Friday, September 12, 2008
Menyusuri bangunan sejarah di Bandar Kota Bharu, Bandaraya Islam
Bangunan pra sejarah yang dibina dalam tahun 1913 di jalan pasar lama Kota Bharu, Kelantan.
Bangunan2 lama ini kini dihmpit pembangunan pesat di pesisir sungai Kelantan. Dahulu, di salah sebuah kedai2 ini merupakan kedai kopi cina dan terdapat gerai satay Mealyu yang berniaga di depannya. Situasi ini menjadikan kedai ini dikunjungi oleh masyarakat Melayu walaupun secara ironinya, orang Melayu Kelantan tak akan makan minum di kedai cina atas sebab2 halal haramnya. Suasana ini juga menimbulkan senario muhibbah yang kini tinggal nostalgia.
Walaupun dihimpit pesat dengan arus pemodenan bandar Kota Bharu, usaha mengekalkan warisan ini jelas dibuat oleh pemiliknya, Ini menjadikan warisan sejarah yang sepatutnya kalah dalam persaingan semasa bernafas mencari ruang untuk bangkit semula.
Keunikan masyarakat cina walau di mana pun mereka berniaga ialah dengan menjadi 'master' kepada sesuatu bidang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment