Monday, July 27, 2009

PERSATUAN PEKERJA BINAAN BUMIPUTRA

Kawan-kawan dari bangsa Cina sudah ada persatuan yang membela nasib kaum  pekerja binaan. Kaum bumiputera bila pula nak wujudkan persatuan sebegini? Yang ada hanya persatuan kontraktor binaan bumiputera yang menjaga hal ehwal tokeh kita. Hal ehwal kita macamana? Siapa setuju untuk jadi ahli persatuan pekerjaan binaan bumiputra Malaysia, sila hubungi saya melalui email.

1 comment:

naz.project said...

Salam Tuan Abu Husna (Dr.Building),

Saya amat menyokong idea tuan ini. Saya pernah mengemukakan satu memorendum kepada lebih 10 agensi kerajaan termasuk kementerian berkaitan tentang idea tersebut pada tahun 2001 lalu.

Banyak isu dikemukakan, antaranya keperluan adanya persatuan pekerja binaan dan persatuan sub-kontraktor kebangsaan yang diiktiraf kerajaan bagi menjaga kebajikan dan meningkatkan kualiti sumbangan mereka kepada industri binaan negara.

Sekira tuan berminat cadangan ini, kita boleh berbincang lanjut. Boleh hubungi saya di: naz.project@gmail.com