200, Table 1 4.Plasticizer- BS 4887 5.Air – Bersih dan bebas dari bahan merbahaya. Air yang diperolehi bukan dari sumber yang disahkan mesti diuji. 6.Colour pigment – BS1014 Mortar joint 1.Tebal 10mm, rata dan lebar yang sekata 2.Pastikan vertical joint bagi lapisan berselang adalah selari 3.Letakkan batu bata di atas lapisan mortar yang penuh. Jangan ubah atau ketuk apabila mortar tela mengeras. Sekiranya perlu diubah setelah mortar mengeras, buang mortar tersebut dan gantikan dengan mortar yang baru. 4.Apabila mortar mula mengeras (thumbprint hard), gunakan jointer berukuran 20mm yang dibuat dari bahan tidak berkarat untuk menghasilkan concave joint.Pastikan penjuru dan pertemuan antara mortar vertical dan horizontal adalah kemas dan tidak burrs. Gunakan tekanan yang mencukupi untuk menekan mortar supaya padat di antara kedua-dua permukaan batu bata yang disambung. Buangkan lebihan mortar menggunakan trowel atau burlap. Biarkan permukaan batu bata dalam keadaan bersih dari lebihan/kesan mortar 5.Bagi batu bata yang akan dikemaskan dengan jubin,atau bilamana dinding tersebut akan dilapisi dengan penebat(insulation). Air/vapour barriers atau lain-lain kemasan kecuali cat, joint perlu di buat secara struck flush |
No comments:
Post a Comment